Uhud Travel & Tours

Call Directions Website Contact the business

Uhud Travel & Tours UHUD TRAVEL & TOURS SDN. BHD. Nombor pendaftaran SSM ialah 202401053101 (1598943-H). No. Telefon : 011-1951 1020/ 011-4510 200

Uhud Travel & Tours
(1598943 - H | KPK/LN 13074)
Port Dickson Negeri Sembilan
+606 6515591 | +6017 4510200
[email protected]

Umrah | Inbound | Outbound | Ticketing
Trusted Agency & Offer Best Service Experience

https://linktr.ee/uhudtraveltours adalah syarikat berstatus bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah akta syarikat 2016 pada 13 Disember 2024. Uhud Travel di tubuhkan untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Umrah bagi jemaah Malaysia. Berbekalkan pengalaman beberapa tahun dalam menguruskan perjalanan Umrah, Uhud Travel memahami kehendak para jemaah dengan menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai golongan. Disamping itu Uhud Travel juga akan menawarkan pakej-pakej pelancongan luar dan dalam negara yang berteraskan gaya hidup Muslim. Berslogankan "Perjalanan Umrah dan Pelancongan Muslim dengan Perkhidmatan yang Terunggul" , kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar perjalanan ibadah atau percutian anda sentiasa dalam ketenangan dan keselesaan serta keberkatan. Semoga Uhud Travel sentiasa menjadi pilihan utama untuk perjalanan menunaikan umrah dan pelancongan muslim serta melancong bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

KARNIVAL MASJID NEGARA 2026Alhamdulillah, it’s a wrap from Uhud Travel & Tours di Karnival Masjid Negara Kuala Lumpur (M...
21/09/2026

KARNIVAL MASJID NEGARA 2026
Alhamdulillah, it’s a wrap from Uhud Travel & Tours di Karnival Masjid Negara Kuala Lumpur (MNKL) 2026 yang telah berlangsung pada 16 hingga 20 September 2026.
Sepanjang karnival, pasukan Uhud Travel & Tours telah bersama para pengunjung berkongsi informasi perjalanan, pakej umrah serta tawaran istimewa.
Kami turut berpeluang bertemu ramai pengunjung, keluarga dan komuniti yang memeriahkan suasana di perkarangan Masjid Negara.
Terima kasih kepada semua yang telah singgah ke booth Uhud Travel & Tours. Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perjalanan bermakna bersama kami.

Bukan Sekadar Buah TanganCenderahati dari Mekah bukan sekadar barang untuk dibawa pulang, tetapi juga menjadi tanda inga...
21/09/2026

Bukan Sekadar Buah Tangan
Cenderahati dari Mekah bukan sekadar barang untuk dibawa pulang, tetapi juga menjadi tanda ingatan kepada keluarga dan insan tersayang.
Tak semestinya mahal. Kadang-kadang sejadah, kurma, tasbih atau keychain kecil pun sudah cukup menggembirakan hati mereka.
Pilihlah mengikut bajet, keperluan dan siapa penerimanya supaya setiap hadiah terasa lebih bermakna.
Yang paling penting, bawalah pulang bersama doa dan kenangan indah dari Tanah Suci.

7 PERKARA JEMAAH LELAKI SELALU TAK PREPARE SEBELUM UMRAHPersediaan umrah untuk lelaki bukan sekadar beli kain ihram dan ...
20/09/2026

7 PERKARA JEMAAH LELAKI SELALU TAK PREPARE SEBELUM UMRAH
Persediaan umrah untuk lelaki bukan sekadar beli kain ihram dan tunggu tarikh berangkat.
Perkara kecil seperti selipar, ubat, beg, penjagaan kaki dan stamina boleh memberi kesan besar sepanjang perjalanan.
Paling penting, jangan serahkan semua persediaan kepada isteri atau mutawwif. Ilmu manasik juga perlu difahami sendiri.
Bila fizikal, ilmu dan keperluan diri sudah bersedia, insya-Allah ibadah jadi lebih tenang dan teratur.

