Safar Buddies - Pekan

Safar Buddies - Pekan Sebuah Travel Agen (TA) yang menguruskan pakej umrah dll di Pekan dan sekitarnya

UMRAH MAULID08/09/2025 - 18/09/2025Hubungi/WhatsApp :013-958 0461 (Tn Hj Ust Abu Bakar)wasap.my/019-9747046/(En Abdul Az...
23/06/2025

UMRAH MAULID
08/09/2025 - 18/09/2025

Hubungi/WhatsApp :
013-958 0461 (Tn Hj Ust Abu Bakar)
wasap.my/019-9747046/(En Abdul Azizi)

Umrah Rodong25/01 - 05/02Selamat Pulang Ke Tanahair,Semoga semua jemaah mendapat Umrah Mabrur...aaminn...
06/02/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Selamat Pulang Ke Tanahair,
Semoga semua jemaah mendapat Umrah Mabrur...

aaminn...

Umrah RODONG25/01 - 05/02Ziarah Jabal UhudUhud merupakan sebuah bukit yang penuh dengan berkah kerana banyak disebutkan ...
04/02/2025

Umrah RODONG
25/01 - 05/02

Ziarah Jabal Uhud

Uhud merupakan sebuah bukit yang penuh dengan berkah kerana banyak disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW serta menjadi saksi berlakunya Peperangan Uhud. Bukit Uhud menjadi salah satu aktiviti ziarah luar dalam ibadah umrah/haji. Ziarah ini merupakan sunnah Rasulullah yang melawat pusara para Syuhada Uhud hampir setiap tahun disebabkan kecintaan Nabi kepada mereka. Terutamanya bapa saudara baginda Saidina Hamzah yang juga gugur dalam peperangan Uhud.

Lokasi Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah 5 Kilometer di sebelah utara kota Madinah dengan ketinggian 1,077 meter dari aras laut dan panjangnya sejauh 6 Kilometer. Sesuai dengan namanya Uhud bererti bersendiri iaitu bukit ini tidak bersambung dengan banjaran gunung yang lain.

“Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga’,” HR Bukhari.

Daripada Anas bin Malik RA berkata, ketika Nabi SAW, Abu Bakar RA, Umar RA dan juga Uthman RA menaiki bukit Uhud, lalu Nabi SAW bersabda:

“Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” [Riwayat al-Bukhari (3686)]

Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

Daripada Anas bin Malik RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika melihat ke arah bukit Uhud:

“Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Ya Allah sesungguhnya Ibrahim telah mensucikan kota Makkah dan sesungguhnya aku mensucikan di antara dua kota batu hitam (Madinah).” [Riwayat al-Bukhari (3367)]

Sedikit info berkaitan dengan Peperangan Uhud yang berlaku pada tanggal 7 Syawal pada tahun 3 Hijrah. Sebuah peperangan antara kaum Muslimin yang berada di Madinah dan Kaum Musyrikin yang datang dari Mekah. Bilangan tentera muslimin pada awalnya adalah 1000 orang yang akan menentang seramai 3000 orang tentera musyrikin. Tetapi, 300 orang munafik telah mengkhianati Rasullullah SAW dan mengundurkan diri daripada peperangan menjadikan bilangan berkurang kepada 700 orang.

Seramai 70 orang kaum muslimin telah gugur syahid dalam peperangan ini. Antaranya adalah bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib dan para sahabat besar seperti Mus’ab bin Umair, Abdullah bin Jahsy dan Handzolah bin Abi Amir RA. Dalam peperangan ini telah memberikan satu pengajaran yang besar kepada umat Islam seluruhnya.

Dalam peperangan tersebut, kaum muslimin sebenarnya telah mendapatkan kemenangan dan kaum musyrikin sudah mula lari untuk berundur. Namun, para pemanah Muslimin yang berada di atas Gunung Arrimah tergoda melihat barang-barang berharga yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin. Dan akhirnya, para pemanah ini meninggalkan posisi mereka.

Mereka turun dari bukit hingga lupa pesan Rasulullah SAW agar mereka tidak meninggalkan bukit tersebut. Semuanya turun kecuali panglima Abdullah bin Jabir dan 6 orang pemanah.

Kesannya, Khalid bin Walid (panglima musyrikin sebelum memeluk Islam) memanfaatkan situasi tersebut membawa pasukan datang dari arah belakang pasukan Islam dan pasukan kaum muslimin hampir mengalami kekalahan. Dalam peperangan ini, Rasulullah juga megalami kecedaran sehingga patah gigi baginda.

Oleh itu, Bukit Uhud ini sangat signifikan dalam perjuangan umat Islam dan kisah ini perlu sentiasa dikenang dan diceritakan kepada generasi akan datang.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan semoga Allah memilih kita untuk ziarah ke Bukit Uhud pada satu hari nanti. Boleh kongsikan artikel ini supaya ramai lagi yang akan mendapat manfaat.

