22/09/2026
AS SALIK METERAI KERJASAMA DENGAN KOPERASI KARIAH MASJID NURUSSALAM GERIK BERHAD, RANCAKKAN PERJALANAN UMRAH
Gerik, 16 Sep - Syarikat As Salik Travel & Tours julung kalinya menjalankan kerjasama bersama Koperasi Kariah Masjid Nurussalam Gerik Berhad bagi menggalakkan masyarakat setempat menunaikan ibadah umrah.
Kerjasama itu dimeterai melalui perjanjian bertulis dan penyerahan watikah pelantikkan sebagai wakil rasmi As Salik Travel & Tours.
Majlis tandatangan perjanjian ini, diwakili Ust Megat Mohd Zaid bin Megat Azamuddin, Pengerusi As Salik Travel & Tours dan Haji Ahmad Hafidz bin Shafei, Pengerusi Koperasi Masjid Nurussalam Gerik Berhad.
Bersempena kerjasama ini juga, turut diadakan program kursus umrah perdana di Masjid Nurussalam, Batu 4 Gerik, Perak.
Turut diadakan pendaftaran umrah serendah RM100 dan hadiah pusing dan menang bagi 10 pendaftar terawal.
As Salik Travel sentiasa komited memastikan perkhidmatan terbaik dan penghayatan ibadah berkualiti kepada semua jemaahnya.