14/02/2025
Saja nak up kat sini.. Bedasarkan pengalaman hakak.. Hakak ni jenis tak kisah, naik flight premium ke, low cost ke.. tp pengalaman mmg mengajar la..
Hakak mmg jarang naik Batik Air Malaysia ni tau.. Hakak rasa untuk flight dalam Malaysia, Batik Airlines a.k.a Malindo adalah flight paling worse sekali.. Paling teruk!..
Kenapa hakak cakap macam ni, sebab hakak TERKENA.. Waktu kejadian, hakak berada di luar negara.. So seperti biasalah, terus buat online check in atas sebab nk mudahkan pejalanan.. Lagi sehari sebelum tarikh berlepas, hakak nak tambah kilo la.. Tapi rupanya tak bole nak tambah secara online atas sebab hakak dah check in.. & tak bole juga cancel check in.. Jika mahu tambah, kena ke kaunter atau call hotline Batik Airlines.. the best part, terpaksalah ke Airport.. Gigih ya gaisss.. sampai pergi ke Airport.. Tapi bila sampai ke Airport, call number officenya pun tak de dah.. sedangkan number tu pun dapat dr official web Batik Airlines.. Mmg tak membantu langsung..
Then call hotlink Batik Airlines yg berpusat kat Malaysia.. 2jam tak berangkat ye.. just masuk kat autobot dia just.. 'Terima kasih kerana menunggu, kami menerima jumlah panggilan yang banyak'.. nak tak nak, kena waiting je la.. Bayangkan la bill telepon yg nk kena bayar nanti tu.. roaming call dr luar negara ke Malaysia.. in the end, still tak dpt becakap pun ngan hotline dia tu pun.. Koyak weh..
Smpai tekan bahagian business class supaya diorang laju angkat. Namun sama juga.. macam kena scam.. padahal nak beli tambahan kilo saja untuk luggage check in.. Sbb ikut law, 12jam sebelum waktu berlepas masih boleh tambah kilo tu.. 5kg, 10kg , tak sampai pun rm150.. if tambahan direct kaunter sebelum belepas, harga akan jd 1kg RM48 ye..
Batik Airlines ni tak seperti MAS, MAS bole cancel check in, tambah kilo & kemudian check in kembali.. Batik Airlines ni tak seperti Airasia, Airasia boleh tambah kilo sehingga 4jam sebelum waktu berlepas walaupun dah check in awal. tetapi TIDAK pd Batik Airlines.. Pepandai korg la jika dah check in online awal & takde beli kilo untuk luggage.. ready bayar dekat kaunter je.. 20kg = hampir 1k..
Dulu, Batik Airlines ni mmg bg 20kg free untuk luggage, tp sistem sekarang ada yg 'Super Saver' punya.. tu tanpa luggage.. korg kena hati2 waktu beli ticket flight ye.. kena tgk location juga.. sbb ada yg 'Super Saver' dpt kilo luggage mcm Pakistan, Saudi, Bangladesh, Nepal.. Yg lain2 tarak ea...
Ni belum lagi nk kupas pasal isue Delay.. & flight hakak mmg delay mlm tu.. 😅.. tp delay & still bole balik, still ok for me.. but tang kilo check in ni, mmg worse habis..
Sistem Batik Airlines mmg menyusahkan pengguna.. Tak mesra pengguna langsung.. Sekian luahan hakak.. Pernah terkena ke??