26/07/2026
🌳 ALHAMDULILLAH... MUSIM DURIAN 2026 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA! 🌳
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, musim durian di Zuljati Agro Resort bagi tahun ini telah pun berakhir dengan penuh kenangan dan rezeki.
Kini bermulalah fasa paling kritikal dalam pengurusan kebun durian iaitu pemulihan pokok, pembajaan dan penjagaan selepas musim berbuah. Kejayaan musim hadapan sebenarnya bermula daripada penjagaan yang dilakukan hari ini.
Ramai yang tahu cara menuai hasil, tetapi tidak semua mengetahui SOP sebenar untuk memastikan pokok kekal sihat, subur dan mampu menghasilkan buah yang berkualiti serta optimum pada musim akan datang.
Atas permintaan ramai, kami berbesar hati menjemput para pekebun, usahawan dan pencinta durian untuk menyertai:
🌟 KURSUS HANDS-ON SOP DURIAN UNGGUL
Pengurusan Sistematik, Hasil Maksimum
🌱 Belajar secara terus bersama Cikgu Zul (Pengusaha Zuljati Agro Resort) yang akan berkongsi pengalaman, teknik dan SOP sebenar yang diamalkan di kebun.
Berbeza dengan kursus biasa, kami menekankan:
✅ 30% Teori
✅ 70% Amali terus di ladang
Anda bukan sekadar mendengar, tetapi terus melihat, memegang dan mempraktikkan setiap teknik di kebun.
📅 Maklumat Program
🗓 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Zuljati Agro Resort (Kebun Durian), Pasir Puteh, Kelantan
💰 Yuran: Hanya RM100 seorang
📚 Ringkasan Tentatif
☕ 8.00 – 9.00 pagi – Pendaftaran & Sarapan
🎉 9.00 – 9.30 pagi – Majlis Perasmian
🌿 9.30 – 10.30 pagi – Modul 1: SOP Pembajaan
✂️ 10.30 – 11.30 pagi – Modul 2: Teknik Pemangkasan
🛡 11.30 – 12.30 tengah hari – Modul 3: SOP Pencegahan & Kawalan Perosak
🕌 12.30 – 2.30 petang – Rehat, Makan Tengah Hari & Solat Zohor
🌼 2.30 – 3.30 petang – Modul 4: Penjagaan Selepas Berbunga
🎓 3.30 – 4.00 petang – Rumusan & Majlis Penutup
🔥 Kenapa anda perlu sertai?
🌳 Praktikal terus di kebun
🌳 SOP sebenar ladang komersial
🌳 Bimbingan pakar berpengalaman
🌳 Ilmu yang boleh terus diaplikasikan di kebun sendiri
⚠️ Tempat adalah TERHAD kepada 60 peserta sahaja!
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, berkongsi pengalaman bersama pekebun lain dan meningkatkan hasil kebun durian anda.
📲 DAFTAR SEKARANG!
Dalam link pendaftaran:
👉 https://forms.gle/dbzf6Lbu7DdnBhUP9
Atau imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran.
Mohon jasa baik semua untuk LIKE, SHARE dan TAG rakan-rakan pekebun yang mungkin berminat.
"Belajar • Praktik • Berjaya" 🌳🚀