Villa 969

Villa 969 A gateway bungalow with private swimming pool for affordable luxury, privacy and endless fun waiting

Alhamdulillah….  Terima kasih En Zikri & Family 🤩
04/02/2025

Alhamdulillah…. Terima kasih En Zikri & Family 🤩

30/01/2025

𝗠𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥𝗦 / 𝗔𝗗𝗔𝗕
1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.

2 . Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.|

3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita.

4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain.

5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak s**a, hentikan. Jangan diulang lagi.

6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.

7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.

8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus.

9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

Perkongsian Cikgu Tengku Faris
Gambar sekadar hiasan

Last few weeks, Villa969 dapat bad review daripada 2 guest (out of 20-30 guests). Sekiranya teguran membina untuk kami b...
15/01/2025

Last few weeks, Villa969 dapat bad review daripada 2 guest (out of 20-30 guests). Sekiranya teguran membina untuk kami baiki, InsyaaAllah kami akan cuba baiki sebaik-baiknya dengan kapasiti dan sumber yang kami ada. Yang sedihnya, review kepada kami seolah2 kemudahan yg kami bagi ni sampah dan nampak berniat menjatuhkan perniagaan kami. Mereka meletak diri sebagai mangsa yang paling teraniaya. Tapi bagaimana p**a kalau sebaliknya ya….? Guest yang menjahanamkan harta benda homestay? Kami boleh review atau mengadu kat mana?

Tapi itulah hakikat berniaga. Ada pasang surutnya. Ada yg s**a dan ada yang benci. Kalau tak sanggup nak hadap semua ni, jangan berniagalahkan? Cuma tolong being fair.…. Kami pun manusia biasa yang ada juga kelemahan. Macamnilah, kami nak maklum juga bahawa segelintir guest yg review teruk2 adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut:

1. Dlm confirmation booking 7-13 pax, tapi actual pax yang check in ialah 30 pax or more (Menipu total pax).
2. Minta check in awal jam 11/12 pm. Pastu nak check out lewat jam 2 pm. Sebelum booking dah maklum pun check in time 2.30 pm n check out time 12.00 pm (in fact, kalau booking back to back tapi kami boleh siap kemas awal, as early as 2 pm kita dah bagi check in)
3. Bila dah ramai2 lebih dari kapasiti, mula la ckp umah panas (Aircond tak function), Fridge tak sejuk...water heater tak panas. Udah ramai2 buka tutup fridge tu sampai ada yg ternganga tak bertutup, macamana fridge tu nak sejuk?
4. Kolam berminyak dan b*k serangga. Komplen ni masa check out ye.

Bila kita tak ikut permintaan utk chk out lewat (sebab ada guest lain pun nak masuk juga. Kami ambil masa 2-3 jam utk tukar semua bedsheet, sapu, mop rumah dan cuci kolam- depends pada tahap kekotoran), mulalah marah2 dan review macam2…. Sampai cicak baru berak pagi tadi pun dia kata rumah kami kotor banyak taik cicak. Kalau taik cicak tu banyak berterabur masa dia mula2 chk in and komplen kat kami tu, kami boleh accept and our krew boleh terus bersihkan. Tapi komplen ni masa nak keluar dan ada lah seketul kat atas meja.

Untuk makluman semua:

1. Villa 969 hanya sediakan 2 water heater sahaja. Port Dickson ni sangat panas. Tak perlu pun mandi dengan water heater kecuali bilik tu pasang aircond suhu 16 darjah 24 jam. Mmg sejuklah dan kena mandi air panas. Tapi itulah org Malaysia kan….. Untuk makluman, kami sediakan total 6 bilik air. 3 di dalam rumah, 3 diluar….. kalau rasa sejuk dan taknak mandi air sejuk, boleh mandi di luar. Air tangki diluar mmg panas akibat cuaca di luar yg panas. Original water heater. ☺️

