24/08/2015
Nama Pakej : PAKEJ UMRAH DISEMBER 1437/2015
Tempoh Pakej : 11 Hari – 09 Malam
Tarikh : 11 DISEMBER 2015 – 21 DISEMBER 2015
Penerbangan : MALAYSIA AIRLINES ( CHARTERED )
No. Penerbangan Tarikh SEKTOR Berlepas Tiba
MH 8200 11 DIS 2015 KUL / MED 1910 2324 Lapor Diri Jam 3.00 petang
MH 8001 21 DIS 2015 JED / KUL 0225 1500
HARGA: RM 6,900 (Quad/Quint),RM 7,300 ( Triple ), RM 7,500 ( Double )
HARI Keterangan Aktiviti
Hari pertama (1)
KUL 11 Disember 2015 Waktu lapor diri di KLIA 4 Jam sebelum waktu berlepas harus berkumpul pada jam 3.00 petang. Berlepas dari KLIA pada jam 7.10 malam.Penerbangan akan tiba di lapangan terbang pada jam 11.24 malam dan terus ke hotel penginapan di madinah.
Hari Kedua (2)
Madinah – 12 Dis 2015 Selepas sarapan pagi, para jemaah dibawa untuk membuat ziarah dalaman sekitar Masjid Nabawi As-Syariff iaitu Makam Nabi, Masjid Nabawi, Perkuburan Baqi’.
Hari Ketiga (3)
Madinah
13 Dis 2015 Selepas sarapan pagi, para jemaah di minta berkumpul di lobi hotel untuk memulakan program ziarah di sekitar Kota Madinah.Pertamanya,para jemaah akan dibawa melawat dan bersembahyang di Masjid Quba,iaitu masjid yang pertama didirikan oleh Rasullullah di Madinah.(para jemaah diminta berwudhuk sebelum memulakan lawatan) kemudian para jemaah akan dibawa ke bukit Uhud serta menziarahi shuhada Uhud dan seterusnya ke Masjid Qiblatain dan juga jika berkesempatan menziarahi Kilang percetakkan Al-Quran Madinah dan di dalam perjalanan pulang para jemaah akan di bawa melintasi medan Khandak atau lebih dikenali sebagai Masjid Tujuh dan sebelum pulang ke –hotel,para jemaah akan berpeluang untuk membeli kurma di Pasar Kurma.
Hari Keempat ( 4 )
Madinah – Makkah 14 Dis 2015 Selepas Solat Zohor,para jemaah diminta menurunkan barang –barang serta beg di lobi hotel,para jemaah akan bertolak ke Mekkah dan perjalanan ke mekkah akan singgah di Bir Ali untuk Meqat Umrah.Para jemaah dijangka tiba di Makkah lebih kurang pukul 10.00 malam.Setelah selesai urusan daftar masuk di hotel dan makan malam,para jemaah akan dibawa untuk melakukan umrah.
Hari Kelima (5)
Makkah 15 Dis 2015 Acara bebas di Makkah dan para jemaah di saran untuk memperbanyakkan umrah dan ibadat-ibadat lain sepanjang tempoh di Makkah.
Hari Keenam (6)
Makkah
16 Dis 2015 Selepas solat, para jemaah di minta berkumpul di lobi hotel untuk acara lawatan di sekitar Kota Makkah.Pertamanya para jemaah akan di bawa melawat bukit di mana terletaknya Gua Thur,Padang Arafah dan Jabal Rahmah serta melalui Mudzalifah,Mina dan seterusnya ketiga-tiga Jamrah.Tempat terakhir yang akan dibawa ialah melepasi Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira’ dan akhirnya ke Masjid Jaaranah untuk miqat umrah yang seterusnya.
Hari Ketujuh – Kesembilan (7-9)
Makkah 17 Dis 2015 – 19 Dis 2015 Akan Dimaklumkan Kemudian) Ziarah ke Hudaibiyyah ladang tenusu unta,kilang kelambu Kaabah (mengikut kelulusan dari pihak berkuasa) Muzium Dua masjid haram & nabawi, masjid hudaibiyyah dan terus miqat umrah di sana. Acara bebas di mekkah. dan para jemaah di saran untuk memperbanyakkan umrah dan ibadat-ibadat lain sepanjang tempoh di Makkah.
Hari Kesepuluh(10)
Makkah - JED
20 Dis 2015 Sebelum meninggalkan Makkah para jemaah diwajibkan melakukan tawaf Wida’ (Kecuali yang uzur Syare’i). Para jemaah akan berkumpul di lobi dan akan diambil oleh bas pada pukul 5.30 petang
Hari Kesebelas (11)
KUL21 Dis 2015 Penerbangan ke KLIA pada jam 2.25 pagi.InsyaAllah akan tiba dengan selamat di KLIA pada jam 3.00 petang.Semua ahli keluarga hendaklah menjemput jemaah di KLIA.
NOTA: ** Jadual waktu perjalanan, harga dan aturcara adalah tertakluk kepada pindaan.