EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd Sebuah agensi Umrah dan pelancongan berpusat di Presint 8,Putrajaya.Kami yakin dengan kepakaran kami akan memberikan kepuasan pada pelanggan kami

🌙 JUALAN KURMA RAMADHAN 2026 🌙Assalamualaikum WBT.Admin tolong iklankan bagi pihak pembekal kurma yang menyediakan Kurma...
08/02/2026

🌙 JUALAN KURMA RAMADHAN 2026 🌙

Assalamualaikum WBT.

Admin tolong iklankan bagi pihak pembekal kurma yang menyediakan Kurma Ramadhan khas untuk bekas jemaah dan alumni EMRAZ yang merindui kurma berkualiti untuk Ramadhan tahun ini.

Tempahan boleh dibuat secara online melalui pautan bayaran yang disediakan di bawah dan kurma akan dihantar terus melalui pos ke alamat pembeli.

Sebahagian hasil jualan juga akan disalurkan kepada keluarga bekas mutawwif EMRAZ (Allahyarham Al Fadhil Ust Haji Jamiludin Bin Murad) yang kembali ke Rahmatullah baru-baru ini sebagai tanda ingatan atas jasa dan bakti beliau.

📦 PILIHAN KURMA:

🖤 Kurma Ajwa Madinah
• VIP Jumbo Premium
• 500 gram
• RM45 (Termasuk Kos Pos)
🔗 Beli Ajwa: https://buy.stripe.com/eVq3cvcaK8RFa6tdyTe3e00

🤎 Kurma Safawi Madinah
• VIP Jumbo Premium
• 500 gram
• RM35 (Termasuk Kos Pos)
🔗 Beli Safawi: https://buy.stripe.com/9B69ATgr0c3RemJdyTe3e01

🏷️ Stok Ramadhan adalah terhad — digalakkan tempah awal bagi mengelakkan kehabisan stok — sesuai untuk berbuka puasa, hadiah, dan ingatan kepada keluarga dan kawan-kawan.

🕊️ INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN 🕊️KEMBALINYA KE RAHMATULLAHAL FADHIL USTAZ HAJI JAMALUDIN BIN MURADBekas Mutawwif ...
31/01/2026

🕊️ INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN 🕊️

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH
AL FADHIL USTAZ HAJI JAMALUDIN BIN MURAD
Bekas Mutawwif EMRAZ Travel & Tours

Dengan penuh rasa dukacita dan reda, kami mengucapkan takziah atas pemergian insan yang amat kami kasihi dan hormati.

Beliau bukan sekadar seorang mutawwif, tetapi seorang pendidik, pembimbing rohani dan sahabat perjalanan yang telah membawa ramai jiwa mengenal makna sebenar ziarah ke Tanah Suci.

Setiap langkah beliau di Makkah dan Madinah,
setiap doa yang dibisikkan,
setiap nasihat yang dititipkan —
menjadi amal jariah yang insya-Allah mengalir tanpa henti.

Hari ini kami kehilangan seorang guru,
namun syurga telah menerima seorang hamba pilihan.

“Ya Allah, ampunilah dosanya,
luaskan kuburnya,
terangilah perjalanannya,
dan tempatkanlah beliau bersama para solihin.”

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasanmu, wahai guru.

Al-Fatihah 🤍






KENYATAAN MEDIAPenjelasan Berkenaan Pendakwaan Seksyen 403 Kanun Keseksaan Terhadap Pengarah Syarikat EMRAZ[Putrajaya, 1...
18/07/2025

KENYATAAN MEDIA

Penjelasan Berkenaan Pendakwaan Seksyen 403 Kanun Keseksaan Terhadap Pengarah Syarikat EMRAZ

[Putrajaya, 18 Julai 2025] — Saya ingin menzahirkan kekecewaan yang amat mendalam terhadap laporan media baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah saya telah melakukan pecah amanah dalam kapasiti saya sebagai Pengarah syarikat EMRAZ Travel & Tours. Laporan berat sebelah dan tidak lengkap ini telah menyebabkan kekeliruan awam dan menjejaskan reputasi saya secara peribadi serta perniagaan yang saya bina selama lebih 10 tahun.