2. Ruang tamu Villa mmg kecil sahaja. Aircond pun ada 2 untuk 1.0hp. Tapi kami ada 4 pintu yang berdekatan aircond. Kalau pintu semuanya dibuka, dan ahli keluarga lebih 10 orang dalam rumah, saya pasti aircond tu tak terasa. Tapi cuba buka aircond tu di waktu malam dan semua pintu ditutup, lantai marmar tu pun terasa sejuknya… 🥶

3. ⁠Kami prefer menyambut guests dan tunjuk sekitar rumah dan pool kami. Manakala Self Check in hanya untuk guest yg betul2 dtg lewat…. Kalau rasa tak puas hati semasa house tour, boleh bgtau immediately. Kami akan pastikan Air kolam dalam keadaan tip top. Guest yg dibawa sekitar mesti ditunjukkan keadaan air kolam. Mcmana p**a kolam tu boleh berminyak selepas check in? Kalau tiada org yg bawa makanan (BBQ)/ makan jajan sambil mandi manda? Macamana p**a ada serangga? Sebab lampu di keliling kolam tidak ditutup di waktu malam, selepas kolam tidak lagi digunakan. Semua ni akan kami maklum semasa check in. Tapi kami juga ke yg salah? Sepatutnya org yg pertama check in tu, pastikan betul2 apa yang ditaklimatkan. Semak betul2 kemudahan villa ni boleh pakai ke tidak. Lepas tu maklum lah pada saudara mara yg lain. Sebab selalunya yg banyak komplen ni yg datang lewat, rumah dah ramai org, rumah p**ak dah macam kapal karam, tak sempat nak check out jam 1200, minta extend sbb rasa mcm sekejap sangat jer stay kat situ, tapi owner tak bagi becoz ada guest lain p**ak nak check in…😓

Takpelah, kami akan cuba utk membuat penambahbaikan hasil dari teguran yg membina. Berikut ialah komen dari guest yg baru jer check out…. Dia booking pun online. So tak timbul lah gambar di online lain, original lain. Memang inilah rumah kami sama macam gambar2 dalam booking online. Alhamdulillah…. Dalam pada ada yg memburukkan perniagaan kami, masih ada juga yg appreciate….. Terima kasih puan, kalau ada sebarang kelemahan, kami mohon maaf…. 🥰

01/05/2024

Guest postpone 4-5 May. Kami bagi harga DISKAUN. Kalau ambil 3-5 May, lagi banyak DISKAUN. Lai lai contact kami di 012-440 4969

Untuk booking sila call atau wasap 012-4404969. 🥰
01/05/2024

Untuk booking sila call atau wasap 012-4404969. 🥰

Syukur dan happy sangat kalau ada family yang seronok bercuti di Villa 969. Thank you Cik Ilani dan family yang baru jer...
18/02/2024

Syukur dan happy sangat kalau ada family yang seronok bercuti di Villa 969. Thank you Cik Ilani dan family yang baru jer check out tengahari tadi. Selain dari komen yang baik-baik macamni, ada juga segelintir guest yang komen negatif. Takpe…., kami faham citarasa orang semua berbeza-beza. Kalau s**a Alhamdulillah. Kalau tak s**a, kami mohon ampun dan maaf kerana tak capai KPI anda. Kami akan terus cuba memperbaiki perkhidmatan kami ya. Keselesaan anda keutamaan kami ☺️🙏🏻🙏🏻

Tahun 2021 dulu dia dah pernah tanya Villa 969 kita tapi penuh date yang diminta. so, mereka staycation kat homestay nei...
30/01/2024

Tahun 2021 dulu dia dah pernah tanya Villa 969 kita tapi penuh date yang diminta. so, mereka staycation kat homestay neighbour kami. Tahun ni kita bagi jadi ya. Alhamdulillah…. Till we meet again. Thank you En. Aiman…. 🤗☺️

Address

No. 11, Jalan PDV 3, PD Village Country Resort
Port Dickson
71050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Villa 969 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share