03/06/2023
Hari ini saya beli 100 ais krim Mokti's.
Pengasasnya Fatimah Adnan merupakan rakan isteri saya, manakala suaminya Pengeran Adil merupakan rakan sekelas saya semasa sekolah menengah.
Saya beli 100 ais krim Mokti's dari cawangan Mokti's Gombak yang diselia senior saya, Basyir.
Ais krim Mokti's ni sampai ada cawangan di Tukiye ya. Punyalah bukan kaleng-kaleng. Tumpang banggalah juga saya. 😂
Saya jamu 100 ais krim Mokti's ni kepada jiran reruai saya Versa X Zahiras dan rakan-rakan pengunjung reruai saya yang hadir awal pagi hari ini, sebagai tanda syukur untuk kejayaan Hilal Asyraf Resources mencapai sasaran bagi PBAKL2023 sambil-sambil promosikan jenama Mokti's.
==========
Kepada yang mahu mendapatkan karya-karya saya secara online, bolehlah ke Shopee Hilal Asyraf Resources.
Klik: https://shopee.com.my/hilalasyrafresources
Banyak judul stok semakin surut.
Kena sambar segera. Siapa cepat dia dapat. 😁