Jom Sabah

Jom Sabah Syemu-Syemu Holiday (Merealisasikan Percutian Impian Anda Ke Sabah, Land Below The Wind) Anda tentukan harga, kami sediakan segalanya untuk anda.

Menawarkan perkhidmatan pakej-pakej menarik, murah dan bajet untuk melancong ke Sabah. Memberi informasi-informasi tentang tempat-tempat menarik, hotel-hotel dan aktiviti-aktivi yang berlaku di Sabah. Memberikan kemudahan kepada anda untuk lebih mengenali segalanya tentang Sabah. Kami juga akan membimbing anda untuk memilih pakej melancong yang sesuai mengikut bajet dan citarasa yang anda mahukan.

Kami juga mahu berkongsi pendapat, tips-tips melancong, panduan serta gambar-gambar tentang Sabah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pengangkutan, penginapan dan lawatan ke tempat-tempat menarik di Sabah. Pakej yang menepati citarasa dan bajet anda. Melancong dengan harga yang berpatutan tetapi perkhidmatan yang terbaik. Marilah datang ke Sabah dan alami sendiri keajaiban dan keindahan flora dan fauna yang terkenal di serata dunia. Sesuatu yang tiada di tempat lain tetapi hanya di Sabah! Dengan pakej ini, melancong ke Sabah bukan impian semata-mata. Kini semua orang boleh melancong ke Sabah. Jadikan ianya sebagai salah satu memori yang tidak mungkin dapat dilupakan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

*Syemu-Syemu Holiday*

*Merealisasikan Percutian Impian Anda Ke Sabah, Land Below The Wind*

*Your Satisfaction Is Our Priority*

\\(^__^)//

09/12/2012

Maaf kepada semua di page ini, untuk makluman anda, partner saya yang membantu saya menguruskan pakej ini sedang bercuti sehingga bulan Januari. Oleh sebab demikian, saya terpaksa mengambil alih tugas beliau dalam menguruskan trip-trip lawatan yang banyak pada bulan November dan Disember ini.

Oleh sebab yang demikian, saya tidak dapat mahu online selalu untuk check quotation dan membalas email. Untuk makluman juga, saya tiada gajet yang canggih-canggih bagi memungkinkan saya dapat online selalu. Saya hanya dapat online menggunakan laptop dan broadband.

Untuk makluman semua juga, saya terpaksa ikut setiap trip bagi menjamin kelancaran dan menjaga keperluan klien saya sepanjang lawatan di Sabah ini. Saya amat mementingkan kepuasan bagi yang mengambil pakej dengan saya. Disebabkan itu juga saya tidak dapat online dengan kerap pada waktu sekarang.

Bagi mengatasi masalah ini, saya sudah mengupah 2 orang pekerja. Seorang pekerja bagi menguruskan quotation dan seorang lagi bagi menguruskan page ini.

Saya faham anda menantikan quotation bagi lawatan anda, saya memohon beribu kemaafan di atas kelewatan. Sebarang kesulitan amat saya kesali. Saya akan memperbaiki sebarang kekurangan dan masalah yang berlaku.

Di harapkan penjelasan ini dapat menjernihkan lagi kesulitan anda. Sebarang pertanyaan lanjut boleh maklumkan kepada saya di talian di bawah ini :

013896076 (celcom), 0142812619 (maxis)

Yang berkhidmat,

Mohamad Azrul Hafiz

09/12/2012

Salam,

Dengan ini saya mengumumkan pemenang 'Our Sweet Memory' Photo Contest.

Pemenang tempat Pertama :

Peserta Ke-99.
Nama penuh : Muhammad Halimi Bin Zamri
Tajuk gambar : Once upon a time
Facebook : https://www.facebook.com/Hallimmi

Pemenang tempat Ke-2 :

Peserta Ke-105.
Nama penuh : Ahmad Faqimi Mohd Fauzi
Tajuk gambar : Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.
Facebook : www.Facebook.com/FaqimiFauzi

Pemenang Saguhati :

1. Peserta Ke-70.
Nama penuh : Norhafizah Hassim
Tajuk gambar : Best Friends Forever
Facebook : http://www.facebook.com/izzahhassim

2. Peserta Ke-28.
Nama penuh : Nurul Syazwani Binti Mohd Shafie
Tajuk gambar : Kau dan Aku Di Bumi Kundasang ~ together 4 ever ~
Facebook : https://www.facebook.com/WaNiE86

3. Peserta Ke-91.
Nama Penuh : liong su vun
Tajuk Gambar : And my dearest kids to travel together, is the happiest thin
Facebook : https://www.facebook.com/vun.su.5

4. Peserta Ke-50.
Nama penuh : Bonnyface dangku
Tajuk gambar : Sunset
Facebook : https://www.facebook.com/bonnyfacestephen.mathew

5. Peserta Ke-100.
Nama penuh : suharyani bt supriady
Tajuk gambar : MY LITTLE HAPPY FAMILY
Facebook : http://www.facebook.com/yaniesweet

Untuk pemenang hadiah istimewa akan diumumkan tidak lama lagi. Kami masih memilih gambar yang paling menarik dan mengikut tema yang telah diberikan.

