Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok

Directions Website Contact the business

Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok Ini Adalah Halaman Rasmi Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KEMAS Daerah Machang kerana telah memilih Tama...
17/09/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KEMAS Daerah Machang kerana telah memilih Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok, Machang sebagai lokasi bagi menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 pada 16 September 2026.

Semoga program yang penuh dengan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air ini terus menyemarakkan rasa sayang kepada Malaysia serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Pihak Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok amat berbesar hati menerima kehadiran seluruh warga KEMAS Daerah Machang. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan tahniah atas penganjuran program yang begitu meriah dan bermakna.

Terima kasih kerana memilih Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok.
Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan!

Tahniah Majlis Daerah Machang
13/09/2026

Tahniah Majlis Daerah Machang

13/09/2026

Notis Makluman

Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok akan ditutup sementara disebabkan gangguan bekalan elektrik pada Ahad 13/9/2026 bermula 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

07/09/2026

Notis Makluman

Splash@Tok Bok
Akan ditutup bermula Isnin 7 September 2026 Untuk pembersihan. Dibuka semula pada Khamis 10/9/2026

Lawatan Penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih 2026 – Kategori Taman Rekreasi🏆Alhamdulillah, selesai sudah lawatan pen...
24/08/2026

Lawatan Penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih 2026 – Kategori Taman Rekreasi🏆

Alhamdulillah, selesai sudah lawatan penilaian bagi **Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2026, Kategori Taman Rekreasi** yang berlangsung di Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok.

Lawatan ini menjadi satu peluang untuk menampilkan usaha, komitmen dan kesungguhan seluruh warga kerja dalam memastikan kawasan taman rekreasi sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, kemas, selamat dan selesa ntuk dikunjungi oleh orang ramai.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan serta memberikan kerjasama sepanjang tempoh penilaian. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi pemangkin untuk kita terus meningkatkan mutu pengurusan dan kebersihan kawasan rekreasi.

Bersih bukan sekadar untuk pertandingan, tetapi menjadi budaya dan tanggungjawab bersama.

Kelantanku Bersih, Kelantanku Sejahtera!
Tok Bok Bersih, Ceria dan Mesra Pengunjung!

24/08/2026
17/08/2026

Notis Makluman
Penutupan Penyelenggaraan Sementara pada
21 Ogos 2026 (Jumaat)
Hingga 22 Ogos 2026 (Sabtu)

15/08/2026

TERIMA KASIH MEMILIH TOK BOK!

Satu penghargaan buat Little Caliphs Pasir Puteh & Little Caliphs Kuala Krai kerana memilih Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok, Machang sebagai lokasi bagi menjayakan Sports Day 2026 – Family Amazing Race.

Bukan sekadar tempat beriadah, Tok Bok juga menjadi ruang untuk mencipta kenangan, mengeratkan silaturahim dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Semoga setiap langkah, gelak tawa dan keceriaan sepanjang program menjadi kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila.

Tok Bok mengalu-alukan semua!
Mari datang, mari santai, mari cipta kenangan di Tok Bok!

TERIMA KASIH MEMILIH TAMAN REKREASI KOLAM AIR PANAS TOK BOK! ♨️Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan ke...
27/07/2026

TERIMA KASIH MEMILIH TAMAN REKREASI KOLAM AIR PANAS TOK BOK! ♨️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Tahun 3 kerana telah memilih Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok, Machang sebagai lokasi bagi melaksanakan Latihan Klinikal Field Practice V – Drinking and Recreation Water Quality Control (EHDW 2252).

Kehadiran para pelatih ke destinasi rekreasi ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara praktikal, malah secara tidak langsung memperkenalkan Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok sebagai salah satu destinasi rekreasi dan tarikan pelancongan yang menarik di jajahan Machang.

Pihak Majlis Daerah Machang amat menghargai kepercayaan yang diberikan dan mengalu-alukan kedatangan pihak institusi pendidikan, agensi kerajaan, komuniti serta orang ramai untuk terus memilih Kolam Air Panas Tok Bok sebagai lokasi aktiviti, pembelajaran, rekreasi dan riadah.

Terima kasih kerana memilih Tok Bok.

MAKLUMANTaman Rekreasi Air Panas Tok Bok akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 15 Julai 2026, bermula 7.00 pagi hingg...
14/07/2026

MAKLUMAN

Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 15 Julai 2026, bermula 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan yang sebelum ini dijadualkan pada malam rabu telah selesai dilaksanakan lebih awal semasa tempoh penyelenggaraan.

Terima kasih atas kerjasama pihak yang terlibat menyelesaikan kerja penyelenggaraan. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok.

Address

Jalan Kampung Rengas, Tok Bok
Machang
18500

Opening Hours

Monday 05:00 - 00:00
Tuesday 17:00 - 00:00
Wednesday 05:00 - 00:00
Thursday 05:00 - 00:00
Friday 05:00 - 00:00
Saturday 05:00 - 00:00
Sunday 05:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok:

Shortcuts

Share

Category