Salam Hijrah Holiday Puchong

Salam Hijrah Holiday Puchong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Salam Hijrah Holiday Puchong, Travel Company, Puchong.

Hari Arafah adalah hari yang sangat mulia di sisi Allah dan memiliki banyak keagungan dan keistimewaan dibandingkan deng...
28/06/2023

Hari Arafah adalah hari yang sangat mulia di sisi Allah dan memiliki banyak keagungan dan keistimewaan dibandingkan dengan hari-hari selainnya. Antaranya ialah Puasa pada hari Arofah dapat menghapuskan dosa-dosa selama 2 tahun.

Hal ini berdasarkan hadits shohih berikut ini:

عن أبي قتادة أن رسول الله سئل عن صوم يوم عرفة فقال: (يكفر السنة الماضية والسنة القابلة) رواه مسلم

Dari Abu Qotadah radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah ditanya tentang (keutamaan) puasa pada hari Arafah, maka beliau menjawab: “Dia menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

(HR. Muslim).

This is Umrah Eksklusif. Semalam 1 group, hari ini satu group.
17/03/2023

This is Umrah Eksklusif. Semalam 1 group, hari ini satu group.

Perlepasan EKS 02 malam ini. Bismillah. Esok pagi bakal menyusul 1 lagi kump**an EKS 04.Tawakkalnaa 'alallah.
17/03/2023

Perlepasan EKS 02 malam ini. Bismillah. Esok pagi bakal menyusul 1 lagi kump**an EKS 04.

Tawakkalnaa 'alallah.

17/03/2023

Info dan panduan berkenaan hotel dan bangunan di kawasan sekitar Jabal Omar dan Ibrahim al-Khaleel streets, Makkah al-Mukarramah.

Maklumat lanjut berkenaan pakej Umrah sila tekan link whatsapp
www.wasap.my/601165122405/infoumrahSHHP

Ingat Umrah, Ingat Salam Hijrah Holiday.
Pengurusan umrah yang paling diyakini di Malaysia.

[GALERI CEO]Pautan gambar kenangan Umrah bimbingan CEO Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd.
16/03/2023

[GALERI CEO]

Pautan gambar kenangan Umrah bimbingan CEO Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd.

KENALI PEGAWAI DAN PETUGAS UMRAH SALAM HIJRAH HOLIDAY SDN. BHD.Sehingga kini kami masih mengekalkan rekod 'BERSIH' diman...
16/03/2023

KENALI PEGAWAI DAN PETUGAS UMRAH SALAM HIJRAH HOLIDAY SDN. BHD.

Sehingga kini kami masih mengekalkan rekod 'BERSIH' dimana tiada sebarang caj tambahan dikenakan bagi SEMUA JEMAAH UMRAH yang telah mendaftar. Apa yang telah akad semasa berdaftar merangkumi pakej, harga dan permintaan khas yang telah dipersetujui TIDAK BERUBAH mengejut walaupun industri Umrah sedang diuji dengan kenaikan harga penerbangan, penginapan dan kos-kos lain.

Sesuai dengan slogan 'PENGURUSAN UMRAH PALING DIYAKINI DI MALAYSIA', kami akan sentiasa memastikan segala muamalah adalah terjaga dan selamat dari sebarang kekaburan mahupun penganiayaan.

Segera hubungi kami untuk mendapatkan maklumat terkini pakej Umrah menarik dari kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah atau hubungi mana-mana Pegawai Pemasaran Umrah kami di seluruh Malaysia.

Kami mempunyai seramai 30 orang ejen Umrah atau Pegawai Pemasaran Umrah (PPU) yang aktif di seluruh Malaysia.

Salam Hijrah Holiday
Santuni ummah, menjejak ibrah.


