Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara

Call Directions Contact the business

Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara The site of South East Asia's oldest civilization known as Kadahar, Queda, Cheah Cya or Qalah in ancient times - in Sungai Batu, Merbok, Kedah Malaysia.
(445)

Sebelum Sungai Batu dijumpai, terdapat banyak catatan menunjukkan ada satu tempat di Nusantara Melayu di mana terkenal di sleuruh dunia dengan gelaran yang bersangkutan dengan besi. Panggilan tersebut adalah seperti Chieh Cha, Qalah, Qala, Kadaram, Kataha, Qeda dan puluhan nama yang kena mengena dengan besi. Sebuah kitab lama Pakistan memberi jolokan nama tempat itu sebagai Gudang Besi Dunia. Tahun 2010, telah ditemui dan kini diakui. Di sinilah Tamadun Terawal Asia Tenggara bermula. Tamadun Kedah Tua, Juga turut dipanggil Tamadun Sungai Batu.

22/09/2026

Terima kasih pembaca. Serasanya macam ni industri peleburan besi Kedah Tua dulu.

Kalau hampa dapat besi qalai nie. Apa yang hampa nak buat? Kalau admin buat keris atau parang dah laa. Besi terbaik duni...
22/09/2026

Kalau hampa dapat besi qalai nie. Apa yang hampa nak buat? Kalau admin buat keris atau parang dah laa. Besi terbaik dunia nie. Bukan kaleng2 kot.

Jika ada yang bertanya kepada kalian, "Apa Sungai Batu tu?" Jawapan yang boleh halaman bantu adalah, sebuah tapak arkeol...
22/09/2026

Jika ada yang bertanya kepada kalian, "Apa Sungai Batu tu?" Jawapan yang boleh halaman bantu adalah, sebuah tapak arkeologi di mana dilaksanakan penyelidikan menggali kawasan bersejarah dalam kawasan Lembah Bujang. Lembah Bujang adalah kawasan yang mempunyai kesan-kesan tinggalan Kerajaan Kedah Tua Lama. Bukan hanya candi-candi tetapi setiap tempat lama mempunyai cerita dan tinggalan yang tersendiri yang apabila kita keluarkan dan susun di atas satu peta, maka kita lihat cantuman sejarah yang berselerakan.

Kedah Tua - pengeluar besi kepada dunia melalui statusnya sebagai perlabuhan dan perdagangan antarabangsa bermual seawal 788 Sebelum Masehi.

Ramai pakar sejarahwan mengatakan Kedah Tua itulah pusat pemerintahan Sriwijaya sewaktu kegemilangan empayarnya. Sriwijaya jatuh, Kedah Tua turut jatuh dan digantikan dengan Empayar Maritim lain termasuklah Kesultanan Melayu Melaka.

Malaysia tak akan rasa apa-apa kalau peniup angin ni ada di mana-mana pameran tentang khazanah Melayu lama. Dari tanah l...
22/09/2026

Malaysia tak akan rasa apa-apa kalau peniup angin ni ada di mana-mana pameran tentang khazanah Melayu lama. Dari tanah liat ja pun. Ada apa dengan tanah liat.

Tapi jangan di Perancis. Ada dua puluh butir ja. Kalau saya pamer macam ni, mau Adminah dituduh mencuri harta yang sangat bernilai. Lagi tinggi nilai dari gambar Monalisa.

Tetapi kenapa kita tak rasa apa-apa ya? Peniup angin ni di abad yang 1 Masehi ni. Ada lagi tua, ada lagi muda. Beratnya tengoklah. Ini yang dah pecah.

21/09/2026

Sungai Batu membuka tirai sebenar siapa Melayu. Penulisan Adminah sewaktu mula kenal dengan Sungai Batu.

Adminah ni bukan ambil kisah bila mana baca komen-komen pembaca sepertinya sedang panas dengan halaman. Sebab baca mula ...
21/09/2026

Adminah ni bukan ambil kisah bila mana baca komen-komen pembaca sepertinya sedang panas dengan halaman. Sebab baca mula tak faham. Kemudian bila baca dok fikir apa fasal komen macam tu. Apa masalah besar sangat.

Tapi bila Adminah ikuti satu 'live' oleh seorang kawan yang tak tahu kaki dia sebelah mana. Sekejap sebelah sana sekejap sebelah sini. Mungkin segan dengan Adminah kot jadinya kakinya sekejap lompat sana sini.

Antara komen atau tuduhanlah kot no yang boleh Adminah kata adalah disebabkan kumpulan yang sepertinya selari dengan apa yang dibawa oleh seorang Prof yang kalau nama dia sahaja naik, bukan satu dua kutukan tetapi sampai di atas pagar pun terjebak mengutuk beliau. Sedangkan Adminah tak nampak satu pun lah apa yang Prof cakap ni tak betul.

Kata mereka, disebabkan kami (Adminah guna sebab halaman pun kena kencing sampai hancing) dikatakan turut sama penyebab bangsa asing berani 'claim' Lembah Bujang tu Hindu Buddha. Terang-terang boleh kata memang Hindu Buddha. Hanya kerana mengatakan Melayu itu berugama Hanif.

Apa punya mentaliti ni. Pengecut rupanya yang dok ada. Pengecut sebab dah tak tahu nak berbahas dah mengiyakan Melayu ugama Hanif.

Sebut Islam tak kena, sebut Hanif tak kena, sebut tauhid pada Allah tak kena sebut Monotiesme Islam tak kena sebab bila sebut depa bentang 'time frame'. Ugama ni waktu Nabi ini, ugama ini waktu Nabi ini dan sebagainya.

