Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar

Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar Pakej Umrah yang , EKONOMI, SUPER VIP, SERVICE terbaik, CONFIRM Terbang dan JARAK Hotel Dekat dengan Dataran Masjid.

AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH👉 AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT● Firman Allah SWT:Kerap kali Kami meli...
17/05/2026

AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH

👉 AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT
● Firman Allah SWT:
Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai
[Surah Al-Baqarah :144]

● Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran "Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah. Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah.

👉 AYAT 2 - SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN
● Firman Allah SWT:
Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
[Ali 'Imran : 133]

● Ayat 133 dari surah Ali 'Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran "Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa.

👉 AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA
● Firman Allah SWT:
Allah yang menerangi langit dan bumi
[An-Nur : 35]

● Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna النور yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya.

👉 AYAT 4 - UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH
● Firman Allah SWT
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman
[Al-Fath : 27]

● Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah. Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka. Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah.

👉 AYAT 5 - BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA
● Firman Allah SWT:
Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud
[Al-Fath : 29]

● Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah. Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud. WAllahua'lam.

Semoga bermanfaat.

Share jika bermanfaat supaya lebih ramai memanfaatkannya..

Sumber : Darussalam Holdings

Bukit Uhud ni adalah salah satu bukit² yang ada di syurga , saya gelarkan bukit ni sebagai bukit syuhada, kerana ada ser...
29/12/2023

Bukit Uhud ni adalah salah satu bukit² yang ada di syurga , saya gelarkan bukit ni sebagai bukit syuhada, kerana ada seramai 70 orang sahabat Rasulullah SAW yang syahid di bukit ini termasuklah bapa saudara Nabi yakni saidina hamzah r.a. yang kematiannya sangat menyayat hati.

Setiap kali teringat pasal perang uhud ni , pasti akan menitis air mata sebab terkenangkan para sahabat Nabi yang menggadaikan nyawa untuk menjadi perisai bagi melindungi Nabi dari dibunuh kafir Quraisy.

Salah seorang sahabat yang paling saya ingati dalam perang uhud ini adalah saidina Talhah ubaidillah, beliau bermatian beliau bertarung menghalang musuh dari mendekati Rasulullah. tubuhnya penuh berlumuran dengan darah, di badannya hinggap berbagai senjata musuh yang meninggalkan lebih dari 70 luka libasan pedang, tikaman tombak dan tusukan panah. Manakala Pergelangan tangannya hampir putus ,tetapi beliau tetap terus bertarung melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW. Kemudian barulah datang saidina abu bakar untuk membantu beliau.

Kerana peristiwa itulah, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mahu melihat seorang syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah!”

Abu Bakar as-Siddiq apabila menceritakan tentang perang Uhud akan berkata:
“Seluruh hari itu adalah milik Talhah..!”

Dan saidina Talhah Ubaidillah adalah antara 10 sahabat yang dijamin syurga Allah.

Kita semua tahu pada asalnya perang uhud ini dimenangi oleh umat islam ketika itu , Tetapi kerana pasukan memanah tidak mendengar perintah Rasulullah SAW untuk tidak turun dari bukit memanah itu , maka keadaan berubah dan dimenangi kafir Quraisy. Ketika itu para pasukan memanah turun kerana menganggap mereka telah menang dengan melihat para kafir Quraisy berundur , tetapi sebaliknya kafir quraisy memang sengaja mengumpan mereka untuk turun dari bukit tersebut.

Dan disebabkan itu pasukan islam telah diasak dan dikepung , apatah lagi ketika itu jumlah musuh 3 kali ganda dengan tentera islam , dan musuh² islam pun berebut untuk manjadi orang yang membunuh Rasulullah ,Mereka menyerang Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan wajah Baginda SAW yang mulia terluka, dan gigi geraham bahagian kanan bawah Baginda retak terkena lemparan batu. Bahkan, topi besi di atas kepala Baginda juga ikut hancur.

Mereka menghujani Rasulullah SAW dengan batu-batu. Salah satunya telah mengenai pinggang Baginda sehingga menyebabkan Baginda terjatuh ke dalam lubang yang sengaja digali oleh Abu Amir al-Fasiq untuk menjerat umat Islam. Lalu saidina Ali bin Abu Talib lalu menarik Nabi keluar dari lubang tersebut , kemudian Baginda pun diangkat oleh Talhah bin Ubaidillah.