Saya percaya bahawa tindakan ini bukanlah suatu kebetulan, sebaliknya merupakan satu siri usaha sistematik oleh pihak tertentu untuk meneruskan agenda jahat ‘character assassination’ ke atas saya, dengan matlamat untuk menjatuhkan syarikat kami yang telah memberikan perkhidmatan kepada ribuan rakyat Malaysia. Ini merupakan satu tindakan yang tidak beretika dan sangat mendukacitakan.



Kes Ini Adalah Tuntutan Hutang, Bukan Jenayah

Setelah saya mendapatkan nasihat daripada beberapa orang peguam kanan yang telah meneliti laporan polis dan dokumen sokongan berkaitan kes yang melibatkan EMRAZ, kesimp**an yang jelas telah diperoleh: isu yang dibangkitkan merupakan pertikaian sivil berkaitan tuntutan hutang, dan bukannya suatu perbuatan jenayah.

Sekiranya terdapat pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap prestasi kontrak atau bayaran yang telah dibuat kepada syarikat, saluran penyelesaian yang wajar adalah melalui mahkamah sivil, dan bukannya menggunakan peruntukan undang-undang jenayah seperti Seksyen 403 Kanun Keseksaan secara salah.



Semua Bayaran Masuk ke Akaun Syarikat, Bukan Peribadi

Untuk rekod, semua pembayaran oleh pelanggan EMRAZ dibuat terus ke dalam akaun rasmi syarikat EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd, bukan ke akaun peribadi saya atau mana-mana pengarah lain. Ini boleh dibuktikan melalui rekod bank, resit rasmi, dan audit syarikat.

Sebagai syarikat yang dikategorikan sebagai Large SME dengan lebih 200 kakitangan serta struktur organisasi profesional merangkumi Jabatan Jualan, Pemasaran, Kewangan, Operasi dan lain-lain — adalah tidak masuk akal dan sangat mengelirukan untuk mendakwa bahawa seorang pengarah secara peribadi mengutip atau menyalahgunakan wang pelanggan. Pengurusan kewangan adalah di bawah bidang kuasa jabatan yang diasingkan dan diaudit secara berkala.



Laporan Polis Palsu: Implikasi Undang-Undang Kepada Pengadu

Saya juga telah menerima pandangan undang-undang bahawa beberapa laporan polis yang dibuat terhadap saya berkemungkinan besar bersifat palsu, berniat jahat dan penuh dengan manip**asi fakta. Laporan-laporan tersebut dibuat dengan niat untuk mengaitkan saya secara peribadi dalam urus niaga syarikat, tanpa mengambil kira fakta sebenar bahawa kesemua transaksi melibatkan akaun syarikat dan prosedur dalaman yang telah ditetapkan.

Sekiranya pendakwaan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan ini gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, maka pihak pengadu akan terdedah kepada implikasi undang-undang yang serius, termasuk:

1. Tindakan balas sivil (counterclaim) atas kerugian yang saya alami dari segi reputasi, tekanan emosi, dan kerosakan perniagaan;

2. Saman fitnah (defamation suit) jika didapati pengadu membuat kenyataan palsu kepada pihak polis atau media dengan niat menjatuhkan maruah saya;

3. Laporan polis terhadap pengadu atas kesalahan membuat laporan palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan (melaporkan maklumat palsu kepada penjawat awam);

4. Potensi tindakan gangguan litigasi (malicious prosecution) sekiranya dapat dibuktikan motif jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang.

Saya dan pas**an guaman sedang meneliti semua pilihan undang-undang ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan balas sewajarnya demi membersihkan nama saya dan mempertahankan maruah keluarga serta syarikat.

————-

Penutup

Saya percaya kepada kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan. Namun saya juga percaya bahawa sistem perundangan tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan membalas dendam peribadi atau menjatuhkan maruah seseorang secara salah. Saya menyeru semua pihak agar berhati-hati dalam menilai sebarang dakwaan, dan tidak terpengaruh dengan naratif berat sebelah yang dimainkan oleh pihak berkepentingan.

