05/08/2026
Kami berbesar hati dan bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk melaksanakan sebuah projek kilang pemprosesan padi dan beras berskala penuh bersama Jelapang Ummah Sdn Bhd, merangkumi keseluruhan proses daripada pengeringan padi sehingga pengilangan dan pengendalian beras siap.
Skop sistem bersepadu ini merangkumi:
🌾 Sistem pengeringan padi berkapasiti tinggi
🔥 Sistem penjanaan air panas berasaskan biojisim BIOPACK
🚜 Sistem pemprosesan padi
🏭 Sistem pengilangan beras dan penyimpanan padi
💨 Sistem penyedut habuk dan kawalan debu
📦 Sistem penghantar, pengasingan dan pembungkusan beras
📊 Sistem pemantauan dan kawalan berasaskan IoT (IR4.0)
🏗️ Kerja-kerja awam dan struktur sokongan
Kredit media: Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK)
Nantikan perkembangan selanjutnya.
.0