POV KENAIKAN HARGA UMRAHRamai yang terkesan. Syarikat, ejen, petugas, dan yang paling marah selalunya adalah para jemaah...
13/11/2022

POV KENAIKAN HARGA UMRAH

Ramai yang terkesan. Syarikat, ejen, petugas, dan yang paling marah selalunya adalah para jemaah.

Di kalangan jemaah ada yang mula menuding jari kepada syarikat. Tak kurang juga yang menuntut 'pemulangan semula' untuk berpindah ke syarikat lain yang 'dikatakan' tidak mengenakan sebarang penambahan. Bahkan sangat ramai yang mula mencari kelemahan dan kekurangan syarikat tertentu untuk dijadikan perbandingan, yang akhirnya membawa kepada memburuk-burukkan.

Okay, ini bukanlah sesi mempertahankan sesiapa. Faham yang ini dulu.

1. Kenaikan harga kos Umrah itu bukanlah agenda mana-mana pertubuhan, persatuan mahupun syarikat. Ianya adalah realiti yang sangat pahit sehingga tak mampu untuk ditelan jauh sekali untuk dihadam. Kenaikan harga tiket kapal terbang sehingga mencecah 2 kali ganda dari harga biasa, kenaikan harga hotel Makkah dan Madinah sehingga 50%, sekaligus menjadikan kos upah petugas dan kos-kos kecil lain juga meningkat, ini semuanya adalah realiti. Bukan rekaan.

2. Keadaan menjadi lebih parah apabila kadar tukaran ringgit yang semakin hari semakin tenat. Saya sendiri masih 'menggigil' untuk melakukan tukaran wang pada masa ini walaupun tarikh penerbangan semakin mendekat. Serius. Saya belum pernah rasakan ringgit seteruk ini. (Almaklumlah saya kan masih 20-an lebih - tak cukup pengalaman tentang kejatuhan matawang 😅)

3. Permintaan yang melambung di Arab Saudi adalah antara sebab terpenting harga di sana menjadi mahal. Tambahan p**a bila Arab Saudi mengumumkan bahawa mereka yang transit di Arab Saudi untuk World Cup nanti secara automatik memperoleh visa Umrah, tentunya ini akan menjadikan industri Umrah lebih meriah pada waktu itu.

Saya sempat bersembang dengan beberapa pemilik syarikat Umrah, apa yang saya boleh simpulkan adalah, apa yang bermain di fikiran mereka pada masa ini bukanlah untung semata-mata, melainkan hanya untuk menerbangkan para jemaah, dan mampu untuk menampung 'overhead' syarikat sikit-sikit mana yang dapat. Begitulah. Ada yang menyesal dengan harga yang mereka paparkan, ada juga yang merasakan bahawa para jemaah sudah hilang kepercayaan terhadap mereka. Namun tambahan yang mereka kenakan adalah atas dasar terpaksa, bukannya s**a-s**a.

Hakikatnya, membuka dan mengusahakan syarikat Umrah mahupun Haji itu bukanlah mudah. Nak daftar lesen sahaja WAJIB ADA RM 200,000. Belanja untuk 'marketing', renovasi pejabat, gaji pekerja, bayar website, untuk mulakan sahaja paling minima kena ada RM 300,000.

Secara logiknya, takkanlah syarikat-syarikat ini sengaja nak bunuh diri? Takkanlah mereka s**a-s**a kenakan tambahan itu ini sedangkan mereka tahu itu akan merosakkan segala usaha mereka selama ini? Mereka taknak kebaikan untuk jemaah ke? Untuk apa mereka susah-susah buka syarikat, bina nama kalau hanya untuk aniaya orang?

Nilailah dengan adil. Jangan s**a sangat menghukum. Jangan kuat sangat berceloteh. Jangan mudah sangat label syarikat Umrah ini penunggang agama, guna agama untuk zalim kepada orang lain.

Selagi mereka jujur, itu jauh lebih baik berbanding diam-diam 'downgrade' pakej yang jemaah dah 'assign'. Yang ini memang zalim.