Saya dan pas**an guaman akan mengambil semua langkah yang wajar bagi membersihkan nama saya dan memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.

Zulkarnain Endut
Pengarah Eksekutif
EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

07/06/2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRISemoga hari yang mulia ini membawa keberkatan kepada kita semua. Seperti yang diterangkan da...
30/03/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan kepada kita semua. Seperti yang diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap pahala, maka dosa-dosanya yang lalu diampuni” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Marilah kita menyambut hari kemenangan, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang telah meninggalkan kita, dengan rasa syukur atas pengampunan dan rahmat Allah. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk memperbaiki diri, saling memaafkan, dan mempererat ukhuwah.

Maaf zahir dan batin.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446H
01/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446H

ASSALAMUALAIKUM WBT“Selamat Ulang Tahun Ke-10 Buat EMRAZ”ALHAMDULILLAH. Hari ini, 23 Januari 2025, genap 10 tahun EMRAZ ...
23/01/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT

“Selamat Ulang Tahun Ke-10 Buat EMRAZ”

ALHAMDULILLAH.

Hari ini, 23 Januari 2025, genap 10 tahun EMRAZ berada di industri Pelancongan, Umrah dan Haji di Malaysia. Saya telah sediakan satu sorotan pencapaian naik turun selama 1 dekad ini untuk tatapan bersama. Saya sediakan artikel sorotan ini juga bagi menjawab tuduhan yang cuba mengaitkan EMRAZ dengan Scam dan penipuan. Saya ingin maklumkan EMRAZ telah beroperasi sejak 2015 dan berjaya menerbangkan Jemaah lebih 50,000 orang sejak 2017 tanpa gagal. Namun, EMRAZ cuma terpilih untuk berdepan ujianNya yang mana tika itu semuanya berlaku terlalu cepat, dan merobohkan hampir semua apa yang selama ini di bina.

Dengan slogan baru EMRAZ iaitu “MEMACU ASPIRASI, MEREALISASI IMPIAN", saya akan letakkan agenda menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku ini sebagai PRIORITY UTAMA. Sedikit pun tak berubah. Dan masih usaha yang terbaik untuk selesaikannya. Saya mohon jemaah yang terpalit dengan isu yang berlaku untuk sentiasa sabar dan bersama saya menyelesaikan masalah ini. Saya tak berganjak dari agenda utama ini untuk selesaikan semuanya.

Bagi mereka yang baru ikuti EMRAZ, bawah ini saya kongsikan sorotan pencapaian sedekad EMRAZ.

EMRAZ: SOROTAN PENCAPAIAN SEDEKAD (2015-2025)

Perjalanan sedekad EMRAZ dari tahun 2015 hingga 2025 adalah sebuah kisah penuh inspirasi tentang usaha, visi, dan ketahanan dalam industri pelancongan dan umrah yang mencabar. Bermula sebagai perniagaan kecil, EMRAZ berjaya melakar nama sebagai salah satu agensi pelancongan dan pengendali umrah antara yang terbaik di Malaysia. Berikut adalah kronologi perjalanan EMRAZ sepanjang sedekad ini:

#2015: PERMULAAN YANG SEDERHANA

Tanggal 23 Januari 2015 menjadi tahun bermulanya ekspedisi perjalanan EMRAZ dalam industri pelancongan, umrah dan haji. Bermula dengan industri kereta sewa dimana fokus perkhidmatan adalah di sekitar KLIA dan Putrajaya. Meskipun bermula kecil, EMRAZ mula menyusun satu pelan untuk memberikan perkhidmatan dalam industri Umrah dan Haji di Malaysia.

#2016: MENYEDIAKAN SERVIS SOKONGAN KEPADA JEMAAH UMRAH

Dengan matlamat melatih kakitangan memberikan khidmat dalam industri Umrah dan haji, EMRAZ memperkenalkan servis persediaan pra-umrah melibatkan kursus umrah dan servis penghantaran jemaah umrah dari rumah mereka ke lapangan terbang. Ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pelanggan, malah membantu EMRAZ membina kepercayaan dalam kalangan bakal jemaah.

