25/07/2019
(Ini bagi yang berminat aktiviti p**au di Semporna)
Travel fact to Sabah :
1. Korang tak perlukan passport untuk ke Sabah TAPI kita (Semenanjung people)tak boleh overstay melebihi 90 hari. Nanti kena soal!
2. Kalau motif korang ke Sabah untuk explore p**au-p**au Sabah seperti Mabul, Mataking & lain-lain, AIRPORT yang korang patut turun adalah Tawau, BUKAN Kota Kinabalu okay. Jika ke Kundasang, Ya, turun Kota Kinabalu. Tapi p**au Sabah, bukan. Sebab apa? Pulau yang kami sebut tu semua terletak di perairan Semporna, iaitu airport paling dekat adalah TAWAU. Salah airport naya lah! Perjalanan dari KK ke Tawau by road lebih kurang 11-12 jam. Sangat jauh!
Tak berbaloi dek masa dan penatnya.
3. Jeti umum untuk ke Pulau Mabul adalah Semporna. Dari airport Tawau untuk ke Semporna ambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung pada trafik dan tahap kelajuan kenderaan korang. Kalau driver korang level Fast & Furious, kurang dari sejam mau dah sampai. Haha.
4. Kalau korang menginap di Pulau Mabul, tolonglah bawa extra cash. Sebab dekat Mabul ada FRESH SEAFOOD baru tangkap, dan boleh buat tawar menawar lagi dengan Bajau Laut yang menjual. Sumpah fresh dan sedap! Balik semenanjung sila la ke klinik kot2 ada tanda nak kena gout. Hihi
5. Cucuk siap2 duit di ATM airport. Ini serious tau, bukan sandiwara atau buat kalut. Bukan apa, dekat pekan Semporna tu selain KFC jadi tumpuan orang beratur2, bank pun tak kurang famous dia. Beratur panjang sampai ke luar semata nak keluarkan duit! Lama tunggu turn!
6. Dekat Mabul, korang boleh beli fresh seafood dengan bajau laut dan upah restaurant chalet korang duduk untuk masak kan. Murah je upah, dalam RM10-RM20 macam tu.
7. Masuk p**au, benda paling WAJIB adalah DRY BAGS. Letak segala barang peribadi yang penting dalam tu terutama phones dan wallet. Arus air di laut tak menentu, kalau berombak habis merecik basah tau. Kalau basah, dah tak sempat nak snap gambar cantik untuk kenangan. Rugi!
8. Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul lebih kurang sejam by speedboat. Sakit juga tulang pinggul sementara nak sampai. Tapi view laut tu confirm buat korang terkesima, tahu-tahu je, eh dah sampai!
9. Kalau singgah di p**au Maiga, wajib cuba air kelapa fresh dari pokok! Sumpah manis dan menyegarkan. Sebiji dalam RM2 je, murahkan? *tengok gambar kalau tak percaya
10. Terakhir sekali, peluang untuk korang tengok penyu secara dekat sangat lah tinggi! Waktu malam, kalau korang lepak di anjung chalet sambil mengadap laut, sambil tengok bintang tiba-tiba eh ada benda hitam dalam air. Penyu lah tu! Penyu s**a datang dekat dengan cahaya bila malam.
Jadi, bila dah baca ni teringin tak nak ke Sabah? Kenapa nak melancong sampai ke Maldives sedanglan p**au-p**au Sabah view pun setanding Maldives. Hehe. Selamat merancang percutian anda!
Kredit :