Harga Umrah sememangnya semakin meningkat. Ada duit, pergilah sekarang. Jangan tunggu.

---

Disclaimer :

Status ini bukanlah untuk mempertahankan penganiayaan (sekiranya berlaku), dan Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd. tidak mengenakan sebarang tambahan harga keatas para jemaah dari mana-mana pakej Umrah yang telah dipersetujui.

Mohammed Farid Masri
CEO
Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd

Alhamdulillahi Hamdan Katsiran Tayyiban Mubaarakan Fiih.Group Umrah Eksklusif Disember 2022 bimbingan CEO (Hj Mohammed F...
10/11/2022

Alhamdulillahi Hamdan Katsiran Tayyiban Mubaarakan Fiih.

Group Umrah Eksklusif Disember 2022 bimbingan CEO (Hj Mohammed Farid Masri ) - PENUH

Group Umrah Eksklusif Januari 2023 bimbingan ustaz Aidil Haiqal Anwar Al-Midani - PENUH

Group Umrah Eksklusif Februari 2023 bimbingan CEO (Hj Mohammed Farid Masri ) - PENUH

Group Umrah Kembara Februari 2023 bimbingan Ustaz Azwan Lazam dan Tuan Shaharudin Bakar (2 pembimbing untuk 1 kump**an) - berbaki 7 orang sahaja.

Santuni Ummah, menjejak ibrah.

KAMI NAK BANTU ANDA MENIKMATI RAMADHAN BERSAMA KELUARGA DI TANAH SUCI.PAKEJ UMRAH EKSKLUSIF RAMADHAN BERSAMA SALAM HIJRA...
30/10/2022

KAMI NAK BANTU ANDA MENIKMATI RAMADHAN BERSAMA KELUARGA DI TANAH SUCI.

PAKEJ UMRAH EKSKLUSIF RAMADHAN BERSAMA SALAM HIJRAH HOLIDAY

Apakah keistimewaan Umrah Eksklusif ini?

1. Hanya 8 ORANG DALAM 1 KUMPULAN.
2. Dibimbing 1 orang PETUGAS / MUTAWWIF yang berpengalaman.
Sesuai untuk keluarga atau warga emas
3. Pengangkutan VAN VIP 12 tempat duduk berhawa dingin dan selesa.
4. Jadual program yang EFEKTIF dan tidak padat, SELESA UNTUK IBADAH.
5. Hotel Makkah BERTARAF 5 BINTANG (Hilton Convention Makkah - Hilton baru)
6. Hotel Madinah BERTARAF 4 BINTANG (Zowar International)
6. SAHUR DAN IFTAR disediakan
8. Pembiayaan PERUBATAN PERCUMA sehingga SR 8000.00 seorang
9. SESI ZIARAH Makkah dan Madinah
10. DISKAUN KHAS untuk keluarga atau kump**an.
.dan banyak lagi kelebihan Pakej Umrah Eksklusif Ramadhan bersama Salam Hijrah Holiday.

Nak tahu lebih lanjut tekan link wasap di bawah :

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
.atau tekan button SEND WHATSAPP

Mahukan Umrah Selesa dan Eksklusif, daftar segera bersama Salam Hijrah Holiday Puchong .

Pastinya menjadi kembara Umrah Terbaik anda !

Santuni Ummah,
Menjejak ibrah.


Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah. Akhirnya lesen pelancongan kami telah berjaya diperbaharui dan sah sehingga 27 Sept...
30/10/2022

Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah. Akhirnya lesen pelancongan kami telah berjaya diperbaharui dan sah sehingga 27 September 2025.

Insyaallah kami akan mempertingkatkan lagi usaha sebagai pemudahcara dan berkhidmat buat para tetamu Allah.

Semoga usaha kami dan kalian diberkati Allah.

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


Address

Puchong
47150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 13:00

Telephone

+601165122405

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Hijrah Holiday Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category