#2017: FOKUS KEPADA LATIHAN DAN UMRAH IKON BERMODUL

Tahun 2017 ini, syarikat mewujudkan EMRAZ Training Center yang fokus kepada latihan Umrah dan Haji. Pada tahun ini, EMRAZ memperkenalkan Daurah Manasik, sebuah program latihan Umrah dan Haji. Program ini dilakukan bersama agensi umrah lain untuk memberi panduan lengkap kepada jemaah mengenai manasik umrah. EMRAZ mula menghantar jemaah umrah melalui agensi umrah berlesen lain yang menjadi rakan kerjasama dimana pegawai-pegawai syarikat kami adalah ikon kepada Umrah Bermodul tersebut.

#2018: MEMPERKENALKAN PAKEJ UMRAH JARAK DEKAT

Tahun 2018 merupakan tahun penting bagi EMRAZ apabila syarikat mula memperkenalkan branding baharu. Dengan tagline kreatif “Pakej Umrah Safwah, 50 Meter 5 Bintang”, EMRAZ menarik perhatian ramai dan mencipta trend baharu di Malaysia. Pelbagai sijil, dan keahlian diperolehi, menandakan langkah maju syarikat ini dalam industri.

#2019: LONJAKAN BILANGAN JEMAAH

Pakej umrah EMRAZ mendapat sambutan luar biasa pada tahun 2019 dengan peningkatan jumlah jemaah kepada 13,000 orang selepas syarikat dianugerahkan Lesen Khas Umrah (LKU). Untuk menyokong operasi yang semakin berkembang, EMRAZ mula menandatangani perjanjian pajakan hotel di Tanah Suci, termasuk di bangunan Safwah yang terkenal dengan lokasinya yang strategik.

#2020: CABARAN PANDEMIK COVID-19

Tahun 2020 membawa cabaran besar apabila pandemik melanda dunia. Penutupan sempadan dan sekatan perjalanan memaksa EMRAZ mengubah strategi perniagaan. Dalam usaha untuk bertahan, syarikat memperkenalkan produk baharu seperti jualan kurma Sukkari, pakej aqiqah dan korban, produk makanan ringan jenama Zayyan Chocotub, serta menerbitkan buku Sejarah Klasik Tok Pulau Manis. Ini membuktikan daya tahan dan kreativiti EMRAZ dalam menghadapi cabaran.

#2021: KEBANGKITAN SELEPAS PANDEMIK

Pada Oktober 2021, EMRAZ menjadi agensi umrah pertama yang berjaya menerbangkan jemaah ke Tanah Suci selepas pandemik. Usaha ini mendapat liputan meluas media massa, dan dalam tempoh singkat, 13,000 jemaah telah diterbangkan untuk Umrah SOP. Kebangkitan ini menunjukkan kekuatan EMRAZ dalam menghadapi krisis dan kembali bangkit.

#2022: PENGKITIRAFAN DAN ANUGERAH ATAS PRESTASI CEMERLANG MUSIM UMRAH 1443H

Tahun 2022 menyaksikan pelbagai pengiktirafan diberikan kepada EMRAZ atas kejayaan Umrah SOP dan perkhidmatan berkualiti untuk musim Umrah 1443H. Antara anugerah yang diterima termasuk Malaysia Tourism Industry Award 2022, Golden Bull Award 2022, dan Anugerah Usahawan MARA (finalis kategori Cekal Cabaran). Pada akhir tahun ini juga, EMRAZ memperoleh Lesen Pengelola Jemaah Haji, membuka lembaran baharu dalam perkhidmatan haji.

#2023: CABARAN KRISIS TIKET UMRAH

Industri umrah mengalami krisis besar pasca pandemik selepas berakhir Akta Covid-19 dimana pada akhir tahun 2022 dan awal tahun 2023 telah berlaku ketidakstabilan ‘supply chain’ akibat isu kekurangan tiket penerbangan (air capacity) dan bilik penginapan (hotel capacity) pasca-pandemik. Kos telah meningkat hampir 2 kali ganda. Situasi ini mencetuskan ketidakpuasan dalam kalangan jemaah yang gagal berlepas ke Tanah Suci. EMRAZ tidak terkecuali daripada terpalit dalam isu ini dan terpaksa berhadapan dengan desakan pelanggan serta tindakan kawal selia pihak berwajib.

