Juara Travel Agen bandar Sunway

Juara Travel Agen bandar Sunway JEMAAH UMRAH ALAMI RAHSIA ALLAH.

Alhamdulillah selesai sudah program di Parit Sulong JB, terima Kasih pada sahabat syurga di JB, sudi bawa saya jalan2 di...
15/06/2025

Alhamdulillah selesai sudah program di Parit Sulong JB, terima Kasih pada sahabat syurga di JB, sudi bawa saya jalan2 di Batu Pahat dan Pontian Johor, terima kasih atas layanan yang sangat istimewa, Insyaallah jumpa bulan depan,

Pada rakan2 perjuangan dalam Juara Travel terima kasih.... Atas kenangan indah jumpa di next program nanti.

09/06/2025

🖤 إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

[MUHASABAH KEMATIAN & UCAPAN TAKZIAH]

Tatkala kita lena dalam kehangatan malam tadi, ada insan-insan muda yang dijemput pulang ke pangkuan Tuhan.

Jam 1 pagi tadi, satu kemalangan ngeri berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Banun, Gerik, melibatkan pelajar UPSI yang menaiki sebuah bas. Seramai 15 mangsa terkorban, manakala puluhan lagi tercedera.

Antara serpihan kaca, kasut, botol air dan cebisan tilam — yang tertinggal hanyalah kenangan dan nama. Umur mereka mungkin sebaya anak-anak kita, saudara kita, murid-murid kita. Namun Allah sudah tetapkan ajal mereka sampai di sini.

📖 Sabda Nabi ﷺ:

‏أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَادِمِ اللَّذَّاتِ
“Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kelazatan (iaitu kematian).”

📚 [Hadis riwayat al-Tirmizī, no. 2307 – ḥasan ṣaḥīḥ]

Kita tidak tahu bila giliran kita.
Mungkin bukan hari ini…
Tapi bila ajal datang, ia tidak akan lewat walau sesaat.

📌 Tiada siapa yang benar-benar memiliki hati yang hidup, jika dia tidak bersedia menghadapi kematian.

💔 Hari ini mereka dibungkus kain putih.
Esok mungkin kita.
Masihkah kita mahu hidup dengan hati yang lalai? Masihkah kita mahu tangguh taubat dan amal?

🤲🏼 Takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.
Kami doakan agar mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada, dan yang masih dirawat diberi kesembuhan segera.

📷 Gambar: Bernama | Lokasi: JRTB Banun, Gerik
🕯️ Pelajar: UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

🌿 Doa Rasulullah ﷺ ketika mengingati kematian:

ٱللَّهُمَّ ٱجْعَلِ ٱلْمَوْتَ رَاحَةً لَّنَا مِن كُلِّ شَرٍّ
“Ya Allah, jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagi kami daripada segala keburukan.”

📚 [Doa ini masyhur dan disebut dalam riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

*PENGHAYATAN DAN HIKMAH DI SEBALIK AIDILADHA*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى ...
06/06/2025

*PENGHAYATAN DAN HIKMAH DI SEBALIK AIDILADHA*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Selamat Menyambut dan menghayati AidilAdha buat seluruh muslimin dan muslimat..

Daripada Anas r.a :

"Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah S.A.W bertanya: Hari apakah yang dua hari ini ?. Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman jahiliah." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)

Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah swt sekalian,

Setelah kita meraikan Aidilfitri pada bulan Syawal yang lalu, Allah Ar Rahim menghadiahkan satu lagi hari besar buat kita semua umat Islam, iaitulah hari raya Aidiladha yang jatuhnya pada 10 Zulhijjah (bulan haji) setiap tahun islam, juga dikenali dengan nama Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang sangat sinonim dengan aktiviti umat Islam melaksanakan ibadah menyembelih binatang korban bermula 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Aidiladha ini memberi makna yang cukup besar kepada kita semua dalam menyelusuri pengajaran kehidupan dunia yang tidak lekang dengan ujian ini.

Didatangkan Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang diulang siar setiap tahun sempena Aidiladha bukanlah satu dongengan cerita penyedap hawa telinga, akan tetapi ia merupakan satu kisah agung yang telah diabadikan di dalam Al Quranul karim agar menjadi pedoman kepada seluruh manusia sehingga ke akhir zaman dalam memahami erti sebenar laluan ujian kehidupan dan kecintaan kepada Allah swt.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang telah sekian lama dalam menunggu kehadiran zuriat, yang telah dilepasi tempoh penantian tersebut dengan keimanan yang tinggi, kesabaran dan keredaan yang sangat tulus, lalu Allah swt mengurniakan baginda seorang zuriat bernama Ismail, namun Nabi Ibrahim a.s. diuji lagi tahap kesabarannya dengan perintah Allah swt melalui mimpi yang memerintahkan baginda menyembelih anak yang sangat dikasihi itu sepertimana dirakamkan di dalam Surah Assaffat ayat 100 - 1111 :

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
[100] ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

فَبَشَّرۡنٰهُ بِغُلٰمٍ حَلِيۡمٍ
[101] Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعۡىَ قَالَ يٰبُنَىَّ اِنِّىۡۤ اَرٰى فِى الۡمَنَامِ اَنِّىۡۤ اَذۡبَحُكَ فَانْظُرۡ مَاذَا تَرٰى‌ؕ قَالَ يٰۤاَبَتِ افۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ سَتَجِدُنِىۡۤ اِنۡ شَآءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيۡنَ
[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

فَلَمَّاۤ اَسۡلَمَا وَتَلَّهٗ لِلۡجَبِيۡنِ‌ۚ
[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

وَنَادَيۡنٰهُ اَنۡ يّٰۤاِبۡرٰهِيۡمُۙ
[104] Serta menyerunya: “Wahai Ibrahim!

قَدۡ صَدَّقۡتَ الرُّءۡيَا ‌ ‌ۚ اِنَّا كَذٰلِكَ نَجۡزِى الۡمُحۡسِنِيۡنَ
[105] “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

اِنَّ هٰذَا لَهُوَ الۡبَلٰٓؤُا الۡمُبِيۡنُ
[106] Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

وَفَدَيۡنٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيۡمٍ
[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى الۡاٰخِرِيۡنَ‌ۖ
[108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

سَلٰمٌ عَلٰٓى اِبۡرٰهِيۡمَ
[109] “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

كَذٰلِكَ نَجۡزِى الۡمُحۡسِنِيۡنَ
[110] Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

اِنَّهٗ مِنۡ عِبَادِنَا الۡمُؤۡمِنِيۡنَ
[111] Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Di saat Nabi Ibrahim a.s. menjunjung taat akan perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi ismail a.s., Allah SWT menggantikan sembelihan Nabi Ibrahim a.s. kepada seekor binatang yang dipanggil kibas. Betapa hebatnya tahap kesabaran Nabi Ibrahim a.s. sebagai seorang bapa yang amat menyayangi anaknya tetapi sanggup mengorbankan perasaan demi melaksanakan perintah Allah SWT.

Kisah ini menjadi simbolik jelas kepada keikhlasan hati seorang hamba yang taat, snggup mengorbankan apa jua yang menjadi kesayangan dunia kerana mengutamakan sayang dan cinta kepada yang Maha Esa melebihi segala-galanya.

Lalu pada setiap kali hari raya Aidiladha, kita dapat melihat ramai umat Islam berlumba-lumba menyembelih binatang korban (dinamakan dengan al-an'am di dalam bahasa arab) , lalu diagih-agihkan kepada fakir miskin, jiran tetanggga dengan tujuan membesarkan Allah dan rasa syukur di atas sekelian urusan kehidupan dalam rangka mengharapkan redha dan ganjaran besar dari Allah swt.

Firman Allah SWT

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُحْسِنِينَ
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha dalam berbuat kebaikan.” (Alhajj : 37)

Umat Islam yang melaksanakan ibadah korban ini menjemput kecintaan Allah SWT. Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) :

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
(Riwayat Imam Tirmizi dan Al-Hakim)

Maka, marilah sama-sama kita mengutip hikmah dan ibrah disebalik Aidiladha ini dengan menjiwai rasa syukur kepada Allah SWT di atas nikmat kehidupan yang dikurniakan, membuktikan cinta kepada Allah mengatasi cinta kepada keinginan diri, bersabar dalam mentaati perintah Allah, menyambung silaturrahim, bersedekah kepada fakir dan miskin dan terus menerus berusaha mencintai kebaikan dan amal soleh. Ini semua merupakan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah.

Akhir, fahamilah kita bahawasanya sunnatullah kehidupan di dunia itu adalah medan ujian yang bersifat sementara dan rehat selamanya hanyalah di syurga yang kekal abadi kelak. Maka sembelihlah kecintaan kita kepada dunia ini beralih kepada kecintaan kita hanya kepada Allah Robbul Jalil semata-semata. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan keampunanya.

Wallahua'lam.. Selamat Menyambut dan Menghayati Hari Raya AidilAdha..

AidilAdha 1446H

🕋 RINDU NAK JEJAK TANAH SUCI?Tunaikan niat umrah bersama kami — dengan bimbingan lengkap, hotel selesa & pengalaman ibad...
01/06/2025

🕋 RINDU NAK JEJAK TANAH SUCI?
Tunaikan niat umrah bersama kami — dengan bimbingan lengkap, hotel selesa & pengalaman ibadah yang menenangkan.

✈️ PAKEJ UMRAH 10 HARI 8 MALAM
“Laksanakan Umrah dengan kami, insya-Allah lebih terurus & bermakna.”

📌 Termasuk:
✅ Penerbangan terus pergi & balik
✅ Hotel selesa (Le Meridien Towers Makkah & Madinah)
✅ Ziarah tempat bersejarah
✅ Mutawwif berpengalaman
✅ Set cenderahati & khidmat penuh A–Z

💸 Harga Bermula RM6,590 Sahaja!
▪️ RM6,590 – Bilik 4
▪️ RM6,890 – Bilik 2
▪️ RM7,390 – Bilik 3

🎁 Diskaun RM100 untuk pendaftaran awal

📆 Tarikh terdekat: 18 Julai – slot cepat penuh setiap minggu!
⚠️ Slot terhad bagi setiap tarikh penerbangan.

Ramai dah mula tempah sejak awal bulan —
Tempah segera untuk jamin tempat & harga promosi!

📲 Klik WhatsApp sekarang untuk semakan kekosongan:
👉 https://www.wasap.my/60193438049/JuaraTravel

💬 Biar kami bantu anda tunaikan ibadah umrah dengan tenang & terancang – jangan tunggu saat akhir.

🕋 NAK MENANG PAKEJ UMRAH ATAU PERCUTIAN MEWAH?📣 Peluang keemasan untuk anda yang sedang mencari pakej Umrah, Juara Trave...
18/05/2025

🕋 NAK MENANG PAKEJ UMRAH ATAU PERCUTIAN MEWAH?

📣 Peluang keemasan untuk anda yang sedang mencari pakej Umrah, Juara Travel bawakan promosi paling best tahun ini!

💼 TEMPAH PAKEJ UMRAH ANDA BERPELUANG MENANG HADIAH BERNILAI RM25,000! 😍

✅ Hadiah utama: Pakej Umrah
✅ Tiket pergi balik ke Jeddah
✅ Percutian ke Lexis Hibiscus & Indonesia
✅ Emas, motosikal, TV dan banyak lagi!

Tempahan serendah pakej biasa, tapi boleh bawa balik rezeki luar biasa 🕌✈️

🏆 HANYA DARI JUARA TRAVEL

🎁 Tempoh promosi: 7 Mei – 31 Mei 2025
📍 Haji | Umrah | Tiket | Percutian

📲 Berminat nak tahu lebih lanjut atau tempah terus?
Klik link kami atau hubungi sekarang di :
https://www.wasap.my/60193438049/JuaraTravel

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜 & 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝟮.𝟬 𝗥𝗠 𝟮𝟱,𝟬𝟬𝟬 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗧𝗔 𝗙𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱🔥Tempoh Kempen/Jualan : (𝟕 𝐌𝐞𝐢 - 𝟑𝟏 𝐌𝐞...
07/05/2025

