Sweet Corn Roomstay, Pendang Kedah

Sweet Corn Roomstay, Pendang Kedah Sweet Corn RoomStay, Jln Sg Jagung-Paya Mat Inson, Mukim Padang Pusing, Pendang
Booking wsap +6019-4193931

10/05/2026
27/03/2026

“Sekarang kita dalam proses untuk melepaskan kapal minyak Malaysia dan pekerja yang terlibat supaya dapat meneruskan perjalanan mereka p**ang,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan pada Khamis.

Anwar berkata beliau terdahulu telah menghubungi Pezeshkian dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi bagi membincangkan isu ketegangan di Asia Barat.

Beliau turut bercakap dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif buat kali ketiga untuk mendapat keterangan tentang langkah-langkah bagi mencari perdamaian konflik, yang bermula susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-zahir-penghargaan-kepada-presiden-iran-beri-laluan-tangki-minyak-negara

24/03/2026

Isi petrol dalam bekas = salah guna subsidi

Tindakan:
✔️ MyKad disekat
✔️ Hilang kelayakan BUDI95

22/03/2026

MLM NI ADA 1 BILIK MASIH KOSONG,
ESOK ADA 3BILIK KOSONG

22/03/2026

Malaysia dilaporkan kembali ke pasaran bon dolar antarabangsa dengan sasaran sekitar US$1 bilion (RM3.9 bilion) buat pertama kali sejak 2021.

Ini satu pengurusan hutang yang lebih proaktif dalam persekitaran global yang tidak menentu. Penerbitan ini bertujuan untuk pembiayaan semula (refinancing), sekali gus membantu kerajaan mengurus profil hutang luar negara tanpa terlalu membebankan pasaran domestik.

Penglibatan bank global seperti HSBC Holdings dan JPMorgan Chase juga memberi isyarat bahawa Malaysia masih mempunyai akses kukuh kepada pelabur antarabangsa dengan penarafan kredit sekitar A- yang kekal dalam kategori pelaburan.

Akan tetapi langkah ini dibuat dalam keadaan pasaran global yang masih berdepan kadar faedah tinggi dan ketidaktentuan geopolitik, terutamanya konflik Timur Tengah yang menolak harga minyak ke paras tinggi.

Ini bermaksud kos pinjaman berkemungkinan lebih mahal berbanding tempoh sebelum ini, menjadikan timing penerbitan sangat penting. Kerajaan dilihat sedang membuat keputusan strategik untuk memasuki pasaran sekarang bagi mengelakkan risiko keadaan menjadi lebih tidak menentu, sambil memastikan akses kepada pembiayaan dolar kekal terbuka.

Dari perspektif pasaran kewangan, penerbitan bon ini boleh memberi kesan bercampur kepada ringgit dan aliran modal.

Dalam jangka pendek, kemasukan dana asing berpotensi menyokong kecairan dolar dalam sistem kewangan tempatan.

Akan tetapi dalam jangka panjang, ia meningkatkan pendedahan kepada risiko pertukaran mata wang jika dolar terus mengukuh.

Walau begitu, sekiranya sentimen pelabur terhadap emerging markets bertambah baik, Malaysia berpeluang menikmati penurunan kos pinjaman dan pengukuhan ringgit, menjadikan langkah ini sebagai strategi pengurusan kewangan yang bersifat taktikal dan berpandangan jauh.

22/03/2026

Syarikat perkapalan laut di Singapura mula terasa tamparan sebenar konflik Timur Tengah apabila kos penghantaran melonjak akibat surcaj bahan api dan premium insurans perang.

Ada syarikat yang dikenakan surcaj bahan api sehingga 50%, menjadikan kos penghantaran yang biasa sekitar AS$4,000 naik kepada AS$6,000.

Bukan itu sahaja, harga diesel untuk operasi lori tunda dan depot p**a dilaporkan meningkat sekitar 25% dalam tempoh dua minggu, menyebabkan seluruh rantaian logistik dari pelabuhan sampai ke gudang sama-sama menolak kos tambahan kepada pelanggan.

Ini menunjukkan krisis di Selat Hormuz bukan hanya isu kapal lalu tak lalu, tetapi ia terus menekan struktur kos perdagangan serantau.

Kesan lebih besar dapat dilihat apabila laluan ke Teluk Parsi mula terganggu dan syarikat perkapalan terpaksa ubah haluan atau hentikan servis.

Dalam satu contoh, penghantaran alat ganti kereta terpakai ke Dubai terpaksa dialihkan melalui India, dan kosnya melonjak sampai lima kali ganda.

Untuk pengeksport dan pengimport, inilah mimpi ngeri sebenar kerana bukan sekadar caj naik 10% atau 15%, tetapi dalam sesetengah kes kos boleh terus meletup beberapa kali ganda bila kapal enggan masuk zon berisiko.

Pada masa sama, indeks penghantaran kontena juga mula mencerminkan tekanan ini apabila Shanghai Containerized Freight Index naik 14.9%, manakala Drewry’s Intra-Asia Container Index melonjak 18% kepada AS$651 bagi kontena 40 kaki pada awal Mac.

Maksudnya, tekanan ini sudah masuk ke data pasaran sebenar, bukan lagi sekadar kebimbangan atas kertas.

Apa yang berlaku di Singapura ini patut dibaca sebagai amaran awal kepada seluruh Asia, termasuk Malaysia.

Singapura ialah antara hab perdagangan dan pemindahan kargo paling penting di dunia, jadi bila kos di sana naik, kesannya mudah merebak kepada harga import, eksport, insurans, pengangkutan, dan akhirnya harga barang pengguna di rantau ini.

Jika keadaan berlarutan, syarikat akan sama ada serap kos dan untung merosot, atau pindahkan kos itu kepada pengguna melalui harga yang lebih mahal.

Dalam bahasa mudah, bila laut jadi lebih mahal, semua benda yang bergerak atas laut pun akan jadi lebih mahal juga dari alat ganti kereta, makanan import, bahan mentah kilang, sampai ke barangan pengguna harian.

Ini sebabnya konflik jauh di Timur Tengah akhirnya boleh sampai ke poket rakyat di Asia Tenggara.

13/06/2025

7224 likes, 215 comments. “Membalas kepada Waze📍Kedai Buah Abg BRIEE &Cendol jalan sungai tiang”

28/03/2025
Alhamdulillah selesai Kem Anak Soleh Fasa 1 (19-20 Januari 2025).
20/01/2025

Alhamdulillah selesai Kem Anak Soleh Fasa 1 (19-20 Januari 2025).

Address

Kg Sagor Jalan Sg Jagung/Mat Insun
Pendang
06700

Telephone

+60103346344

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sweet Corn Roomstay, Pendang Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sweet Corn Roomstay, Pendang Kedah:

Share