#2024: PEMULIHAN STRATEGIK

Untuk memulihkan imej dan mengukuhkan kedudukan dalam industri, EMRAZ melancarkan Pelan Strategik Masa Hadapan 2025-2030. Fokus utama adalah menyelesaikan isu jemaah terkandas, menembusi pasaran antarabangsa dan mengukuhkan sistem operasi syarikat. Tahun ini menjadi titik permulaan untuk EMRAZ bangkit semula dengan strategi yang lebih tersusun dan strategik. Perbincangan demi perbincangan dibuat untuk menyiapkan Pelan Strategik EMRAZ 2015-2030.

#2025: SEDEKAD KEJAYAAN DAN ASPIRASI BARU

Pada ulang tahun ke-10 ini, EMRAZ melancarkan slogan baharu “Memacu Aspirasi, Merealisasi Impian” sebagai simbol visi masa hadapan. Pelan Strategik 2025-2030 yang diumumkan pada tahun ini bertujuan untuk menyelesaikan isu jemaah terkandas dan kembali menjadikan EMRAZ sebagai sebuah agensi pelancongan bertaraf global menjelang tahun 2030. Dengan pengalaman sedekad, EMRAZ kini bersedia untuk mencapai aspirasi baharu dan terus memberi khidmat terbaik kepada pelanggan di seluruh dunia.

Kesimp**an

Dalam tempoh 10 tahun, EMRAZ telah membuktikan bahawa kejayaan memerlukan visi yang jelas, usaha yang berterusan, dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran. Dari perkhidmatan kereta sewa sehingga menjadi salah satu agensi pelancongan dan umrah terkemuka, EMRAZ terus menjadi inspirasi kepada banyak pihak. Dengan pelan strategik baharu, perjalanan EMRAZ tidak berakhir di sini tetapi bakal melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Semoga ada sinar untuk tahun-tahun mendatang.

Saya terkejut apabila mendapat tahu masih ada pihak yang cuba menabur fitnah kepada saya dan Emraz. Ada seorang kawan ya...
15/01/2025

Saya terkejut apabila mendapat tahu masih ada pihak yang cuba menabur fitnah kepada saya dan Emraz. Ada seorang kawan yang kongsikan tentang suatu fitnah untuk mengaitkan saya dan Emraz dengan insiden lebih 300 jemaah dari sebuah agensi lain yang terkandas minggu ni. Saya ingin menafikan bahawa agensi umrah ini ada kaitan dengan Emraz.

Saya menafikan segala tuduhan jahat ini. Berhenti buat untung dengan cara memfitnah. Emraz tiada kaitan dengan travel agensi yang heboh tentang masalah jemaah terkandas baru-baru ini. Langsung tiada kaitan dan saya tidak pernah kenal pun siapa pemilik syarikat terbabit.

Saya masih di sini berbekal baki semangat yang ada melayan setiap pertuduhan ke atas saya dalam masa yang sama sedang berusaha keras untuk kembalikan segala hak-hak tuan puan yang tergantung dengan Emraz.

Beberapa pelan pemulihan sedang berjalan, ianya tak mudah. Tak mudah. Namun pelan pemulihan tetap berjalan untuk terbangkan semula jemaah dan refund semula buat semua yang terkait.

Saya tak bermain bahasa, saya betul-betul maksudkan semua ini. Tuan puan jangan risau, segala list nama ada pada saya. Tidak pernah hilang.

Doakan saya dapat p**angkan semula hak tuan puan dan dapat terbangkan semula buat mereka yang masih percayakan saya.

Tuan puan, Emraz akan bangkit semula. Saya percaya. Bukan untuk buat untung, tapi untuk selesaikan semuanya demi akhirat saya. Doakan saya kekal kuat mengharung ujian yang Tuhan izinkan berlaku atas saya ini. Saya tak pernah lari, hari-hari saya merancang dan menggerakkan proses pemulihan walaupun saya tinggal keseorangan. Tidak berkump**an seperti dulu lagi. Saya masih ada di sini. Saya sedang menggunakan masa semaksima mungkin.