Tahniah di ucapkan kepada anda. Semoga kemenangan ini akan diberkati dan memberi makna kepada anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian ini :

1. 0138976076 (celcom)
2. 0142812619 (maxis)

Yang Berkhidmat,

Mohamad Azrul Hafiz B. Misran
Admin Jom Sabah dan pengasas Syemu-Syemu Holiday

Sebagai menghargai sokongan anda semua, Syemu-Syemu Holiday menganjurkan'Our Sweet Memory' Photo Contest khas untuk anda...
12/11/2012

Sebagai menghargai sokongan anda semua, Syemu-Syemu Holiday menganjurkan
'Our Sweet Memory' Photo Contest khas untuk anda! (^^,)

Ini adalah kedudukan terkini untuk Top Fans page Jom Sabah. Hari ini 31hb sudah. Bermakna masa untuk saya mencari pemena...
31/10/2012

Ini adalah kedudukan terkini untuk Top Fans page Jom Sabah. Hari ini 31hb sudah. Bermakna masa untuk saya mencari pemenang bagi bulan Oktober adalah sangat dekat. Stay tune~ (^^,)

31/10/2012

upload lagi 7 gambar ke dalam album photo contest. (^^,)

Trip daripada pelajar-pelajar UMS Kampus Labuan seramai 9 orang pada 26.09.2012-29.09.2012.. (^^,)
31/10/2012

Trip daripada pelajar-pelajar UMS Kampus Labuan seramai 9 orang pada 26.09.2012-29.09.2012.. (^^,)

Ada yang mempersoalkan saya edit setting ini kepada public, ini adalah buktinya. Ini adalah gambar saya selagai admin pa...
31/10/2012

Ada yang mempersoalkan saya edit setting ini kepada public, ini adalah buktinya. Ini adalah gambar saya selagai admin page Jom Sabah berchatting dengan klien saya yang belajar di luar negara. Dia pada mulanya memang tidak dapat melihat page ini kerana saya hanya membenarkan orang dari Malaysia untuk melihatnya. Sebab saya membuat begini adalah kerana target market saya adalah untuk orang Malaysia sahaja buat masa sekarang. Tetapi apabila berlakunya perkara seperti ini, saya terpaksa juga mengubah setting itu semula.

Memang tidak dinafikan, ada pro dan kontra tindakan sedemikian. Mungkin dengan mngubah setting ini kepada umum, ianya akan menyebabkan penggunaan software 'autolike' dapat digunakan dengan lebih mudah bagi contest-contest yang memerlukan 'like' termasuk juga contest yang saya anjurkan.

Saya tiada bukti untuk menuduh mereka yang menyertai contest tersebut menggunakan software 'autolike'. Kerana ianya hanya boleh dibuktikan dengan pengakuan mereka sendiri. 'Like' banyak yang diperolehi tidak semestinya datang daripada software 'autolike'. Mungkin juga mereka benar-benar promosikan kepada rakan-rakan dan rakan-rakan mereka membantunya. Saya selaku admin contest ini hanyalah boleh bertanya kepada mereka jika berlaku keraguan dalam contest tersebut.

Dengan jawapan yang diberikan, Alhamdulillah, setakat ini belum ada yang menggunakan 'autolike'. Cuma nasihat saya di sini, contest ini adalah untuk memeriahkan page ini. Memang saya akui ramai yang ingin menang. Harus diingatkan, matlamat tidak menghalalkan cara. Jika ada yang memenangi dengan cara yang tipu, biarlah tuhan yang mengadili mereka nanti. Mungkin mereka akan memenangi hadiah tersebut, tapi tidak dengan keberkatan kerana menipu.

Saya selaku admin cuba sedaya upaya untuk berlaku adil kepada semua orang. Saya menganjurkan contest ini bukan untuk menimbulkan sebarang pertelingkahan atau gejala yang tidak sihat. Jika ada yang menipu, biarkan mereka. Jika ada bukti mereka salah, kita akan cegah. Saya memohon maaf seandainya ada yang terasa hati dengan post ini. Saya cuba untuk memperbetulkan keadaan. Saya juga adalah manusia biasa seperti u'ols.

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada yang menyokong saya selama ini. Dengan sokongan anda semualah yang membuatkan saya berusaha untuk lebih maju dan berjaya di masa hadapan. Saya mohon maaf jika ada terlanjur kata, tersalah bicara. Yang buruk itu dari saya, yang indah itu daripadaNya.

Yang berkhidmat,

Mohamad Azrul Hafiz
-admin page Jom Sabah-

28/10/2012

Apa yang saya lihat, kebanyakkan travel agent hanya mementingkan kuantiti daripada kualiti. Mereka akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak pelanggan yang boleh untuk menjana lebih pendapatan.

Mereka lebih kepada konsep 'asalkan kerja selesai, jadilah.' Mereka tidak mahu membina hubungan dengan pelanggan mereka. Mereka lebih suuka hubungan diantara 'pelanggan dan syarikat' berbanding 'hubungan diantara 'rakan dan rakan'.

Tetapi realitinya, dengan kualiti yang lebih itulah yang akan menjamin lebih keuntungan. Membina hubungan 'rakan' dengan pelanggan itu adalah lebih baik. Kita akan lebih mengenali dengan lebih dekat dengan pelanggan kita. Mengetahui kekurangan perkhidmtan kita seterusnya memperbaikinya di masa hadapan. Dengan kualiti yang bagus, sudah tentu perkhidmatan kita akan menjadi bualan orang dan sebaliknya.

InsyaAllah, Syemu-Syemu Holiday menganggap setiap pelanggan yang mengambil perkhidmatan kami sebagai 'rakan' kami juga. Dengan sokongan andalah kami akan berusaha untuk terus maju di dalam industri ini dan memberi perkhidmatan yang lebih baik di masa hadapan.

Segala pujian itu kami jadikan sebagai pendorong dan motivasi, segala kelemahan itu kami jadikan sebagai pelajaran untuk memperbaiki lagi kekurangan kami.

Tenkiu u'ols~~ \\(^__^)//

28/10/2012

Done~! hehe..Syemu2 sudah upload lagi 10 gambar ke dalam album photo contest. (^^,)

Address

Kundasang, Kota Kinabalu Sabah
Ranau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom Sabah:

Share

Category