Ibnu Yusoff Bungalow Homestay - Melaka

Ibnu Yusoff Bungalow Homestay - Melaka Homestay Bungalow setingkat di Bukit Serindit, Melaka. Kadar sewa yg berpatutan dan lokasi pinggir bandar yang tenang. Hubungi 0195511950/0192889792.

29/08/2024

At-Taubah : 32
---------------

‎يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ

"Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan2) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang2 yang kafir tidak menyukai."

Allah سبحانه وتعالى berfirman menceritakan perihal orang2 kafir dari kalangan kaum musyrik dan kaum Ahli Kitab : (يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ) "Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah." Iaitu petunjuk dan agama yang hak yang Allah turunkan melalui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka bermaksud memadamkannya dengan bantahan dan kedustaan yang mereka buat2. Allah mengumpamakan perbuatan mereka itu dengan seseorang yang berkeinginan memadamkan sinar matahari atau cahaya rembulan dengan tiupan. Dengan kata lain hal ini jelas tidak mungkin dan tidak ada jalan untuk itu. Maka demikian p**a apa yang disampaikan oleh Allah melalui RasulNya, pasti akan sempurna dan akan menang. Oleh kerana itu Allah سبحانه وتعالى menjawab niat dan kehendak mereka itu melalui firmanNya : (وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ) "dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya walaupun orang2 yang kafir tidak menyukai."

Istilah kafir menurut pengertian bahasa ialah 'orang yang menutupi sesuatu atau menyembunyikannya'. Oleh kerana itu, maka malam hari dina­makan kafir, sebab ia menutupi segala sesuatu dengan kegelapannya. Seorang petani dinamakan kafir menurut istilah bahasa, kerana ia membenamkan biji (benih) tanaman ke dalam tanah, saperti yang disebutkan di dalam firmanNya (menurut salah satu qira'at), iaitu : (أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ) "Menyenangkan hati penanam2nya".

At-Taubah : 33
---------------

‎هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang2 musyrik tidak menyukai."

Allah سبحانه وتعالى berfirman : (هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ) "Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar." Petunjuk ialah apa yang disampaikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم berupa berita2 yang benar, iman yang benar dan ilmu yang bermanfaat. Dan agama yang hak ialah amal2 yang benar lagi bermanfaat di dunia dan akhirat. (لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ) "untuk dimenangkanNya atas segala agama." Iaitu atas semua agama lain, saperti yang disebutkan di dalam hadith sahih dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bahawa beliau pernah bersabda : "Sesungguhnya Allah melipatkan bumi untukku bahagian barat dan bahagian timurnya, dan kelak kerajaan umatku akan mencapai semua bahagian yang dilipatkan bagiku darinya."

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ja'far, telah menceritakan kepada kami Syu'bah, dari Muhammad ibnu Abu Ya'qub, bahawa ia pernah mendengar Syaqiq ibnu Hayyan menceritakan hadith berikut dari Mas'ud ibnu Qubaisah atau Qubaisah ibnu Mas'ud yang mengatakan bahawa suatu kabilah dari Bani Muharib melakukan salat Subuh. Setelah mereka menyelesaikan salat mereka, salah seorang pemuda mereka berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya kelak akan dibukakan bagi kamu belahan timur dan belahan barat bumi ini, dan sesungguhnya orang2 yang menguasainya dimasukkan ke dalam Neraka, kecuali orang2 yang bertakwa kepada Allah dan menunaikan amanat."

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mugirah, telah menceritakan kepada kami Safwan, telah menceritakan kepada kami Salim ibnu Amir, dari Tamim Ad-Dari رضي الله عنه yang mengata­kan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda : "Sesungguhnya perkara ini (agama Islam) akan mencapai apa yang dicapai oleh malam dan siang hari. Dan Allah tidak akan membiarkan suatu kota pun, tidak p**a suatu kampung pun, melainkan dimasuki oleh agama ini. Agama ini memuliakan orang yang mulia dan menghinakan orang yang hina, ia menjadi mulia kerana Allah memuliakannya melalui agama Islam, dan menjadi terhina karena Allah menghinakan orang kafir melaluinya."