Pada dahi Rasulullah SAW terdapat dua keping pecahan besi yang menancap di wajahnya , Lalu Abu Ubaidah bin al-Jarrah berusaha mencabut kepingan tersebut dengan menggigitnya sehingga dua giginya tercabut , Beliau sengaja berbuat demikian dan tidak menggunakan tangan kerana ingin merasakan sakit yang sama kerana tidak sampai melihat baginda Nabi kesakitan sendirian.

Ada banyak lagi kisah² para sahabat yang luar biasa pengorbanan mereka dalam perang uhud ini demi pertahankan Rasulullah SAW , Demikianlah betapa dasyatnya kecintaan para sahabat pertahankan Rasulullah SAW dan agama yang dibawa Nabi sedangkan ketika itu islam masih belum berkembang meluas. Dan jumlah mereka amatlah sedikit jika dibandingkan pada hari ini. Namun walaupun mereka sedikit tetapi keyakinan mereka pada Allah dan Rasulnya mengalahkan kita hari ini , yang percuma saja ramai bilangannya tetapi ibarat buih di lautan.

Dalam satu riwayat hadith ketika Rasulullah memandang bukit uhud , baginda bersabda:

"Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya."

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai kisah dan peristiwa yang terjadi di bukit uhud yang mulia ini. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku.

Info tambahan:

*Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

*Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berperang, Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy p**a seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎لبيك اللهم لبيك ، لبيك لا شريك لك لبيك ، إن الحمد والنعمة لك والملك ،...
15/07/2023

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

لبيك اللهم لبيك ،
لبيك لا شريك لك لبيك ،
إن الحمد والنعمة لك والملك ،
لا شريك لك . . . . .

Tuan/Puan berhasrat untuk menunaikan umrah selepas musim haji (mulai bulan Ogos)? Kami sudah buka pendaftaran umrah untuk selepas musim haji.

Rasai pengalaman kami menyantuni para jemaah. Kecemerlangan rekod kami dalam pengurusan umrah telah memberi keyakinan kepada ramai jemaah.

Hubungi 019 4156171 Hj Zakaria bin Hj Hashim atau layari website kami, https://www.perwiraholidays.com.my/ untuk mengenali kami dengan lebih lanjut.

KENALI KAABAH 🕋Apa itu MULTAZAM?👉 MULTAZAM adalah bahagian dinding Kabah di antara Hajar Aswad hingga ke permulaan pintu...
14/07/2023

KENALI KAABAH 🕋
Apa itu MULTAZAM?

👉 MULTAZAM adalah bahagian dinding Kabah di antara Hajar Aswad hingga ke permulaan pintu Kabah. Panjangnya kira-kira 4 hasta atau dua meter. Multazam diambil dari kata terbitan ' iltizam' yg bererti 'merapatkan'.

👉 Seseorang yang berdoa di Multazam disunatkan merapatkan dada, wajah, kedua lengan dan tangannya di atasnya dan berdoa kepada Allah apa2 kebaikan untuknya di dunia dan di akhirat.

👉 Multazam merupakan salah satu tempat dimustajabkan doa. Diriwayatkan bahwa Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berdiam di antara rukun hajar aswad dan pintu ka`bah. Beliau berkata:
"Antara rukun hajar aswad dan pintu ka`bah dinamakan multazam. Tidak seorang hamba yang berada di tempat itu dan meminta sesuatu kepada Allah kecuali pasti Allah kabulkan". (HR. Baihaqi)

KENALI MEKAH 🕋JABAL NOUR ⛰👉 Jabal Nour atau Bukit Nour merupakan salah satu tempat bersejarah dan destinasi para tetamu ...
14/07/2023

KENALI MEKAH 🕋

JABAL NOUR ⛰
👉 Jabal Nour atau Bukit Nour merupakan salah satu tempat bersejarah dan destinasi para tetamu Allah ketika berkunjung ke Tanah suci Mekah. Disitulah terletaknya Gua Hira´.
👉 Dinamakan "Nour" atau cahaya kerana di situlah tempat terbitnya cahaya kenabian Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
👉 Terletak kira-kira 4 kilometer dari timur laut Masjidil Haram. Keluasannya lebih 5 kilometer persegi dengan ketinggian kira-kira 642 meter dan mengambil masa pendakian hampir sejam untuk menawan puncaknya.
👉 Pendakian Jabal Nour sudah pasti akan menjadi kenangan yang amat berharga dan mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد

Tempat tinggal para rasul yg wajib kita tahu..
13/07/2023

Tempat tinggal para rasul yg wajib kita tahu..

