07/06/2022
- Pesanan Imam al-Ghazali kepada Bakal-bakal Haji
Petikan dari buku MENYAHUT PANGGILAN BAITULLAH oleh Ustaz Shamsul Mohd Nor,
ms 302 - 303
1. Menggunakan harta perbelanjaan daripada sumber yang bersih dan halal sahaja.
2. Pemergiannya itu semata-mata untuk beribadat dan mengagungkan syiar
Allah سبحانه وتعالى
Maka jiwanya akan berasa tenteram dan mudah mengingati kebesaran Ilahi.
3. Tidak membantu musuh-musuh
Allah سبحانه وتعالى atau bersubahat dengan mereka yang hanya mencari keuntungan dan kemewahan hidup dunia semata-mata.
4. Baik hati, berlapang dada, murah hati, s**a membelanjakan wang ringgit lebih dari keperluan ke jalan Allah سبحانه وتعالى
serta s**a menolong orang-orang yang memerlukan bantuan dalam perjalanan ke Tanah Suci atau fakir miskin yang berada di sana. Setiap yang dibelanjakan dalam menyempurnakan ibadat hajinya itu, diumpamakan seperti membelanjakan hartanya ke jalan Allah سبحانه وتعالى
5. Menjaga akhlak dan budi pekerti dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela seperti bergaduh, bertengkar dengan melontarkan kata-kata kesat dan tidak sopan serta melakukan maksiat dan perkara-perkara fasik.
6. Memakai pakaian yang sederhana serta tidak menunjukkan diri dengan kekayaan seperti memakai pakaian yang mahal dan menggunakan perhiasan berlebih-lebihan.
7. Menyembelih korban pada hari raya, selain daripada sembelihan dam yang wajib bagi mereka yang meninggalkan perkara-perkara yang wajib atau mengerjakan perkara-perkara yang diharamkan ketika berihram haji atau umrah.
8. Setelah sempurna mengerjakan manasik haji, dia tidak dicemari oleh sesuatu kerja atau perbuatan yang boleh merosakkan ibadatnya itu pada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku.
9. Jiwanya sentiasa ceria dan cenderung kepada kebajikan serta bersifat pemurah pada membelanjakan hartanya ke jalan
Allah سبحانه وتعالى dan mendalami ilmu agama.
10. Tekun mengerjakan ibadat fardu dan ditambah dengan amalan-amalan sunat.
Orang Islam yang pergi ke Makkah dan Madinah akan mengerjakan tiga perkara, iaitu di Makkah mengerjakan ibadah haji dan umrah manakala di Madinah melakukan ziarah.
Jom Umrah www.wasap.my/601121838043