JAD Travel Putrajaya

JAD Travel Putrajaya Menuju Baitullah
° Pakej Haji & Umrah
° Hotel dekat MasjidilHaram
° Mutawwif Terbaik & Berhemah
° Santun Telus Amanah

Haji adalah salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Ibadah yang...
27/07/2025

Haji adalah salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Ibadah yang dianjurkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup ini sangat penting untuk kita dalami maknanya dari segi ritual, spiritual dan sosial bagi umat Islam.

Sudah pasti menjadi impian umat Islam yang beriman untuk menjejakkan kaki ke Baitullah. Ada doa ringkas yang boleh kita amalkan supaya dijemput ke sana nanti dengan izinNya.

Doa agar dikurniakan rezeki untuk ke Baitullah:

اَللَّهُمَّ الرْزُقْنَا زِيَارَةَ بَيْتِكَ اَلْمُعَظَّمْ وَرَسُوْلِكَ اَلْمُكَرَّمْ فِى هَذَا الْعَامْ وَفِى كُلِّ عَامْ بِاَحْسَنِالْحَالْ
“Ya Allah, kurniakan kami rezeki untuk mengunjungi rumah-Mu yang agung, dan Rasul-Mu yang mulia, di tahun ini dan setiap tahun, dengan keadaan sebaik-baiknya.”

Semoga kita direzekikan untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci setiap tahun, InsyaAllah.

Umrah dan haji bukan sekadar ibadah, ia juga jalan penghapus dosa.Bahkan tidak hanya penghapus dosa, Rasulullah SAW menj...
16/07/2025

Umrah dan haji bukan sekadar ibadah, ia juga jalan penghapus dosa.

Bahkan tidak hanya penghapus dosa, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa umrah dapat menghilangkan kemiskinan dan memperoleh keberkatan dalam hidup.

Dari Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda; “Ikutkanlah umrah dan haji (dalam haji qiran atau tamattu’), kerana keduanya dapat menghapus kemiskinan dan dosa, seperti api yang membersihkan karat dari besi, emas dan perak. Selain itu, haji yang mabrur tidak memiliki balasan lain kecuali syurga.” (Hadis Riwayat Nasai, Tirmizi dan Ahmad)

🤍 Rindu Makkah, rindu Madinah...Rebut peluang keemasan menunaikan umrah bersama JAD Travel & Tours Bimbingan lengkap, pe...
15/07/2025

🤍 Rindu Makkah, rindu Madinah...
Rebut peluang keemasan menunaikan umrah bersama JAD Travel & Tours
Bimbingan lengkap, perjalanan terjaga, insyaAllah.

📞 DM kami untuk maklumat lanjut!

019-987 4949

"Dan (antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sa...
15/07/2025

"Dan (antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya.” (Surah Al-Imran : 97)

Ibadah haji adalah ibadah fardhu untuk dilaksanakan ke atas umat Islam dengan cukup syarat wajib haji iaitu Islam, baligh, berakal dan berkemampuan (istitoah). Penting untuk bakal jemaah memahami konsep istito'ah, atau kriteria-kriteria kemampuan yang melayakkan seseorang menunaikan haji.

Konsep istito’ah ini terbahagi kepada 6 perkara utama, iaitu: kesihatan yang baik, kebenaran pihak Arab Saudi, kewangan yang mencukupi, kenderaan pergi dan balik, aman dalam perjalanan dan ditemani mahram (bagi kaum hawa).

Sama-sama kita fahami istilah berkemampuan dalam konsep istito'ah. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita untuk menunaikan haji.


Masjid Qiblatain merupakan masjid bersejarah di Madinah, dan dinamakan sempena peristiwa penting dalam sejarah Islam di ...
13/07/2025

Masjid Qiblatain merupakan masjid bersejarah di Madinah, dan dinamakan sempena peristiwa penting dalam sejarah Islam di mana berlakunya perpindahan kiblat. Masjid ini juga dikenali dengan dua arah kiblat; satu menghadap ke Masjidil Aqsa dan satu lagi menghadap ke Masjidil Haram.

Kaum Yahudi juga bersembahyang menghadap Baitulmaqdis, dan mereka turut berbangga kerana umat Islam berlandaskan kiblat yang sama.

Baginda telah berdoa kepada Allah SWT agar memindahkan kiblat ke arah Kaabah. Lalu turunlah perintah Allah SWT seperti ayat berikut:

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (Al-Baqarah : 144)

13/07/2025

Alhamdulillah, ini adalah sebahagian daripada perkongsian positif jemaah KT097B tentang pengalaman berharga mereka di Tanah Suci. Jutaan terima kasih kerana memilih JAD TRAVEL sebagai pengelola ibadah haji tahun ini dan sudi berkongsikan sedikit maklumbalas ikhlas walaupun baru tiba di tanah air.

Semoga dengan sokongan, kepercayaan dan kata-kata positif ini menyemarakkan lagi dedikasi kami untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan cemerlang buat semua jemaah JAD Travel di masa akan datang.

Jumpa lagi dalam misi umrah atau haji akan datang Insya-Allah.

06/07/2025

🕌 PROGRAM JELAJAH SIRAH BADAR
📅 Ahad, 6 Julai 2025

Alhamdulillah ... pagi Ahad ini kami menyusuri perjalanan sirah Perang Badar – peristiwa agung yang Allah sebut dalam al-Quran dan menjadi saksi keimanan para sahabat Rasulullah ﷺ.

Mari kita hayati kembali perjuangan Nabi dan para sahabat demi Islam yang kita nikmati hari ini 🤍

اللّهمَّ صلِّ وَسلِّمْ وَبارِكْ علَى حبيبِكَ زينِ الوجودِ سيّدِنَا محمّدٍ وَآلِ سيّدِنَا محمّدٍ ❤️





Syukur Alhamdulillah!Dengan izin-Nya, perjalanan haji para jemaah tahun ini berjalan lancar dan dipermudahkan.Kami, selu...
30/06/2025

Syukur Alhamdulillah!
Dengan izin-Nya, perjalanan haji para jemaah tahun ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

Kami, seluruh warga kerja JAD Travel, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan mutawwif dan pasukan petugas haji atas komitmen, kesungguhan, dan dedikasi anda semua dalam memastikan segala urusan para jemaah berjalan dengan teratur dan selesa.

Semoga kita semua terus diberi kesempatan untuk bersama-sama berkhidmat pada musim haji akan datang, Insya-Allah.

Menunggu bas ke Tanaim
26/06/2025

Menunggu bas ke Tanaim

26/06/2025

Syukur Alhamdulillah, masing-masing sempat berkongsikan pengalaman haji bersama JAD Travel. Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah kumpulan pertama atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kita bersama dalam misi suci ini.

Sungguh kami berbesar hati dan terharu dengan kata-kata positif dan sokongan anda. Jika ada mana-mana kekurangan, kami komited untuk perbaiki dan berikan yang lebih baik buat jemaah di masa hadapan. Semoga berjumpa kita lagi dalam siri umrah atau haji akan datang. Insya-Allah..

Address

Taman Pesona Mekar, Tepian
Putrajaya
43000

Telephone

+60199874949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAD Travel Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JAD Travel Putrajaya:

Share

Category