Waspadalah terhadap hasutan-hasutan pihak yang sedang cuba mengeruhkan lagi keadaan. Pihak-pihak yang sangat takut Emraz pulih, yang benar-benar hendak gagalkan usaha Emraz selesaikan masalah jemaah-jemaah yang terkait dan begitu teliti dalam memastikan Emraz terus 'hilang' dalam arena ini. Mereka betul bencikan usaha pemulihan ini, dan sedang cuba gagalkan sehabis daya mereka dengan cara-cara menghasut.

Tak susah pun nak gagalkan semua projek pemulihan ini, mereka kena pastikan saya hilang daya saja dan pastikan projek menghasut dan fitnah ini berjaya supaya semua orang hilang percaya dan semakin benci pada saya dan akhirnya ambil langkah-langkah menekan sehingga saya tidak mampu lagi bergerak. Bila tiada penerbangan semula dan refund, maka berjayalah modus operandi mereka ini, sedikitpun mereka tidak peduli dengan nasib semua yang terpalit jika pemulihan ini gagal.

Mereka merancang, Allah juga merancang.

Saya kekal di sini, berusaha sehabis baik dan serahkan segalanya pada Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah SWT.

Semoga ada berita baik tahun 2025 ini buat semua yang terkait dengan permasalahan bersama Emraz. Maaf untuk kelewatan merespon setiap message tuan puan.

AHLAN WA SAHLAN 1 REJAB.اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ.“Ya Allah, berkatilah kami...
01/01/2025

AHLAN WA SAHLAN 1 REJAB.
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ.
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Amin Ya Rabb.🤲🏻
Selamat Tahun Baru 2025

Sedikit peringatan buat semua jemaah yang terpalit dengan kes Emraz. Sekadar peringatan supaya tak termasuk ke peringkap...
22/12/2024

Sedikit peringatan buat semua jemaah yang terpalit dengan kes Emraz. Sekadar peringatan supaya tak termasuk ke peringkap pihak ketiga yang cuba buat duit melalui permasalahan yang sedang berlaku.

Dalam tempoh setahun ini, saya dapat banyak messenger dan whatsapp mengenai 'offer-offer' menarik dari pihak ketiga ala-ala Penyelesai Masalah. Yang datang kepada jemaah-jemaah yang terpalit dengan masalah Emraz ini.

Mereka datang dan offer untuk jadi orang tengah supaya boleh dapatkan kembali hak tuan-tuan dan puan-puan dengan syarat, perlu bayarkan beberapa amaun kepada mereka dahulu, dan hasil mereka dapat nanti, 30% - 50% perlu lah di serahkan kepada mereka sebagai komisen mereka buat kerja. Dan kalau tak berjaya p**a, deposit duit bergerak yang tuan puan serah kepada mereka di anggap hangus. Mereka akan convince seorang dua mangsa dan berikan harapan yang menarik.

Kemudian sorang dua yang sudah mula percaya ni akan bawa lagi ramai-ramai untuk letak deposit pada mereka mengharapkan hak mereka kembali dapat. Padahal orang ketiga tidak akan mampu lakukan apa-apapun. Bayangkan, seorang mereka minta RM300. Jika 100 orang yang letak, mereka sudah kumpul RM30,000 macam gitu saja.

Modus Operandi ini biasa akan berlaku di tengah-tengah permasalahan mana-mana tempat sekali pun. Termasuk akan bertebaran cerita yang mengarut-ngarut kononnya Emraz ini memang scammer, kami sudah terbangkan hampir 50,000 jemaah dan semuanya p**ang dengan pengalaman yang sangat baik. Dimana scammernya? Kononnya founder Emraz sudah lari ke Indonesia dan pelbagai cerita mengarut akan di bawa oleh sekump**an penipu ini. Hati-hati. Saya masih di sini, menyelesaikan segala permasalahan termasuk pertuduhan-pertuduhan yang segelintir buat untuk pastikan Emraz terus tenggelam dan tak mampu lagi selesaikan segala hak tuan puan.