Ugama menyembah Allah atau Tuhan Yang Esa ini sejak Nabi Adam lagi. Sejak Nabi Adam AS sampai ke Nabi Muhammad SAW. Bermaksud walau dipanggil Hanif ka Islam ka Monotiesme Islam ianya merujuk akidah yang Satu.

Adminah nak tanya sejak Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad, penyembahan pada Allah SWT ada perantaraan kah?

Macam kita solat malam, kita ada perantaraan ka letak patung ka letak tasbih ka ditengah-tengah supaya benda alah tu boleh sampaikan ibadah kita kepada Allah SWT?

Cuba pi cari tengok objek yang menunjukkan umat yang menyembah Allah SWT ni wujud?

Kaabah ada berapa di dunia? Adakah Kaabah perantaraan?

Dalam Islam, kita nak solat pun Allah kata kita riya' jika kita menunjuk-nunjuk kita solat walhal kita solat pada Allah ni. Itu niat dalam hati. Nampak tak niat tu?

Jadinya kalau Melayu dikatakan Hanif, nak cari bukti ugama Hanif tu di mana?

Jejak Rasul, satu program yang menjejak Rasul 25 pun hanya tunjuk makam Rasul-rasul. Itupun ada yang kata betul ke tak. Sampaikan orang Islam sendiri kena buat program jejak 25 Rasul.

Lembah Bujang ni penempatan orang hanya di sekitar candi-candikah? Lembah Bujang ni penduduk dia sikit sangatkah?

Tak jawab pun pertanyaan Adminah hari tu. Kalau Malaysia atau paling dekat Selangor atau Kelantan ditimpa mala petaka, habis penduduk di situ. Datang satu waktu yang lain, jumpa objek kepercayaan maka adakah satu Selangor atau satu Kelantan anuti kepercayaan tu?

Begitu juga Lembah Bujang.

Bukankah ada 'time frame' ugama sekian-sekian yang kita boleh kesan di Lembah Bujang ikut penemuan di Sungai Batu. Sungai Batu berusia 788 SM. Candi-candi yang paling awal berusia abad ke 4 Masehi.

Kalau Melayu dikatakan ugama Hanif pun adakah ugama ini lain dari apa yang dibawa oleh Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS.

Dah. Apa kaitan pulak dua Nabi ni dengan Melayu? Berapa banyak dah bercakap tentang besi. Pun takmau terima sebab tak ada bukti.

Boleh mengaku nenek moyang Melayu sembah Hindu Buddha. Allahu. Semata-mata sebab tak dapat nak buktikan Melayu ugama Hanif. Astaghfirullah. Sebelum mengaku, carilah dulu. Banyak penunjuk di Sungai Batu tu. Hmmmm.

Adminah baca apa yang ditulis oleh Prof Dr Solehah dalam membongkar Lembah Bujang bukan Hindu Buddha tu sangatlah jelas. Cuba cari ikut senarai yang beliau bagi dari dok kelaskan dia cap itu cap ini.

Cuba kaji dan carilah. Ini tak dan dan terus mengaku. Allah. Malu sangat ai.

21/09/2026

Ramai dah yang bercakap. Pun ramai yang menepis.

Ketawa Adminah baca status lama Adminah. Pembaca baharu jangan tak tahu. Adminah ni memang perangai macam ni. Bergaduh j...
21/09/2026

Ketawa Adminah baca status lama Adminah. Pembaca baharu jangan tak tahu. Adminah ni memang perangai macam ni. Bergaduh ja kerja Adminah. Status tahun 2020 ka 2021 tak tau ni.
..................

Mulai hari ini kita keluarkan fakta ikut standard pemikiran yang paling rendahlah. Rugi saja kalau kita hendak bercakap tinggi-tinggi sebab yang hendak bawa suara marhain pun tak jauh mana.

Semasa pemerintahan MB terdahulu, Adminah dengan seorang rakan pernah pergi ke Pejabat Exco Kedah. Kami keluarkan cadangan untuk halaman minta kebenaran hendak jadi ‘information centre’ di tepi tapak Arkeologi atas tanah Kerajaan Negeri.

Datang dua orang iaitu seorag P.A EXCO dan seorang lagi pegawai Kerajaan Negeri.

Dalam perbualan yang penuh cerita sejarah, saya dapat mendengar jelas kenyataan salah seorang dari mereka iaitu Kerajaan Negeri akan mula bagi perhatian pada Sungai Batu pada tahun 2030.

Katanya sudah dirancang untuk tahun tu baru Kerajaan Negeri akan masukkan secara agresif untuk Sungai Batu.

Saya terdiam. Betapa perancang yang menyusun rancangan ini tidak simpan langsung kecerdikannya pada orang.

2030. Tahun 2030. Saya terbayangkan saya jika berusia 60 tahun dan mendengar tentang sejarah bangsa saya iaitu pelebur besi dunia purba. Saya ingin melihat bangsa saya bangkit kembali. Tetapi saya perlu tunggu 10 tahun lagi.

Apa pendapat pembaca? Tahun 2030 baru kita naikkan Sungai Batu. Ok tak?

Fakta penemuan lebih kemas dari teori. Paku-paku kapal yang banyaknya di alur-alur sungai dari Sungai Merbok ke Sungai B...
21/09/2026

Fakta penemuan lebih kemas dari teori. Paku-paku kapal yang banyaknya di alur-alur sungai dari Sungai Merbok ke Sungai Batu.

Mungkin di tempat kita (Malaysia) kapal-kapal kita menggunakan paku besi. Wallahua'lam.

Address

Tapak Arkeologi Sungai Batu
Merbok
08100

Telephone

+60147574498

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara:

Shortcuts

Share