Tamim Ad-Dari mengatakan bahawa sesungguhnya dia telah mengenali dengan baik semua orang yang ada di lingkungan keluarganya. Orang yang masuk Islam dari kalangan mereka memperoleh kebaikan, kemuliaan dan kehormatan; dan orang yang kafir di antara mereka ditimpa oleh kehinaan, dipandang remeh, dan dikenakan jizyah.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Abdu Rabbih, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Muslim, telah menceritakan kepadaku Ibnu Jabir, ia pernah mendengar Salim ibnu Amir mengatakan bahawa ia pernah mendengar Al-Miqdad ibnul Aswad mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Tiada yang tersisa di muka bumi ini suatu rumah pun, baik di kota mahu pun di kampung, melainkan dimasuki oleh kalimah Islam. Islam memuliakan orang yang mulia dan menghinakan orang yang hina. Adapun orang yang ditakdirkan mulia oleh Allah, maka Allah menjadikannya termasuk ahlinya, dan orang yang ditakdirkan hina oleh Allah, maka mereka dihinakan oleh kalimah Islam (yakni tidak mau masuk Islam)."

Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad disebutkan p**a bahawa, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abu Addi, dari Ibnu Aun, dari Ibnu Sirin, dari Abu Huzaifah, dari Addi ibnu Hatim. Abu Huzaifah mengatakan bahawa ia pernah mendengar Addi ibnu Hatim menceritakan hadith berikut bahawa ia masuk menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Hai Addi, masuk Islamlah kamu, maka selamatlah kamu." Addi menjawab : "Saya telah memeluk suatu agama." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Aku lebih mengetahui agamamu daripada kamu." Addi bertanya : "Benarkah engkau lebih mengetahui agamaku daripada aku sendiri?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : "Ya, bukankah kamu dari kalangan Raksawiyyah, dan kamu biasa memakan (memungut) upeti kaummu?" Addi ibnu Hatim menjawab : "Memang benar." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya hal itu tidak dihalalkan me­nurut agamamu." Addi ibnu Hatim mengatakan bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم tidak mengulangi ucapannya itu sehingga ia merasa rendah diri dan malu kepadanya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya aku mengetahui hal yang menghambatmu untuk masuk Islam. Kamu menduga bahawa agama Islam hanyalah diikuti oleh orang2 yang lemah yang tidak mempunyai kekuatan, dan memang dugaan yang serupa telah dilontarkan p**a oleh orang2 Arab. Tahukah kamu Hirah?" Addi ibnu Hatim menjawab : "Saya belum pernah melihatnya, tetapi saya pernah mendengarnya." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan­nya, sesungguhnya Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehingga seorang wanita bepergian dari Hirah, lalu melakukan tawaf di Baitullah tanpa ditemani oleh seorang lelaki pun (yakni keadaan atau situasi masa itu sangat aman). Dan sesung­guhnya kelak perbendaharaan kerajaan Persia benar2 akan dibuka (dikuasai oleh kaum muslim)." Addi ibnu Hatim berkata : "Apakah yang dimaksud adalah kerajaan Kisra Ibnu Hurmuz?" Nabi SAW Bersabda : "Ya, Kisra ibnu Hurmuz, dan sesungguhnya harta benda akan diberikan hingga tidak ada lagi seseorang yang mahu menerimanya." Addi ibnu Hatim mengatakan : "Musafir wanita itu memang telah berangkat dari Hirah, lalu melakukan tawaf di Baitullah tanpa ditemani oleh seorang lelaki pun. Dan sesungguhnya aku termasuk salah seorang yang ikut membuka perbendaharaan Kisra ibnu Hurmuz. Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaanNya, akan terjadi hal yang ketiga, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menyebutkannya (iaitu ketika harta benda diberikan, kemudian tiada seorang pun yang mahu menerimanya, yang dimaksud ialah dekat hari kiamat. Pent.)."

Imam Muslim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Ma'an Zaid ibnu Yazid Ar-Raqqasyi, telah menceritakan kepada kami Khalid ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid ibnu Ja'far, dari Al-Aswad ibnul Ala, dari Abu Salamah, dari Aisyah رضي الله عنها yang mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Malam dan siang hari tidak akan lenyap sebelum Lata dan 'Uzza disembah (kembali) Aku (Siti Aisyah رضي الله عنها) bertanya : 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku menduga bahawa ketika Allah سبحانه وتعالى menurunkan firmanNya : (هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ) 'Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an ) dan agama yang benar,'" hingga akhir ayat. Hal tersebut memberi pengertian bahawa segala sesuatu telah sempurna. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya kelak sebahagian dari hal itu (penyembahan kepada berhala) akan terjadi menurut apa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengirimkan angin yang harum, maka matilah semua orang yang di dalam kalbunya terdapat iman (walau) seberat zarrah, dan yang masih hidup adalah orang2 yang di dalam dirinya tidak terdapat suatu kebaikan pun, maka mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka."

Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir.

27/08/2024

Al-'A`rāf : 8
------------

‎وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡحَقُّ ۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang2 yang beruntung."

Allah سبحانه وتعالى berfirman : (وَٱلۡوَزۡنُ) "Timbangan." Maksudnya, timbangan amal perbuatan di hari kiamat. (ٱلۡحَقُّ) "ialah kebenaran." Iaitu Allah سبحانه وتعالى tidak menganiaya seorang pun. Ayat ini semakna dengan ayat lain yang disebutkan melalui firmanNya : (وَنَضَعُ ٱلْمَوَٰزِينَ ٱلْقِسْطَ لِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْـًٔا ۖ وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَٰسِبِينَ) "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan." (Al-Anbiyaa' : 47). (إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا) "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar." (An-Nisaa' : 40).

FirmanNya : (فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ ، فَهُوَ فِى عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ ، وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ ، فَأُمُّهُۥ هَاوِيَةٌ ، وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا هِيَهْ ، نَارٌ حَامِيَةٌۢ) "Dan ada pun orang2 yang berat timbangan (kebaikan)nya maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan ada pun orang2 yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (Iaitu) api yang sangat panas." (Al-Qari'ah : 6-11).

Dan Allah سبحانه وتعالى berfirman : (فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَلَآ أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَآءَلُونَ) "Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada p**a mereka saling bertanya." (Al-Mu'minun : 101). (فَمَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ، وَمَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ فِى جَهَنَّمَ خَٰلِدُونَ) "Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya. maka mereka itulah orang2 yang dapat keuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang2 yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam. (Al-Mu'minun : 102-103). Yang diletakkan pada timbangan amal perbuatan kelak di hari kiamat, menurut suatu pendapat, adalah amal2 perbuatan, sekalipun berupa sesuatu yang abstrak, tetapi Allah سبحانه وتعالى mengubah bentuknya menjadi jasad yang konkrit di hari kiamat. Al-Bagawi mengatakan bahwa hal tersebut telah diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas, saperti yang disebutkan di dalam sebuah hadith sahih, bahawa surat Al-Baqarah dan Ali Imran kelak di hari kiamat datang (dalam bentuk) seakan-akan seperti dua awan, atau dua naungan, atau dua kump**an burung-burung yang terbang berbaris. Termasuk ke dalam pengertian ini ialah apa yang disebut di dalam hadith sahih lain tentang kisah Al-Qur'an, bahwa Al-Qur'an kelak akan datang kepada pemiliknya dalam rupa seorang pemuda yang pucat warna (kulit)nya. Maka pemiliknya bertanya, "Siapakah kamu?" Ia menjawab, "Aku adalah Al-Qur'an yang membuatmu tidak dapat tidur di malam harimu dan membuatmu haus di siang harimu." Di dalam hadith Al-Barra mengenai kisah pertanyaan kubur disebutkan : "Maka orang mukmin didatangi oleh seorang pemuda yang bagus warna kulitnya lagi harum baunya. Maka orang mukmin itu bertanya : 'Siapakah kamu?' Ia menjawab : 'Saya adalah amal solehmu.'"

Lalu disebutkan hal yang sebaliknya tentang orang2 kafir dan orang2 munafik.
Menurut pendapat yang lain, yang ditimbang adalah kitab catatan amal perbuatan, saperti yang disebutkan di dalam hadith tentang bitaqah (kartu) mengenai seorang lelaki yang dihadapkan, lalu diletakkan baginya pada salah satu sisi timbangan sebanyak sembilan puluh sembilan catatan amal, setiap catatan amal tebalnya sejauh mata memandang. Kemudian bitaqah tersebut didatangkan yang di dalam­nya bertuliskan kalimah "Tidak ada Tuhan selain Allah". Lalu lelaki itu bertanya : "Wahai Tuhanku, apakah bitaqah dan semua catatan ini?" Allah سبحانه وتعالى menjawab : "Sesungguhnya engkau tidak akan dianiaya." Lalu bitaqah tersebut diletakkan di sisi timbangan yang lainnya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Maka catatan2 itu menjadi ringan dan bitaqah itu menjadi berat." Imam Turmidzi meriwayatkan hal yang semisal melalui jalur ini, dan ia menilainya sahih.