Ibadah haji memang menguji ketahanan hati. Terutama pada hari-hari Masyair - bermula di Arafah, bermalam di Mudzalifah, ...
13/07/2023

Ibadah haji memang menguji ketahanan hati. Terutama pada hari-hari Masyair - bermula di Arafah, bermalam di Mudzalifah, Mabit di Mina dan melontar ketiga-tiga jamrah.

Di situlah, kemuncak ujian. Para Tetamu Allah perlu mengeluarkan semaksimum kekuatan fizikal, mental dan emosinya untuk berdepan dengan kepanasan, kesesakan, keletihan yang luar biasa.

Walaupun begitu, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yabg bertanggungjawab bagi meringankan beban ujian. Ujian memang ujian. Tetapi ujian juga seharusnya menimbulkan usaha untuk mengatasinya.

Tidak salah, malah dituntut untuk mencipta keselesaan untuk beribadah. Masih banyak yang boleh dilakukan untuk membina suasana yang kondusif untuk beribadah.

Masjid contohnya, sudah semakin dilengkapi dengan penghawa dingin, karpet yang tebal dan pelbagai kemudahan untuk orang ramai menunaikan solat. Kita tidak menganggap itu satu kemewahan atau pembaziran, malah itu satu keperluan.

Justeru apa salahnya, lokasi-lokasi masyair juga dipertingkatkan kemudahannya. Lagipun, bagi pakej-pakej yang mahal, sudahpun dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.
Apa yang dilihat dalam utube dan fb, kemudahan bagi pakej mahal ini jauh lebih baik daripada pakej biasa atau yang uruskan oleh muassasah (sekarang Masyarik).

Bukan menuntut kemudahan dan keselesaan tahap 'kayangan' tetapi cukup sekadar ada tempat berlindung, dengan kemudahan yang membolehkan para Tetamu Allah ini beribadah dengan mudah.

Bagaimana boleh beribadah dengan mudah, jika tempat menginap pun terpaksa di luar khemah, air kumbahan yang nelimpah membanjiri kawasan dalam khemah, penghawa dingin yang rosak, kadangkala bekalan air pun terganggu?

Memang haji adalah ujian. Pihak Tetamu Allah sentiasa dipesankan begitu. Jangan nerungut, jangan mengeluh, jaga lidah daripada berkata yang tidak baik, redha, sabar, syukur dan sebagainya.

Jemaah haji memang bermujahadah... namun sudi apalah kiranya Pihak atasan yang bertanggungjawab membantu memudahkan sedikit mujahadah mereka.

Rasulullah SAW pun ketika menjadi imam, pernah memendekkan bacaan surah dalam solatnya, bila terdengar tangisan anak kecil. Baginda bimbang ibu-bapa anak-anak itu akan risau tentang anaknya jika baginda terus memanjangkan solatnya.

Baginda pernah menegur dengan tegas, Muaz bin Jabal RA yang memanjangkan solat dengan membaca surah Al Baqarah sehingga ada sahabat lain yang mufarakah. Ya, pengajaran penting di sini, tidak salah, malah dituntut untuk memudahkan orang lain beribadah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat."

Sistem pengurusan perlu dipertingkatkan agar tidak berlaku dua perkara yang sangat dibenci oleh Islam. Malangnya, inilah yang telah berlaku.

Pertama, kekotoran. Kedua, pembaziran. Khemah-khemah di Mina dan bilik airnya serta kawasan sekitarnya begitu kotor. Air melimpah, menyebabkan ada sesetengahnya begitu becak. Keadaan di kawasan tandas lebih -lebih lagi. Sangat menyedihkan.

Pek makanan banyak yang terbuang begitu sahaja. Sentiasa berlebihan. Saya tidak pasti apakah masalah itu disebabkan oleh jemaah haji tidak berselera makan atau pemberian makanan dibuat tanpa perancangan yang sistematik. Tetapi yang jelas, pembaziran memang berlaku.

Kawasan Mina memang terhad. Tetapi dengan sifat inovasi dan kreativiti, saya fikir masih banyak ruang dan peluang pembaikan boleh dilakukan.

Hanya perlu fokus dan serius. Namun, saya mohon maaf, jika ada faktor yang memang di luar kawalan atau segalanya 'sengaja' diatur begitu rupa sebagai ujian buat Tetamu Allah.

Mendengar berita jemaah Indonesia tersadai di Mudzalifah juga mengusik hati nurani kita. Bayangkan mereka terpaksa menanti berjam-jam lamanya di kawasan Mudzalifah yang tidak ada naungan dan kemudahan asas yang nencukupi. Sedih. Ramai juga antara mereka yang sudah berumur dan tidak begitu sihat.

