Jom Langkawi

Jom Langkawi Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti Hotel, Motel, Chalet, Homestay, Kereta Sewa, Tour Guide.

25/11/2025

Ada tak penginapan bajet di Pantai Cenang?

Ya ada, ini chalet khas untuk anda dari EzeeGo, bilik yang cantik siap ada swimming pool lagi πŸ₯°

Alhamdulillah. Langkawi pilihan utama pelancong πŸ₯°
14/10/2025

Alhamdulillah. Langkawi pilihan utama pelancong πŸ₯°

SEKADAR CATATAN KECIL

TAHNIAH DAN SYABAS LANGKAWI!

Sekali lagi, nama Pulau Langkawi harum di persada antarabangsa apabila diiktiraf sebagai Pulau Kedua Terbaik dalam senarai β€œTop Islands: Reader’s Choice Awards 2025” oleh pembaca portal pelancongan antarabangsa berprestij, CondΓ© Nast Traveler.

Dengan markah 92.99, Langkawi berjaya menewaskan beberapa destinasi tersohor dunia termasuk Bali di Indonesia (tempat ke-6) dan Phuket di Thailand (tempat ke-9).
Hanya Pulau PhΓΊ Quα»‘c, Vietnam berada di hadapan dengan markah 95.51, manakala Koh Samui, Thailand (92.7) dan Boracay, Filipina (90.54) melengkapkan lima tangga teratas.

Menyusul selepas Bali yang memperoleh 89.84, ialah Pulau Siargao, Filipina (85.49) di tempat ketujuh, Kepulauan Andaman, India (85.33) di tempat kelapan, dan selepas itu barulah Phuket (84.62) di kedudukan kesembilan dan Kepulauan Phi Phi Phi juga di Thailand di tempat kesepuluh dengan markah 83.27.

Kejayaan menduduki tempat kedua dalam senarai itu sesungguhnya bukan sekadar angka, tetapi pengiktirafan kepada kerja keras, semangat, dan dedikasi seluruh komuniti Langkawi β€” daripada para penggiat industri pelancongan, pengusaha hotel, pemandu pelancong, peniaga kecil, nelayan, hinggalah agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pihak swasta serta NGO yang tidak pernah jemu berusaha memastikan Langkawi terus menjadi destinasi idaman dunia.

Syabas kepada semua yang telah menjadikan Langkawi bukan sekadar sebuah pulau, tetapi satu jenama pelancongan bertaraf antarabangsa yang membanggakan Negeri Kedah dan Malaysia seluruhnya.

Semoga pengiktirafan antara pulau terbaik di Asia ini menjadi satu lagi isyarat awal bahawa Langkawi akan terus bersinar sebagai permata pelancongan yang tiada bandingan, mencipta lebih banyak kejayaan dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri Jelapang Padi ini. Insya-Allah.

DINAMIK | SEPAKAT | SEJIWA

Dato' Haji Mohd Salleh Saidin
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan
Negeri Kedah Darul Aman.

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨Merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sal...
22/06/2025

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

Merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke-83 pada 22 Jun 2025 bersamaan 25 Zulhijah 1446H.

Didoakan semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, diberkati pemerintahan, serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Sembah takzim daripada:
Ezeego Travel & Tours Sdn Bhd.
Jom Langkawi by EzeeGo.

Salam Aidilfitri 1446H. Rayakan sebulan, jom bercuti ke Langkawi πŸ₯°
04/04/2025

Salam Aidilfitri 1446H.

Rayakan sebulan, jom bercuti ke Langkawi πŸ₯°

Happy birthday EzeeGo! May every new chapter be better than your last! Keep it up! Be the best!
12/12/2024

Happy birthday EzeeGo!

May every new chapter be better than your last!

Keep it up! Be the best!

Nora bagi SEPULUH ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐!!!Wow...! Mantoy...Haa siapa lagi nak merasai indahnya "healing" ditengah lautan macam ni b...
30/11/2024

Nora bagi SEPULUH ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐!!!

Wow...! Mantoy...

Haa siapa lagi nak merasai indahnya "healing" ditengah lautan macam ni boleh hubungi kami. Insha Allah. Puas hati. 😊

Tekan link ni πŸ‘‰ : http://jomlangkawibyezeego.wasap.my

Cuaca kurang baik tidak menghalang pasangan dua sejoli ini mengabadikan kenangan terindah di Langkawi. Terima kasih buat...
20/09/2024

Cuaca kurang baik tidak menghalang pasangan dua sejoli ini mengabadikan kenangan terindah di Langkawi.

Terima kasih buat Puan Siti & Suami sudi berbulan madu di sini bersama Jom Langkawi by EzeeGo.

Jom kita doakan moga cuaca hari ini lebih baik dari semalam. Aamiin 🀲

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM 2023. Semoga terus maju jaya dimasa hadapan.
27/05/2024

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM 2023. Semoga terus maju jaya dimasa hadapan.

Address

Persiaran Bunga Raya
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+60135441391

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom Langkawi:

Share

Category