Menurut pendapat yang lain, yang ditimbang itu adalah diri orang yang berkenaan. Saperti yang disebutkan di dalam hadith berikut : "Kelak di hari kiamat didatangkan seorang lelaki yang gemuk, tetapi di sisi Allah timbangannya tidaklah seberat sebuah sayap nyamuk kecil pun. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم membacakan firmanNya : (فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وَزْنًا) "dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat." (Al-Kahfi : 105).

Di dalam manaqib (riwayat hidup) sahabat Abdullah ibnu Mas'ud disebutkan bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda : "Apakah kamu merasa aneh dengan kedua betis (Ibnu Mas'ud) yang kecil itu. Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaanNya, kedua betisnya itu dalam timbangan amal perbuatan jauh lebih berat daripada Bukit Uhud."

Tetapi boleh p**a digabungkan pengertian dari semua athar tersebut, misalnya semuanya dinilai benar kerana adakalanya yang ditimbang adalah amal perbuatannya, adakalanya catatan2 amalnya, dan adakalanya diri orang yang berkenaan.

Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir.

26/06/2024

Yūnus : 17
----------
‎فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَٰتِهِۦٓ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ

"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah سبحانه وتعالى atau mendustakan ayat2Nya? Sesungguhnya, tiadalah beruntung orang2 yang berbuat dosa."

Allah سبحانه وتعالى berfirman bahawa tidak ada seorang pun yang lebih aniaya, tidak p**a yang lebih angkara murka, dan tidak p**a yang lebih jahat : (مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا) "daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah."

Iaitu membuat-buat kedustaan terhadap Allah سبحانه وتعالى, lalu ia mengaku bahawa Allah سبحانه وتعالى telah mengutusnya, padahal kenyataannya tidaklah demikian. Dan tidak ada seorang pun yang dosanya lebih besar dan kejahatannya lebih parah daripada orang saperti itu. Orang saperti itu tidaklah samar perkaranya bagi orang bodoh sekalipun, kerana mana mungkin orang saperti itu serupa dengan para Nabi. Seseorang yang mengucapkan kata2 saperti itu, baik dia benar atau dusta, pasti Allah سبحانه وتعالى akan menegakkan hujah2 yang menunjukkan akan kebenaran atau kedustaannya dengan bukti2 yang lebih jelas daripada matahari.

Sesungguhnya perbezaan antara Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Musailamah Al-Kazzab bagi orang yang menyaksikan keduanya akan lebih jelas baginya daripada membezakan antara waktu duha (siang hari) dengan pertengahan malam hari yang gelap gulita. Orang yang menyaksikan ciri2 khas keduanya melalui sepak terajang dan ucapan2, bagi orang yang mempunyai pandangan hati, akan menyimpulkan kebenaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan kedustaan Musailamah Al-Kazzab serta lain2nya yang semisal, saperti Sajjah dan Al-Aswad Al-Anasi.

Abdullah ibnu Salam mengatakan : "Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiba di Madinah, orang2 (Yahudi) merasa tidak senang dengan kehadirannya, dan aku termasuk salah seorang yang tidak senang. Ketika aku melihatnya langsung, aku menyimpulkan bahawa dia (Nabi صلى الله عليه وسلم) bukanlah orang yang berterampilan saperti orang yang pendusta." Abdullah ibnu Salam melanjutkan kisahnya, bahawa ucapan Nabi صلى الله عليه وسلم yang mula2 didengarnya ialah sabdanya : "Hai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan orang2 yang miskin, hubungkanlah silaturahimi, dan salatlah di malam hari ketika orang2 lelap dalam tidurnya, nescaya kamu masuk Syurga dengan sejahtera."

