03/11/2018
Hari ni Homestay MBE nk kongsi sejarah dan apa yg menarik kat Port Dickson ni.
Port Dickson di namakan sempena nama pegawai British iaitu Sir John Frederick Dickson yang ditempatkan di negeri-negeri selat semasa akhir abad ke 19.
Sebelum tu nama Port Dickson ni ialah Tanjung. Sebab kedudukan PD ni dekat ngan teluk kecil.
Masa tu PD ni terkenal ngan pengeluaran arang, maka tempat ni agak strategik gak la..maka dibina la pelabuhan agar memudahkan pengeluaran arang tapi mana pegi pelabuhan tu sekarang pun tak tahu 😅.
Disebabkan tu juga Sir John Frederick ni pun mewartakan supaya Tanjung(nama asal port dickson) menjadi sebuah pelabuhan(Port) .
Maka dari situlah asal nama Port Dickson.
Kat Port Dickson ni sebenarnya banyak tempat2 menarik yang boleh kita lawati, aku pun tak abis pusing lagi Pd ni😅. Selalu orang datang Port Dickson ni asik pikir mandi laut jer kan..
Tempat Bersejarah :
1. Muzium Tentera Port Dickson🆓
2. Rumah Api Tanjung Tuan -RM1
3. Kota dan Muzium Lukut🆓
Pantai-pantai Terkenal di Port Dicskon
1. Pantai Teluk Kemang
2. Blue Lagoon
3. Pantai Tanjung Tuan
4. Pantai Cahaya Negeri
5. Pantai Tanjung Gemok
6. Pantai Cahaya Bulan
7. Pantai Cermin
8. Pantai Saujana
9. Pantai Bagan Pinang
Aktiviti Santai
1. PD Ostrich show farm
2. Pusat Ikan Hiasan teluk kemang🆓
3. PD Turtle Glory Beach Resort
4.Balai Cerap Teluk Kemang
5. Sunset Cruise Port Dickson
Aktiviti Xtreme dan Mencabar
1. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
2. Sungai Linggi River Safari
3. Extreme Park Port Dickson
4. Hutan Pasir Panjang🆓
5. Eagle Ranch Resort Port Dickson
Hiburan dan family:
1. Wild West Town Cowboy
2. Alive 3d Art Port Dickson
3. Upside Down Port Dickson(rumah terbalik)
4. PD Dream World Upside down & 3d
5. The Country Cat cafe(pindah ke ostrish farm)
6. Pd Winmill Farm
7. Fun Fair Pd ( ni cuti sekolah hujung tahun je ada 😂)
8. Water Park Resort Hibiscus
9. Primaland Theme Park(ni dh tutup,saje nak bgtau😝)
Yang tanda 🆓, so free je masuk.
Maklumat-maklumat lain berkaitan masa , harga semua tempat2 diatas korang korang tanya pakcik google la😝😝la😝😝
http://www.wasap.my/60189677287/HTMBE