
14/08/2025
Kenapa anda perlu berhati-hati untuk ambil pakej agensi yang tidak bernaung di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)? 🆘
Banyak dah kita dengar kes scam melibatkan wang client hilang hingga berjuta ringgit. Search je dekat sosmed. Scary betul.
Mungkin sebab mereka jual pakej murah kot?
Ya mungkin betul juga, since kita nak travel ni mestilah ada budget tertentu, lagi murah, lagi berbaloi, ye dak? Kenapa perlu spend lebih?
Tetapi anda tahu tak risikonya kalau anda ambil tour guide atau agensi yang tidak berlesen? Apa akibat dia?
1. Tiada Perlindungan Undang-Undang
Agensi berlesen MOTAC mematuhi undang-undang pelancongan Malaysia (Akta Agensi Pelancongan 1992).
Jika berlaku penipuan atau masalah (contoh: pakej tidak seperti dijanjikan), anda sukar membuat tuntutan mahkamah atau melalui Tribunal Tuntutan Pengguna.
2. Risiko Penipuan & Deposit Hilang
Agensi tidak berlesen mungkin mengambil wang deposit dan hilang begitu sahaja.
Tiada jaminan wang dikembalikan jika perjalanan dibatalkan.
3. Tiada Insurans atau Jaminan
MOTAC memastikan agensi berlesen mempunyai insurans liabiliti untuk pelanggan.
Tanpa lesen, tiada perlindungan jika berlaku kemalangan, kecederaan, atau kehilangan barang semasa pelancongan.
4. Kualiti Perkhidmatan Tidak Terjamin
Pengendali pelancongan tidak berlesen mungkin menawarkan harga murah tetapi servisnya tidak berbaloi (contoh: hotel tak seperti dijanjikan, pemandu pelancong tidak profesional). Tiada saluran aduan rasmi jika berlaku masalah.
5. Masalah Visa & Dokumen
Beberapa negara memerlukan pengesahan daripada agensi pelancongan berlesen untuk proses visa.
Jika agensi tidak sah, visa mungkin ditolak, menyebabkan perjalanan anda ternganggu, lagi stress.