Ketika delegasi yang dipimpin oleh Dammam ibnu Sa'labah sebagai utusan dari kaumnya (yaitu Bani Sa'd ibnu Bakar) datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, di antara pertanyaan yang diajukan oleh Dammam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah : "Siapakah yang meninggikan langit ini?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : "Allah." Dammam bertanya : "Siapakah yang memancangkan gunung2 ini?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : "Allah." Dammam bertanya : "Siapakah yang menghamparkan bumi ini?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : "Allah." Dammam bertanya : "Demi Rabb yang telah meninggikan langit ini, yang telah memancangkan gunung2 ini, dan yang telah menghamparkan bumi ini, apakah Allah سبحانه وتعالى yang telah mengutusmu kepada seluruh umat manusia?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab, "Ya, Allah, memang benar."

Kemudian Dammam bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang salat, zakat, haji, dan puasa, pada setiap pertanyaan Dammam mengajukan sumpah tersebut, dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengucapkan sumpah itu kepada Dammam. Maka Dammam berkata : "Engkau benar, demi Rabb yang mengutusmu dengan benar, aku tidak akan menambahi atau mengurangi dari hal tersebut." Ternyata Dammam percaya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم hanya dengan cara itu, dan dia telah merasa yakin kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui dalil2 yang ia saksikan dengan mata kepalanya sendiri dari diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Adapun Musailamah, apabila orang yang menyaksikannya itu mempunyai pandangan hati, pasti akan mengetahui keadaan yang sebenarnya, melalui ucapan2nya yang rapuh lagi tidak fasih dan melalui perbuatan2nya yang tidak baik, bahkan buruk, serta ucapan2 yang dibuat2nya yang menyebabkan dia kekal di dalam Neraka kelak pada hari penyesalan dan memalukan.

Alangkah jauhnya perbezaan antara firman Allah سبحانه وتعالى yang mengatakan : (ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ) "Allah, tidak ada Rabb melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk)Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. (Al-Baqarah : 255). hingga akhir ayat"...dengan perkataan2 Musailamah, semoga Allah memburukkan dan melaknatinya, berikut ini :

"Hai katak, anak sepasang katak, bersuaralah, berapa banyak kamu bersuara, tetapi kamu tidak dapat mengeruhkan air dan tidak p**a dapat mencegah orang yang meminumnya."

"Allah melimpahkan nikmat kepada wanita yang mengandung, bila Dia melahirkan darinya seorang manusia yang dapat berjalan, iaitu dari selangkangan dan perutnya."

"Gajah, tahukah kamu apakah gajah itu, gajah mempunyai belalai yang panjang."

"Bahan2 roti yang telah dijadikan adonan, dan roti2 yang telah dipanggang, dan makanan2 yang telah disuap, lauk pauk dan saminnya, demi semuanya, sesungguhnya orang2 Quraisy adalah kaum yang melampaui batas."

Dan perkataan2 Musailamah lainnya, yang tidak lain mengandungi berbagai macam khayalan dan igauan serta khurafat sehingga anak2 kecil pun tidak mahu mengucapkannya melainkan dengan nada sinis dan mengejek. Kerana itulah Allah سبحانه وتعالى menghinakannya dan mematikannya terhina dalam Perang Al-Hadiqah, sehingga tercabik-cabik kekuatannya. Ia dilaknat oleh teman2nya dan keluarga­nya sendiri yang datang kepada Khalifah Abu Bakar dalam keadaan bertaubat, mereka datang dengan penuh harapan untuk memeluk agama Islam.

Ketika Khalifah Abu Bakar رضي الله عنه meminta mereka untuk membacakan kepadanya sesuatu yang pernah dikatakan oleh Musailamah, mereka meminta Khalifah Abu Bakar agar tidak menyebutnya kerana memalukan. Akan tetapi, Khalifah Abu Bakar tetap bersikap keras meminta agar mereka mengucapkannya, supaya didengar oleh orang2 yang belum pernah mendengarnya. Dengan demikian, mereka akan mengetahui keutamaan hidayah dan ilmu yang terkandung di dalam Al-Qur'an yang jauh lebih utama daripada apa yang dikatakannya. Lalu mereka membacakan apa yang telah kami sebutkan di atas dan hal-hal lainnya yang serupa.

Setelah mereka selesai membacakannya, maka Khalifah Abu Bakar berkata kepada mereka : "Celakalah kamu, kamu buang ke mana akal kamu? Demi Allah, kata2 saperti itu hanya pantas keluar dari punggung kamu."