Penyusunan bas yang mengangkut jemaah haji, kesesakan lalu lintas dan lain-lain faktor yang boleh menyebabkan kelewatan pergerakan bas mengangkut jemaah juga perlu diperbaiki.

Kita tidak perlu menuding salah siapa, tetapi marilah kita fikir, doa dan usahakan agar masalah ini tidak menjejaskan semangat dan keupayaan para jemaah haji untuk beribadah.

Bayangkan, ramai Tetamu Allah yang p**ang dari Mina dengan demam, batuk dan sakit-sakit. Dan ini juga boleh menjejaskan kesihatan mental para jemaah. Murung, stres dan 'tension' tidak mustahil berlaku kepada sesetengah mereka.

Kita sedia maklum untuk menampung keperluan 3 juta jemaah haji dalam satu kawasan yang terhad memang satu cabaran yang sangat besar. Tahun ini tahun yang paling mencabar. Mungkin itu antara sebab berlakunya pelbagai kekurangan ini.

Namun, jika punya iltizam, keikhlasan, kepakaran serta kemahiran yang tinggi, masalah-masalah itu tidak mustahil dapat diatasi atau diminimumkan. Inilah dasar pengurusan dalam Islam.

Pertama, Al Qawiy (profesional). Kedua, Al Amin. Firman Allah:
قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”

Ya, sudah tiba masanya, operasi Masyair dikendalikan dengan sifat Al Qawiy dan Al Amin. Dengan sifat Al Amin, satu tugasan itu dijalankan penuh integriti. Dengan sifat Al Qawiy, tugasan itu dijalankan penuh kemahiran dan ilmu.

Semoga, sifat sabar, redha, syukur, tawakal yang sentiasa disemai dan dipesankan kepada jemaah haji diimbangi juga dengan sifat iltizam, keikhlasan dan profesional yang perlu ditingkatkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran.

Inilah yang dikatakan tawakal yang berbekal, sabar yang proaktif, redha yang produktif dan syukur yang profesional.

Insya-Allah, kita optimis semua pihak telah dan akan belajar daripada kelemahan dan kesilapan proses haji pada tahun ini. Mukmin sebenar, tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.

Jatuh sekali ialah peluang memulakan sekali lagi dengan lebih bijaksana. Dan jemaah haji yang diuji pada tahun ini harus berasa syukur, kerana kesusahan yang mereka alami tahun ini mudah-mudahan jadi pengajaran dan sempadan yang tidak akan berulang tahun-tahun akan datang.

Hakikatnya haji yang mabrur balasannya ialah syurga. Dan jalan menuju syurga pasti melalui kesusahan dan kepahitan.

Rasulullah SAW bersabda:

حُجِبَتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ وَحُجِبَتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ
Maksudnya: "Neraka dikelilingi dengan syahwat (hal-hal yang menyenangkan nafsu), sedangkan syurga dikelilingi perkara-perkara yang tidak disenangi (nafsu)."

Apapun usaha pembaikan, tetap tidak mengubah hakikat itu. Ujian tetap ujian. Sabar tetap diperlukan. Syukur sentiasa didambakan. Justeru, dalam Islam senang dan susah... adalah sama. Keduanya adalah ujian, samada kita mampu bersabar atau bersyukur!

11/07/2023
SEKELUMIT 'ILMU~Mabit di MinaBerbeza dengan mabit di Muzdalifa ya'ani memadai walau satu lahzah sekalipun. Mabit di Mina...
10/07/2023

SEKELUMIT 'ILMU
~Mabit di Mina

Berbeza dengan mabit di Muzdalifa ya'ani memadai walau satu lahzah sekalipun. Mabit di Mina adalah untuk tiga(3) hari iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. Setiap malam bermabit sekurang-kurangnya separuh malam bermula dari masuk Maghrib atau bila-bila masa masuk ke Mina.
Masa'alahnya, untuk mereka yang berulang-alik dari Makkah masuk ke Jamarats tetapi duduk di kawasan Aqabah. Sempadan Mina adalah merentasi antara Jamarat Wusta dan Aqabah. Maka, mabit mereka tidak sah.
Kedua, mereka yang membuat Nafar Awal hendaklah berpatah balik ke Jamaratul Wusta untuk berniat keluar dari Mina. Niat Nafar awal mestilah didalam kawasan Mina. ALlāhu a'lam.
Jamarat Mina Mekah

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

Address

NO. 1304 BANGUNAN MERANTI Jalan PENDANG-KOTA SARANG SEMUT
Pendang
06700

Telephone

+60194156171

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perwira Holidays Sdn Bhd - Alor Setar:

Share

Category