DUIT DAH ADA, TAPI UMRAH MASIH TERTANGGUH?Kadang-kadang bukan sebab tak mampu. Kita cuma terlalu lama menunggu masa yang...
19/09/2026

DUIT DAH ADA, TAPI UMRAH MASIH TERTANGGUH?
Kadang-kadang bukan sebab tak mampu. Kita cuma terlalu lama menunggu masa yang sempurna, cuti yang sesuai atau keadaan yang dirasakan lebih mudah.
Ada juga yang takut perjalanan susah, belum ada teman atau terlalu sibuk dengan urusan harian.
Sedangkan keputusan besar selalunya bermula dengan satu langkah kecil.
Jika sudah ada niat dan kemampuan, mulakan perancangan bersama Uhud Travel & Tours.
>

17 September 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPUH KE-10Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Agung Tahunan PAPUH kali ke-10 y...
18/09/2026

17 September 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPUH KE-10
Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Agung Tahunan PAPUH kali ke-10 yang berlangsung dengan lancar dan penuh hikmah.
Uhud Travel & Tours diwakili oleh Lt Col Norhaida, Pengarah Urusan Uhud Travel & Tours.
Kata-kata aluan dari Dato Seri Haji Razali Mohd Sham. Presiden PAPUH. Pelbagai pandangan, perkembangan industri serta isu semasa dibincangkan demi memperkukuh industri pelancongan dan umrah.
Uhud Travel kekal komited menyokong usaha PAPUH dalam membina industri yang lebih mampan, profesional dan berdaya saing.

BEG BERAT, IBADAH PUN JADI TAK SELESA!Nak pergi umrah, tak semestinya semua benda kena dibawa. Kadang-kadang kita terleb...
18/09/2026

BEG BERAT, IBADAH PUN JADI TAK SELESA!
Nak pergi umrah, tak semestinya semua benda kena dibawa. Kadang-kadang kita terlebih packing sampai bagasi penuh sebelum perjalanan bermula.
Pakaian, kasut, toiletries dan makanan boleh dibawa secara berpada-pada mengikut keperluan.
Elakkan juga barang “just in case” yang akhirnya langsung tidak digunakan.
Packing dengan bijak supaya perjalanan lebih ringan, mudah dan selesa bersama Uhud Travel & Tours.

BILA ALLAH JEMPUT, JANGAN TOLAKMenjadi tetamu Allah bukan sekadar tentang kemampuan, tetapi tentang jemputan yang penuh ...
17/09/2026

BILA ALLAH JEMPUT, JANGAN TOLAK
Menjadi tetamu Allah bukan sekadar tentang kemampuan, tetapi tentang jemputan yang penuh hikmah. Jika langkah kita sampai ke Tanah Suci, mungkin Allah sedang membuka jalan untuk kita kembali kepada-Nya.
Hargailah setiap detik, kerana tidak semua yang merancang diberi kesempatan. Ada yang pergi dahulu sebelum sempat merasai nikmat menjadi tetamu-Nya.
Mungkin doa yang lama dipanjatkan akhirnya Allah makbulkan pada waktu yang paling tepat. Jangan persoalkan mengapa kita dipilih, tetapi syukurilah jemputan yang begitu istimewa.
Semoga kepulangan kita bukan sekadar membawa kenangan, tetapi hati yang lebih bersih, jiwa yang lebih tenang dan kehidupan yang lebih dekat dengan Allah.
#

MALAYSIA, KECIL DI PETA BESAR DI HATI 🇲🇾Daripada nasi lemak bungkus, kedai mamak, teh tarik hingga orang utan, Rafflesia...
16/09/2026

MALAYSIA, KECIL DI PETA BESAR DI HATI 🇲🇾
Daripada nasi lemak bungkus, kedai mamak, teh tarik hingga orang utan, Rafflesia dan durian, semuanya membentuk identiti Malaysia yang cukup istimewa.
Syukur menjadi rakyat Malaysia, hidup dalam kepelbagaian budaya, makanan dan cara hidup yang tetap mampu menyatukan kita.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tetap negeri sendiri lebih baik.
Selamat Hari Malaysia daripada Uhud Travel & Tours.

Jom Singgah Booth Uhud Travel di Perkarangan Masjid Negara. ✨Kalau datang MNKL Karnival 2026, jangan lupa singgah booth ...
16/09/2026

Jom Singgah Booth Uhud Travel di Perkarangan Masjid Negara. ✨
Kalau datang MNKL Karnival 2026, jangan lupa singgah booth Uhud Travel & Tours ya!
Tarikh :16 - 20 September 2026
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Booth J5, Perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur
Macam-macam ada — Voucher Free Haramain Train, Voucher Diskaun RM200, aktiviti menarik dan banyak lagi.
Nak tanya pakej Umrah, nak plan bercuti atau nak travel ke mana-mana destinasi seluruh dunia, boleh terus datang sembang dengan team kami.
Jom datang ramai-ramai, jumpa kami di booth Uhud Travel!

Address

25-G, Jalan Prima 1, Lukut Prima
Port Dickson
71010

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60174510200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uhud Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Uhud Travel & Tours:

Shortcuts

Share

Category