Diceritakan bahawa Amr ibnul As menjadi delegasi untuk menghadap Musailamah yang telah menjadi temannya sejak zaman Jahiliah, ketika itu Amr ibnul As belum masuk Islam. Lalu Musailamah berkata kepadanya : "Celakalah engkau, hai Amr, apakah yang telah diturunkan kepada teman kamu, maksudnya Nabi صلى الله عليه وسلم, dalam masa sekarang ini?" Maka Amr menjawab : "Sesungguhnya aku mendengar sahabat2nya membacakan surat yang besar tetapi pendek." Musailamah bertanya : "Bagaimanakah bunyinya?" Amr membacakan firmanNya : (وَٱلْعَصْرِ ، إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ) "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian. (Al-Asr : 1-2) , hingga akhir surat."
Kemudian Musailamah berpikir sejenak, lalu berkata : "Aku pun baru menerima hal yang semisal yang telah diturunkan kepadaku." Amr bertanya : "Cuba sebutkan." Musailamah berkata : "Hai kelinci, hai kelinci, sesungguhnya engkau hanyalah sepasang telinga dan dada, sedangkan anggotamu yang lain kecil lagi pendek. Bagaimanakah menurutmu, hai 'Amr?" Amr menjawab kepada Musailamah : "Demi Allah, sesungguhnya engkau benar2 mengetahui bahawa aku mengetahui bahawa engkau dusta." Apabila penilaian ini dari seorang musyrik di saat ia dalam kemusyrikan­nya, berarti tidaklah samar baginya keadaan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan kebenarannya, serta keadaan Musailamah dan kedustaannya. Terlebih lagi menurut penilaian orang2 yang mempunyai akal dan pandangan hati yang tajam. Oleh kerana itulah Allah سبحانه وتعالى berfirman : (وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ ٱفْتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِىَ إِلَىَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَىْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ) "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata : 'Telah diwahyukan kepada saya,' padahal tidak ada diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata : 'Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah.'" (Al- An'am : 93). Sedangkan dalam surat ini disebutkan oleh firmanNya : (فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَٰتِهِۦٓ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ) "Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan ayat2Nya? Sesungguhnya tiadalah beruntung orang2 yang berbuat dosa."

Demikian p**a halnya orang yang mendustakan kebenaran yang disampaikan oleh para Rasul, padahal hujah2 (bukti2)nya telah jelas baginya. Sebagai jawapannya dikatakan : "Tentu sahaja tiada yang lebih zalim dari orang saperti itu," seperti yang disebutkan oleh sebuah hadith : "Orang yang paling dimurkai oleh Allah سبحانه وتعالى ialah seseorang yang membunuh Nabi atau dibunuh oleh Nabi."

Rujukan : Tafsi Ibnu Kathir.

25/06/2024

An-Nisā : 31
-------------

‎إِن تَجۡتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا تُنۡهَوۡنَ عَنۡهُ نُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَنُدۡخِلۡكُم مُّدۡخَلٗا كَرِيمٗا

"Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan2mu (dosa2mu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Apabila kamu menjauhi dosa2 besar yang dilarang kamu mengerjakannya, maka Kami akan menghapuskan dosa2 kecil kamu dan Kami masukkan kamu ke dalam Syurga. Oleh karena itu, dalam firman selanjutnya disebutkan : (وَنُدۡخِلۡكُم مُّدۡخَلٗا كَرِيمٗا) "dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Al-Hafiz Abu Bakar Al-Bazzar mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muammal ibnul Hisyam, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Khalid ibnu Ayyub, dari Mu'awiyah ibnu Qurrah. dari Anas yang mengatakan : "Kami belum pernah melihat hal yang semisal dengan apa yang disampaikan kepada kami dari Rabb kami, kemudian kami rela keluar meninggalkan semua keluarga dan harta benda, iaitu diberikan pengampunan bagi kami atas semua dosa selain dosa2 besar." Allah سبحانه وتعالى telah berfirman : (إِن تَجۡتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا تُنۡهَوۡنَ عَنۡهُ نُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ) "Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan2 kamu (dosa2 kamu yang kecil).", hingga akhir ayat.