Umrah Rodong25/01 - 05/021.  Saqifah bani saadah2. Ziarah maqam Rasulullah3. Penerangan dalam raudhah4. Masjid Al ghamam...
04/02/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

1. Saqifah bani saadah
2. Ziarah maqam Rasulullah
3. Penerangan dalam raudhah
4. Masjid Al ghamamah
5. Masjid abu bakar dan Masjid sayidina ali

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/01 - 05/02Ziarah Masjid QubaMasjid Quba' merupakan masjid pertama dan tertua yang dibina oleh Nabi Muhamm...
04/02/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Ziarah Masjid Quba

Masjid Quba' merupakan masjid pertama dan tertua yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah. Sejarah pembinaan Masjid Quba' adalah amat penting bagi umat Islam kerana ia berkait dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/0 - 05/02Penginapan/Hotel di MekalHotel Azka Al SafaSafar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐
30/01/2025

Umrah Rodong
25/0 - 05/02

Penginapan/Hotel di Mekal
Hotel Azka Al Safa

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/01 - 05/02Penginapan/Hotel di TaifHotel Iris BoutiqueSafar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐
30/01/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Penginapan/Hotel di Taif
Hotel Iris Boutique

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

30/01/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Ziarah Muzium Wahyu

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/01 - 05/02Ziarah Muzium WahyuMuzium Wahyu di Mekah adalah sebuah muzium yang bertemakan sejarah penurunan...
29/01/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Ziarah Muzium Wahyu

Muzium Wahyu di Mekah adalah sebuah muzium yang bertemakan sejarah penurunan wahyu Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Terletak di Mekah (dibina di kaki JABAL NUUR), muzium ini direka untuk memberi pengunjung pandangan mendalam tentang peristiwa-peristiwa penting yang berkaitan dengan penurunan Al-Quran dan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.

Antara tarikan utama di muzium ini adalah pameran manuskrip-manuskrip lama, artifak sejarah, dan model yang menggambarkan peristiwa penurunan wahyu. Pengunjung boleh melihat pelbagai item bersejarah yang berkaitan dengan zaman Nabi Muhammad SAW, seperti replika gua Hira' di mana wahyu pertama diturunkan, serta peta yang menunjukkan perjalanan hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah.

Selain itu, muzium ini juga menggunakan teknologi moden seperti paparan audiovisual dan interaktif untuk memperjelas lagi sejarah dan peristiwa penting dalam Islam. Ini memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam dan menyeluruh kepada pengunjung.

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/01 - 05/02Ziarah Manasik Haji dan Jabal RahmahJabal Rahmah adalah sebuah bukit yang terletak di Padang Ar...
28/01/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Ziarah Manasik Haji dan Jabal Rahmah

Jabal Rahmah adalah sebuah bukit yang terletak di Padang Arafah, sekitar 20 kilometer dari Kota Mekah, Arab Saudi. Dalam bahasa Arab, “Jabal” berarti gunung atau bukit, dan “Rahmah” berarti kasih sayang. Maka, Jabal Rahmah sering diartikan sebagai “Bukit Kasih Sayang.”

Di puncak Jabal Rahmah terdapat sebuah monumen batu berbentuk persegi panjang sebagai penanda titik pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Bagi umat Islam, bukit ini memiliki makna simbolis sebagai tempat penuh kasih sayang dan ampunan Allah. Jabal Rahmah juga menjadi salah satu tempat penting yang dikunjungi oleh para jemaah haji, khususnya saat melaksanakan Wukuf di Arafah, yang merupakan salah satu rukun utama dalam ibadah haji.

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/1 - 05/02Ziarah Jabal ThurBukit Thur atau Bukit Thur Sina sangat terkenal dengan sejarah Rasulullah SAW k...
28/01/2025

Umrah Rodong
25/1 - 05/02

Ziarah Jabal Thur

Bukit Thur atau Bukit Thur Sina sangat terkenal dengan sejarah Rasulullah SAW kerana disitu ialah tempat baginda bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi mengelak daripada cubaan membunuh baginda oleh golongan kafir Quraisy.

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Umrah Rodong25/01 - 05/02Alhamdullilah jemaah telah selesai menunaikan umrah wajib... semoga mendapat umrah mabrur...Saf...
27/01/2025

Umrah Rodong
25/01 - 05/02

Alhamdullilah jemaah telah selesai menunaikan umrah wajib... semoga mendapat umrah mabrur...

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

Address

Pekan
26600

Telephone

+60139580461

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safar Buddies - Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Safar Buddies - Pekan:

Share

Category