Tuan-tuan dan puan-puan, seperti mana posting saya sebelum ini. Waimah Syarikat Emraz Gulung sekali pun(hampir ke arah itu selepas di tekan pelbagai pihak), tujuan saya jelas. Saya kekal dengan prinsip saya, demi Akhirat saya, saya tetap akan jelaskan segala yang tertunda ini. Berikan ruang. Dan semuanya sedang bergerak walaupun keadaan begitu s**ar. Saya tak pernah lari, sebelum ini saja saya berdiam diri lama kerana saya terkejut apa yang berlaku dengan Emraz. Pertama kali ujian datang sebegitu besar. Dan saya belajar dari setiap kejatuhan ini.

Saya nak terus pandang kehadapan, kesal dan kecewa berlebihan perihal perkara lepas takkan mampu ubah apa-apa, melayan tekanan di tekan oleh segala pihak juga takkan mampu p**angkan apa-apa pada ramai yang terpalit, melainkan saya terus mara dan buat sesuatu.

InshaAllah, Allah akan mudahkan usaha berat ini. Tuan-puan jangan risau, semuanya dalam proses pemulihan. Tiada istilah 'Hangus' selagi saya bernyawa dan tidak di ikat tangan dan kaki oleh sekelompok yang cukup takut jika saya naik semula. Dan sanggup berhabis ratus ribu mahupun juta asalkan Emraz Travel & Tours betul-betul di benci dan terpadam. Beri saya ruang.

Sekali lagi saya ingatkan, Hati-hati dengan offer dari pihak ketiga, tidak kira apa yang mereka 'jual', jangan terpedaya. Waimah mereka pakai nama Ayahanda mana-mana pertubuhan sekali pun, jika melibatkan deposit, jangan terpedaya, jangan rugi lagi. Dan jangan sesekali termasuk dalam cerita-cerita mengarut yang dimomokkan segelintir orang. Tuan puan, Yang hak akan berdiri, sedang yang bathil akan hancur lebur.

Semoga Allah mudahkan dan berikan kekuatan untuk saya kendong amanah berat ini demi akhirat saya.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

MAJLIS TAUTAN KASIH EMRAZ BERSAMA BEKAS PEGAWAI PEMASARAN UMRAHBaru-baru ni saya ambil satu lagi inisiatif untuk berdepa...
16/12/2024

MAJLIS TAUTAN KASIH EMRAZ BERSAMA BEKAS PEGAWAI PEMASARAN UMRAH

Baru-baru ni saya ambil satu lagi inisiatif untuk berdepan dan jelaskan semuanya yang selama ini tertutup rapat. Saya jumpa 'sahabat-sahabat' ini untuk sesi soal jawab menerangkan apa yang telah berlaku dan bentangkan beberapa plan pemulihan bagi menyelesaikan segala masalah yang terpalit.

Saya konsisten menyelesaikan segala masalah, dalam masa yang sama, memerlukan ruang dan sokongan dari semua pihak.

Saya akur dengan tindakan yang sudah di ambil oleh segelintir yang mengharap saya di ambil tindakan, dalam masa yang sama, saya sangat terhutang budi pada sekump**an besar yang kekal setia tidak menekan saya dan percaya dengan janji saya untuk selesaikan masalah ini.

Sesi berdepan kali ini agak sentimental, bercampur-baur emosinya. Dan saya sangat terharu dengan kepercayaan dan dokongan yang diberikan oleh semua. Terima kasih kerana percayakan usaha saya ini dan tetap beri ruang pada saya untuk kembali dan selesaikan segalanya yang ter'tunda'.

Buat mereka yang bencikan saya, berilah saya ruang untuk lepaskan hak-hak semua dahulu yang terpalit dalam masalah yang terjadi ini. Jangan sekat usaha saya ini. Kasihani semua yang terpalit dengan masalah ini untuk mereka dapat dulu hak mereka. Ramai dalam kalangan jemaah ini bukan dari golongan yang berada. Setiap sen itu sangat berharga buat mereka. Janganlah di tekan saya sehabisnya kerana terlalu benci sehingga nasib semua yang sepatutnya mendapat hak mereka kembali ini terbantut, dek kerana saya di'ikat' sehingga langsung tidak boleh bergerak.

Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Teliti. Allah kasihkan saya, Allah kasihkan semua, dan Dia beri saya kenal rasa sakit dengan kehilangan dan kejatuhan, selepas dia beri pada saya nikmat yang banyak sebelum ini. Bersyukur dan redhakah atau melayan kecewa berlebihan.

Sangat banyak yang saya belajar dari kejatuhan ini. Benar-benar banyak. Alhamdulillah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Al Baqarah : 286

Semoga perancangan kali ini mendapat redha Al-Khaliq.

Assalamualaikum WBT.Takdir Allah melebihi segalanya. Apa yang berlaku pada EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd , buat saya term...
06/12/2024

Assalamualaikum WBT.

Takdir Allah melebihi segalanya. Apa yang berlaku pada EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd , buat saya termenung panjang. Sebegitu hebat ujian Tuhan buat hambaNya yang lemah. Saya hampir setiap hari akan membelek-belek gambar lama kejayaan Emraz dalam membawa jemaah-jemaah ke bumi Makkah Al Mukarramah.

50,000 jemaah Emraz sudah terbangkan, dan setiap senyuman, kepuasan semua jemaah sangatlah saya rindukan. Menitis air mata saya bila terkenang balik semuanya. Adalah tu Allah SWT nak ingatkan saya sesuatu. Allah cubit sikit, nak tengok saya lepas ke tidak ujian.

Selama ini dia beri macam-macam kebaikan, tak kan lah baru bagi ujian kejatuhan beberapa tahun sudah mengalah? Tak kan lah baru kena kecam, baru kena gertak, baru kena rendah-rendahkan sudah nak sedih dan pilih untuk tidak mahu bangkit lagi? Tak kan lah dia baru uji hilang segalanya, saya kena bersedih keterlaluan padahal sebelum ni Dia berikan segalanya pada saya?

Saya percaya, Allah SWT benar-benar Maha Pengasih. Akan ada sinar pada penghujung jalan. Saya saja kena kuat semangat dan tetap melangkah untuk membeli semula kepercayaan semua. Untuk kembalikan hak tuan-tuan dan puan-puan yang terpalit dengan masalah perniagaan yang di alami Emraz sebelum ini.

Emraz bukan Scam. Emraz cuma syarikat melayu Islam yang pernah naik tinggi namun terpilih berdepan ujian. Dan syarikat yang paling digasak berlebihan sehingga segalanya di tarik. Terima kasih.

Insha Allah, setiap hari saya merangka pelan pemulihan. Saya sedang usaha mengumpulkan kembali tuan-tuan dan puan-puan semua untuk selesaikan semua ini, point utamanya tetap lah dana. Mahu tidak mahu, dengan cara berniaga semula saja dapat terbangkan semua dan p**angkan kembali apa yang hak tuan-tuan dan puan-puan ada pada kami. Mungkin ramai mengejek katanya saya sedang beli masa. Gelakkan usaha saya. Perlekeh usaha saya. Kata mereka saya cuma nak sedapkan hati mereka.

Sebenarnya saya tak beli masa, saya tak cuba untuk sedapkan hati siapa-siapa, saya memang ke arah apa yang saya maksudkan, cuma tunggu masa yang Allah izinkan segalanya berlaku sahaja. Saya memang di tahap paling rendah setakat ini. Alhamdulillah, saya lalui semuanya dengan berserah sepenuhnya pada Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Semoga Sinarnya terbit tahun 2025 ini.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu s**a kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah al-Baqarah, ayat 216

Terima kasih semua sahabat taulan, semua yang pernah bersama dengan Emraz yang tidak pernah lekang dari menyokong dan memberikan kepercayaan pada saya. Allah SWT saja dapat balas segala kebaikan kalian.

Datuk Dr Zulkarnain Endut

Address

D-G-3A, BLOCK D (GROUND FLOOR), AYER@8, Jalan P8G, PRESINT 8, , WILAYAH PERSEKUTUAN
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category