11/06/2026
Pihak Pengurusan dan seluruh warga Tropical Charters Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Yang Berusaha Tuan Nasrun Bin Datoβ Mohd. Sheriff, SDK., AMK., BCK. atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Langkawi, berkuat kuasa mulai 10 Jun 2026.
Semoga pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dimiliki akan terus memperkukuhkan pentadbiran daerah, memacu pembangunan mampan serta membawa kemajuan yang berterusan kepada masyarakat dan komuniti di Langkawi.
Kami mendoakan agar YBhg. Tuan terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas.