15/02/2024
BERKONGSI BUKAN UNTUK DIPUJI
Saya adalah seorang yang mudah 'sakit mata' dengan bersepah, habuk atau kotoran. Apalagi bila berkongsi ruang dengan orang lain, sikap ini semakin menjadi-jadi. Saya akan pastikan teman sebilik sentiasa selesa dengan kemasan barangan dan kebersihan, sepertimana saya juga menginginkannya.
Saya telah mengembara ke banyak negara, namun setakat ini, saya boleh simpulkan bahawa khidmat housekeeping di Makkah dan Madinah adalah NUMBER 1!
Macam di hotel pilihan saya untuk pakej Umrah kami, housekeeping ini wujud di setiap tingkat hotel. Saya akan panggil mereka setiap 2 hari untuk tukar towel, cuci tandas, tukar cadar, tambah bantal, tambah air dan seumpamanya. Ya, sememangnya kita tahu mereka akan buat dengan harapan untuk 'dibayar' dengan bakhsis (tipping). Sebagai seorang yang mahukan kebersihan dan kemasan bilik sentiasa terjaga, bakhsis ini sepatutnya bukanlah perkara berat, apalagi mereka boleh menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh hanya dengan bayaran SR 10 sahaja untuk membersihkan satu bilik. Kalau 2 hari sekali, untuk 10 hari bermakna 5 kali kemas, dan ia hanyalah SR 50 untuk kepuasan kemasan dan kebersihan bilik kita. Boleh bayar sendiri, atau kongsi dengan teman sebilik.
Ini adalah antara perbelanjaan wajib saya sepanjang Umrah dan Haji. Saranan saya kepada semua jemaah, jangan sayang-sayang untuk menggunakan khidmat mereka di bilik-bilik hotel anda sepanjang berada di Makkah dan Madinah. Kita nak rehat pun selesa, menuju ke al-Haram untuk ibadah juga ceria.
Farid Masri
CEO Salam Hijrah Holiday