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜 & 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝟮.𝟬 𝗥𝗠 𝟮𝟱,𝟬𝟬𝟬 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗧𝗔 𝗙𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱🔥
Tempoh Kempen/Jualan : (𝟕 𝐌𝐞𝐢 - 𝟑𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓) Pendaftaran terbuka di semua Cawangan Juara Travel seluruh Malaysia di sepanjang tempoh kempen Beli & Menang 2.0

Tarikh Pakej Penerbangan: JUN 2025 - DIS 2026

Diskaun Pakej Umrah : RM100 - RM200

Terma dan syarat :
1. Terbuka untuk pembelian pakej Umrah, Pelancongan dan Tiket Penerbangan pelbagai destinasi

2. Tempah pakej Umrah & Pelancongan hanya RM50 sepanjang kempen berlangsung,

2. ⁠Selepas 30 Hari daripada tarikh pendaftaran perlu membuat baki bayaran deposit RM250.

3. ⁠Berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai RM25,000.

JOM DAFTAR,
https://wa.me/60193438049

https://wa.me/60193438049

https://wa.me/60193438049

Moga hadiah-hadiah ini menjadi milik anda! 😊

12 Peringatan Untuk Diri1. Cukuplah jangan menganggu orang lain. Jika kamu tidak mengganggu orang lain, itu adalah sedek...
11/02/2025

12 Peringatan Untuk Diri

1. Cukuplah jangan menganggu orang lain. Jika kamu tidak mengganggu orang lain, itu adalah sedekah yang kamu berikan untuk dirimu sendiri.

2. Ada orang tertentu yang mesti kita silent agar fikiran kita menjadi jauh lebih tenang. Ada orang yang wajib kita skip agar mental kita aman. Bahkan ada waktu kita terpaksa memutuskan talian bukan kerana benci tetapi kerana berusaah menghindari wujudnya penyakit hati dan menutup peluang mereka untuk terus menyakiti.

3. Kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang kita ada dan usia yang dikurniakan. Maka jangan sesekali menghabiskan waktu untuk hal-hal sia-sia, tidak berkaitan dengan kita, apalagi fitnah yang dihamburkan kepada kita. Diam dan fokuslah kepada kerja ibadah kita.

4. Diam adalah jawapan terbaik untuk semua pertanyaaan tidak berkaitan dengan kita. Tersenyum adalah reaksi terbaik dalam semua situasi.

5. Tidak semua perkataan layak untuk ditanggapi. Tidak semua komentar layak untuk dibalas. Tidak semua pertanyaan layak untuk dijawab. Tidak semua fitnah layak untuk dibantah.

6. Jika ada pihak yang memperlakukanmu dengan buruk, maka usahalah untuk tidak membalasnya dengan hal yang buruk juga. Supaya tidak bertambah keburukan kepada pihak yang lain.

7. Kata Usman Bin Affan…
Di antara pendosa yang paling buruk adalah orang yang meluangkan waktunya untuk membahas dan menbuktikan kesalahan orang lain. Kerana mereka tidak pernah mempunyai masa memperbaiki keburukan diri sendiri.

8. Sakit hati? Dicaci maki? Difitnahkan? Atau dizalimi? Selalulah menguatkan diri ketika terluka itu dengan berkata..
“Mereka belum tentu bersalah. Allah hanya meminjamkan diri mereka untuk mengujimu, mendidikmu untuk kamu menjadi insan yang lebih baik. Kutiplah pahala dan Allah akan menaikkan darjatmu.”

9. Untuk diri saya yang sudah sentiasa sibuk, maka sibuklah dengan kebaikan sehingga tidak ada celah untuk membenci, tidak ada waktu untuk berburuk sangka, tidak ada kesempatan untuk berbohong, dan langsung tidak ada kebiasaan untuk menguruskan urusan kehidupan orang lain.

10. Sesiapa yang mendengar sebuah ucapan yang dia benci lalu diam tidak membalas, terputuslah darinya dengan apa yang dia benci tersebut, namun jika dia membalasnya maka dia akan mendengar lebih banyak hal-hal yang dia benci.

11. Mustahil semua orang akan menyukai kita walaupun kita telah sedaya upaya mahu menjadi baik dan berusaha memperbaiki diri. Tak usah aneh dan kecewa. Terus saja lakukan apa yang kita percaya dengan penuh sabar. Kerana hidup ininpenuh dengan permainan dan percayalah bahawa semua orang akan mendapat apa saja yang mereka lakukan. Semuanya kembali kepada diri sendiri.

“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula.”
Ar Rahman ayat 60

12. Tulislah semua yang baik dan bermanfaat sahaja. Katakan perkara yang baik dan bermanfaat sahaja. Boleh jadi itu adalah tulisan dan perkataan atau posting kita yang terakhir.

PAKEJ UMRAH 1447H BERMULA (Julai - Disember 2025).
01/01/2025

PAKEJ UMRAH 1447H BERMULA (Julai - Disember 2025).

[𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝟐 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐧𝐢, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝟖𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚. 𝐀𝐝𝐚 𝐤𝐞?]Mana boleh takda 🥰...
03/12/2024

[𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝟐 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐧𝐢, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝟖𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚. 𝐀𝐝𝐚 𝐤𝐞?]

Mana boleh takda 🥰 - Rebut peluang menunaikan Umrah bersama Juara Travel & Tours. Jangan risau, harga semua all in. Tarikh confirm terbang.

Pakej Umrah Eko Trasit 12H10M ⤵️

◼️Penerbangan transit ke Sharjah, UAE dengan penerbangan Air Arabia.

◼️Penggunaan Visa Umrah. Kebajikan lebih terjamin jika jadi apa-apa. Berpeluang masuk raudah 2 kali (tertakluk terma & syarat).

◼️Jarak lokasi hotel Makkah (Dana Al Taj) : 350 meter manakala hotel di Madinah (Ansar Palace) : 200 meter.

◼️Makan fullboard, di Makkah & Madinah.
◼️Dibimbing oleh Mutawwif yang berpengalaman.
◼️Bermalam di Taif 1 Malam
◼️Program ziarah luar Makkah & Madinah.
◼️Staf Tanah Suci stanby 24jam untuk anda.

Tekan link dibawah untuk maklumat lanjut ⤵️

📱https://wa.me/60193438049
📱https://wa.me/60193438049
📱https://wa.me/60193438049

Jangan tunggu lama-lama, seat terhad! 😁

[𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗖𝗔𝗜𝗥𝗢🕋🇪🇬]Bermula RM 10,590 - Bilik Ber4(15 HARI 13 MALAM)🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 8-21 Februari 2025🕋 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 : 6 ...
03/12/2024

[𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗖𝗔𝗜𝗥𝗢🕋🇪🇬]

Bermula RM 10,590 - Bilik Ber4
(15 HARI 13 MALAM)

🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 8-21 Februari 2025
🕋 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 : 6 Malam
🕌 𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡 : 4 Malam
🇪🇬 𝐂𝐚𝐢𝐫𝐨 : 3 Malam

𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧✈️: Saudi Airlines💯

Jom, rancang perjalanan Umrah Ziarah Cairo 🇪🇬 bersama Juara Travel 💯 Berminat boleh tekan Link di Bawah⤵️
📲 https://wa.me/60193438049
📲https://wa.me/60193438049
📲https://wa.me/60193438049


22/11/2024

[𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗢𝗟𝗔 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠]

Alhamdulillah, Juara Travel & Tours merupakan antara 37 buah syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) Malaysia terpilih yang diiktiraf dan dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan jemaah Haji pada tahun 2025. Terima kasih Lembaga Tabung Haji dan semua yang menyokong Juara Travel. Sebarang pertanyaan berkenaan Haji, boleh dapatkan maklumat melalui team boleh terus wassup saya tekan link di bawah

https://wa.me/60193438049




Address

Bandar Sunway
Petaling Jaya
SELANGOR

Telephone

+60193438049

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juara Travel Agen bandar Sunway posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Juara Travel Agen bandar Sunway:

Share

Category