25/05/2026
🤲 Hari Arafah, mintalah yang lebih mahal daripada dunia dan segala isinya
1. Ya Allah, kurniakan hamba Syurga Firdaus tanpa hisab.
2. Ya Allah, matikan hamba dalam khusnul khatimah.
3. Ya Allah, ampunkan segala dosa hamba, dosa ibu bapaku dan seluruh keluargaku.
4. Ya Allah, redhailah hamba dan jangan Kau murkai hamba.
5. Ya Allah, kurniakan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.
6. Ya Allah, tetapkan hatiku di atas iman dan istiqamah.
7. Ya Allah, jadikan hamba, pasangan dan zuriatku ahli syurga.
8. Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik dan tubuh yang kuat untuk beribadah.
9. Ya Allah, lapangkan dadaku, tenangkan hatiku dan hilangkan segala kesedihan.
10. Ya Allah, berikan rezeki yang halal, berkat, luas dan mencukupi.
11. Ya Allah, permudahkan hamba menjadi tetamuMu di Baitullah berkali-kali.
12. Ya Allah, makbulkan segala hajat baik yang tersimpan dalam hatiku.
13. Ya Allah, lindungi hamba daripada fitnah dunia, fitnah kubur dan azab neraka.
14. Ya Allah, jadikan hamba insan yang memberi manfaat kepada agama dan ummah.
15. Ya Allah, pertemukan hamba dengan insan-insan soleh di dunia dan akhirat.
16. Ya Allah, masukkan hamba ke dalam golongan hambaMu yang Kau cintai.
17. Ya Allah, jangan Kau palingkan hatiku setelah Kau berikan hidayah.
18. Ya Allah, akhiri hidupku dengan kalimah Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah.
Hari Arafah adalah antara hari terbaik untuk berdoa dan memohon keampunan serta rahmat Allah. Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.
✅ Jangan lupa dalam doa:
“Ya Allah, jemputlah hamba dan keluargaku menjadi tetamuMu di Tanah Suci berkali-kali bersama UAR sehingga akhir hayat kami.” 🤲🏻😊
Semoga ALLAH mengabulkan setiap doa dan hajat kita pada Hari Arafah. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin. 🤲🏻🌹