Tourism Pekan

Tourism Pekan Untuk memperkenalkan budaya dan warisan di Pekan, Pahang ke peringkat antarabangsa

23/06/2016

Sungai Bebar
Di sini terletaknya Hutan Simpan Bakau Bebar atau Bebar Mangrove Forest Reserve yang termetera di atas Peta National Geospatial Agency (NGA) merupakan lokasi impian untuk kaki-kaki pancing seluruh dunia.

Tasik ChiniDi kelilingi himpunan flora dan fauna yang indah lagi unik, tasik kedua terbesar di Malaysia yang cukup sinon...
23/06/2016

Tasik Chini
Di kelilingi himpunan flora dan fauna yang indah lagi unik, tasik kedua terbesar di Malaysia yang cukup sinonim dengan lagenda haiwan mitos Naga (yang dijuluki Lochness Monster Malaysia) ini turut diangkat menjadi tapak UNESCO's Man and the Biosphere Programme (MAB).

23/06/2016

Muzium Sultan Abu Bakar
Jangan lepaskan peluang menyaksikan tinggalan silam yang penuh rentetan dan coretan kisah di setiap galeri di dalam muzium yang dahulunya merupakaan istana tempat bersemayam Al-marhum Sultan Abu Bakar Riayattuddin Al-Muadzam Shah.

Galeri Pengangkutan AirPerahu dan sampan tradisional masyarakat melayu dipamer di atas p**au buatan yang turut berbentuk...
23/06/2016

Galeri Pengangkutan Air
Perahu dan sampan tradisional masyarakat melayu dipamer di atas p**au buatan yang turut berbentuk seperti perahu di mana galeri terbuka tanpa dinding ini merupakan cara terbaik untuk menghargai hasil ukiran dan seni pertukangan silam.

23/06/2016

Bandar Pekan
Sebuah bandar di pesisir Sungai Pahang yang merupakan kampung halaman dua Perdana Menteri Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Dato' Seri Mohd Najib dengan gabungan bangunan bersejarah dan rimbunan insfrastruktur moden serta dihiasi keramahan masyarakat yang harmoni malah dinobatkan menjadi Bandar Diraja dek kerana dimuliakan oleh Kesultanan Melayu Pahang yang bersemayam di sini.

Tasik Chini sudah tersohor sehingga menarik ribuan penyelidik dan pelancong untuk mengendali penyelidikan serta mengharg...
23/06/2016

Tasik Chini sudah tersohor sehingga menarik ribuan penyelidik dan pelancong untuk mengendali penyelidikan serta menghargai sumber alam yang akhirnya mengundang ekump**an penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menubuhkan satu stesen penyelidikan di sini iaitu Pusat Penyelidikan Tasik Chini (UKM-PPTC) untuk membuat kajian dalam aspek biodiversitinya.

Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Hajj IIMasjid tersergam indah ini merupakan masjid kedua di Pekan Bandar Diraja yang dinamak...
20/06/2016

Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Hajj II
Masjid tersergam indah ini merupakan masjid kedua di Pekan Bandar Diraja yang dinamakan bersempena nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan pemerintah yang amat dikasihi rakyat jelata, di mana melihatnya sahaja sudah menyejukkan mata bahkan p**a masuk ke dewan solatnya yang menggunakan pagar pemisah jemaah lelaki dan perempuan yang berukir lagi istimewa.

Galeri Tun Abdul RazakMari susuri masa silam dan mengenali akal budi Bapa Pembangunan Malaysia, Tun Abdul Razak dengan b...
20/06/2016

Galeri Tun Abdul Razak
Mari susuri masa silam dan mengenali akal budi Bapa Pembangunan Malaysia, Tun Abdul Razak dengan berkunjung ke Rumah Tempat Kelahiran beliau yang mempamerkan himpunan koleksi peribadi serta catatan pengkisahan hidup Perdana Menteri ke-2 Malaysia.

Pekan Riverfront dahulunya hanyalah sebuah p**au kecil yang tidak disedari, namun setelah dibangunkan beberapa tahun lal...
20/06/2016

Pekan Riverfront dahulunya hanyalah sebuah p**au kecil yang tidak disedari, namun setelah dibangunkan beberapa tahun lalu, Pekan Riverfront kini menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah sambil menikmati cendol yang terkenal di Bandar pekan di waktu siang dan dikerumuni kaki pancing di malam harinya.

Jika datang ke Pekan boleh menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan. Kemudahan yang disediakan amat baik dan cemerlang.
25/05/2016

Jika datang ke Pekan boleh menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan. Kemudahan yang disediakan amat baik dan cemerlang.

Address

Pekan
26600

Telephone

+6094211777

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category