Wau Tradisional Pahang

Wau Tradisional Pahang Wau tradisional pahang adalah medan untuk memaparkan tentang permainan tradisi yang hampir dilupakan

sekeping gambar membawa seribu 1 cerita, baik buruk sedih gembira terletak dalam 1 gambar, sedih bila kita kenangkan apa...
30/10/2025

sekeping gambar membawa seribu 1 cerita, baik buruk sedih gembira terletak dalam 1 gambar, sedih bila kita kenangkan apa yang patut kita ubah dari dulu tapi kita tak dapat ubah iatu mentality kita, gembira bila apa yang kita target hampir separuh tercapai waima tak seperti di harapkan tapi separuh dari apa kita harapkan itu tercapai pun dah ALHAMDULILLAH, dari tak dapat langsung, admin dan team dah berjuang untuk memperkenalkan tradisi kita dan hampir 1 malaysia dah tahu berkenaan wau tradisi kita jadi sampai masa p**ak kita terus kan pada orang baru untuk tambah apa yang ada.. mungkin akan datang admin pun akan membuat penyelidikan lagi berkenaan wau kita ni, nanti kan dari admin dan team ya...
p/s sebelum ini semua yang admin dan team share pada semua adalah atas penyelidikan admin dan team dan bajet dari duit poket admin dan team sendiri..doakan kami cukup bajet untuk teruskan penyelidikan ke riau p**a selepas ini..



30/10/2025
23/10/2024

ini ada lah ciapan video dari saudara Rahul dari kep**auan riau lingga,video ini berkenaan tenun telepuk corak nye seperti kuntuman bunga,sama sebutanya corak hiasan pada Wau Tradisional Pahang juga di pangil telepuk dan corak nye seakan kuntuman bunga sahaja. mungkin orang zaman dulu mengambil nama semperna corak dari kain tenun tersebut walahualam, bila tengok corak bunga pada kain tu teringat admin pada zaman kanak-kanak corak wau pahang semua seperti itu yg membezakan hanya warna sahaja...


baru-baru ini admin di datangi oleh wakil dari JKKN negeri pahang dan UMPSA bagi mengkaji selidik berkenaan wau pungguk,...
19/09/2024

baru-baru ini admin di datangi oleh wakil dari JKKN negeri pahang dan UMPSA bagi mengkaji selidik berkenaan wau pungguk, moga apa yang di usahakan akan menghasilkan hasil yang baik bagi tatapan generasi akan datang moga seni pembuatan wau tradisi negeri pahang tak hilang dalam arus zaman...

assalamualaikum dan selamat malam untuk semua sahabat,esok selepas jumaat team admin dan admin akan berada di pantai tan...
19/09/2024

assalamualaikum dan selamat malam untuk semua sahabat,esok selepas jumaat team admin dan admin akan berada di pantai tanjung lumpur untuk menaikkan wau tradisi negeri pahang,agak lama juga admin tak terlibat kerana kesibukan kerja hakiki.. jumpa di sana esok sehingga ahad.. in sha allah

30/08/2024

assalamualaikum sahabat-sahabat semua lama admin tak bersiaran, ada ni tengah kumpul bahan-bahan untuk membuat wau tradisi negeri pahang untuk tahun hadapan.. dalam video di bawah adalah batang pokok pinang yang akan di guna kan untuk tulang tengah dan juga untuk busur wau pahang.. moga perkongsian ni bermanfaat


Baru-baru ini admin dijemput untuk menghadiri pesta kenduri seni kampung di ulu d**g Raub Pahang, program ini membuat ad...
25/08/2023

Baru-baru ini admin dijemput untuk menghadiri pesta kenduri seni kampung di ulu d**g Raub Pahang, program ini membuat admin sedar cabang seni ini terlalu banyak untuk di sebut.. Cuma kita sebagai pengiat seni haruslah bersikap terbuka menerima pendapat dan nasihat dari orang lain, bila kita rasa kita sudah pandai kita kena ingat di mana kita bermula dan dimana pengakhiran kita, walaupun nampak admin dan team kurang aktif tp admin masih mencari ruang masa untuk memenuhi jemputan rakan-rakan pengiat seni lain, sudah cukup perjuangan admin untuk perkenalkan wau dari negeri pahang tercinta ini, jadi biar lah diteruskan oleh pihak lain p**a, sekurang kurangnye masih ada juga pihak yang ingin perjuangkan walau hanya untuk nama, biar nama wau punguk meniti di setiap bibir dan fikiran peminat wau tradisi ini. Dan admin berharap jangan lah di rosakkan cara pembuatan tradisi hanya kerana untuk nampak pandai di mata orang, tapi kita hilang jati diri wau tersebut...



Check out Wausriwangi's post.

09/08/2023

Admin berkesempatan untuk melihat pertandiangan silat gendang, mungkin bagi orang lain cara 'healing'nye berbeza, bagi admin healing dengan melihat seni tradisi lebih menarik tahniah atas pengajuran.

09/08/2023

Terima kasih kepada kampung som jerantut menjemput admin untuk mini karnival kebudayaan dan admin sangat-sangat menghormati tok4 kampung som dan juga tok penghulu atas usaha untuk menaikkan budaya dan tradisi negeri pahang.


09/08/2023

Terima kasih kerana menjemput admin lama betul admin sibuk dengan tugas-tugas hakiki in sha allah lepas ni admin akan aktif semula dengan permainan tradisi ini..

Address

Pekan

Telephone

+60169190252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wau Tradisional Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share