08/05/2026
Alhamdulillah, hari ini satu lagi langkah hijrah dalam perjalanan travel Umrah kami.
Dari Taman Peringgit Jaya Melaka, kini ofis UT Travel & Tours Official telah berpindah ke Taman Melaka Baru,
Batu Berendam Melaka.
Hijrah ini mengingatkan kita kepada perjalanan agung Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah.Bukan sekadar berpindah tempat,
tetapi berpindah menuju kebaikan yang lebih besar. Menuju ruang yang lebih luas untuk berkhidmat.Dan membuka lebih banyak jalan untuk agama berkembang.
Begitulah juga kami,
Hijrah ke tempat baru ini bukan hanya untuk bisnes tetapi untuk memperbaiki khidmat kami kepada tetamu Allah swt. π€²π
Lebih luas untuk keselesaan jemaah.
Lebih dekat untuk kemudahan jemaah.
Lebih lengkap untuk keperluan jemaah.
Lebih strategik untuk memudahkan urusan.
Lebih bersedia untuk membawa lebih ramai ke Tanah Suci Mekah Madinah.
Kerana setiap perjalanan ke Baitullah, Bukan sekadar travel, tapi satu perjalanan iman menuju Allah swt yang Maha Besar.
Jemput semua datang ke pejabat baru kami.
Mari kita mulakan langkah hijrah menuju Allah bersama-sama.
Doakan kami terus istiqamah dalam amanah ini. π€²ππ