Banyak hadith yang berkaitan dengan makna ayat ini. Berikut ini akan kami ketengahkan sebahagian darinya yang mudah.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hassyim, dari Mugirah, dari Abu Ma'syar, dari Ibrahim, dari Marba' Ad-Dabbi, dari Salman Al-Farisi yang menceritakan bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda kepadanya : "Tahukah kamu, apakah hari Jum'at itu?" Salman Al-Farisi menjawab : "Hari Jum'at adalah hari Allah سبحانه وتعالى menghimpun nenek moyangmu (iaitu hari Kiamat terjadi pada hari Jum'at)." Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : "Tetapi aku mengetahui apakah hari Jum'at itu. Tidak sekali-kali seorang lelaki bersuci dan ia melakukannya dengan baik, lalu ia mendatangi salat Jum'at dan diam mendengarkan khutbah hingga imam menyelesaikan salatnya, melainkan hari Jum'at itu merupakan penghapus bagi dosa2 (kecil)nya antara Jum'at itu sampai Jum'at berikutnya selagi dosa2 yang membinasakan (dosa2 besar) dijauhi (nya)." Imam Bukhari meriwayatkan hal yang semisal dari jalur yang lain, melalui Salman.

Abu Ja'far ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Al-Musanna, telah menceritakan kepada kami Abu Saleh, telah menceritakan kepada kami Al-Lais, telah menceritakan kepadaku Khalid, dari Sa'id ibnu Abu Hilal, dari Na'im Al-Mujammar, telah menceritakan kepadaku Suhaib maula As-sawari, ia pernah mendengar Abu Hurairah dan Abu Sa'id menceritakan hadis berikut, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di suatu hari berkhutbah kepada para sahabat. Beliau صلى الله عليه وسلم bersabda : "Demi Rabb yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaanNya." Kalimat ini diucapkannya tiga kali, lalu beliau menundukkan kepalanya. Maka masing-masing dari kami menundukkan kepala p**a seraya menangis, kami tidak mengetahui apa yang dialami oleh beliau. Setelah itu beliau mengangkat kepalanya, sedangkan pada rupa wajahnya nampak tanda kegembiraan, maka hal tersebut lebih kami sukai seolah-olah kami telah mendapat ternak unta yang unggul. Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : "Tidak sekali-kali seorang hamba salat lima waktu, puasa Ramadan, menunaikan zakat, dan menjauhi tujuh dosa besar, melainkan dibukakan baginya semua pintu Syurga, kemudian dikatakan kepadanya : 'Masuklah dengan selamat.'"

Hal yang sama diriwayatkan oleh Imam Nasa-i dan Imam Hakim di dalam kitab Mustadraknya melalui hadith Al-Lais ibnu Sa'd dengan lafaz yang sama. Imam Hakim meriwayatkan p**a, juga Ibnu Hibban, di dalam kitab sahihnya melalui hadith Abdullah ibnu Wahb, dari Amr ibnul Haris', dari Sa'id ibnu Abu Hilal dengan lafaz yang sama. Kemudian Imam Hakim mengatakan bahawa hadith ini sahih dengan syarat Syaikhain, tetapi keduanya tidak mengetengahkannya.

Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir.

30/12/2023
Tk en amir. Selamat bercuti!!
25/12/2018

Tk en amir. Selamat bercuti!!

Rumah selesa ada aircon boleh masak...
25/12/2018

Rumah selesa ada aircon boleh masak...

13/12/2018

Betul..

13/12/2018

Assalamualaikum... selamat menunaikan solat subuh

Stadium tun fatimah bukit serindit.. jom!! Santai beriadhah sambil cuti cuti melaka.. berdekatan dengan homestay kami...
07/07/2018

Stadium tun fatimah bukit serindit.. jom!! Santai beriadhah sambil cuti cuti melaka.. berdekatan dengan homestay kami...

27/12/2014

Ibnu yusoff homestay... sesuai untuk brcuti smbil melancung.
Harga RM240hari biasa/250pada hujung minggu..
Hubungi 0195511950/0192889792 jika berminat. Pasti berbaloi,,
Selesa, nyaman, parkir luas

27/12/2014

Contact 0195511950 atau 0192889792 siapa cepat dia dapat..selesa nyaman parkir luas.. Sekali kunjung rasa nak datang lagi...

Address

Lot 71, Taman Noorbar, Bukit Serindit
Malacca City
74500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibnu Yusoff Bungalow Homestay - Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share