Rotana travel and tours sdn bhd

Rotana travel and tours sdn bhd 201801001916 (1263929-K)

21/03/2025
06/02/2024
Anda Pernah Bayangkan Tak Camna Rasanya Umrah Time musim sejuk?Banyak je tawaran kat luar sana tapi risau gak tak berbal...
10/11/2023

Anda Pernah Bayangkan Tak Camna Rasanya Umrah Time musim sejuk?
Banyak je tawaran kat luar sana tapi risau gak tak berbaloi atau lagi teruk kena skem..
Kami paham apa anda rasa dan fikir. So, kami dah siapkan pakej musim sejuk yg memang tiptop dan ramai sangat nanti-nantikan!
"Alhamdulillah..Servis terbaik..Mendengar segala masalah jemaah dan waris utk diselesaikan cara baik.." ~ Mohd Azam Md Nor
Bayangkan kejap, boleh umrah dengan penuh ketenangan hati sambil nikmati udara sejuk tanah suci sambil berdoa dihadapan kaabah dan beriktikaf di Masjidil Nabawi...Mesti rasa syahdu habis, kan?
Seat adalah terhad. Boleh terus tekan butang 'Get Offer' dibawah untuk lebih info & pendaftaran

www.wasap.my/60192266207/Umrahrahmah

MEMPERINDAH HATISesungguhnya *Allah menciptakan hati untuk senantiasa bersangka baik sesama manusia, dan untuk diperinda...
08/02/2023

MEMPERINDAH HATI

Sesungguhnya *Allah menciptakan hati untuk senantiasa bersangka baik sesama manusia, dan untuk diperindah p**a dengan akhlak dan tutur kata yang baik.*
Bukan untuk bersangka buruk terhadap manusia.

*Mulut dan mata diciptakan untuk memperbanyak berdzikir, memuji Allah dan bercerita tentang kebesaran Allah dan melihat keindahan ciptaan Allah, dan memandang kebaikan manusia.*

Dan ingatlah jagalah hati karena hati yang bernanah (busuk) akan merusakkan mata dan mulut.

Mungkin kita 'mulia' di pandangan manusia tetapi ingat kita takkan terlepas dari balasan Allah.

*"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik kepada sesama manusia."*

[Imam Syafi'i]

Ingatlah senantiasa latih hati agar bersangka baik terutama dengan Allah.

Latih hati agar senantiasa ingat Allah, yang memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.

*Latih hati agar selalu bergantung kepada Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia dan latih hati senantiasa bersyukur dengan nikmat dari Allah.*

Latih hati agar senantiasa memaafkan kekhilafan orang lain dan senantiasa memohon ampun dari Allah.

***

13/12/2022

Selamat pagi semua. Semoga hari ni membawa keceriaan, kebahagiaan, keberkatan dalam hidup anda. Jika ada dalam kalangan ni yang sedang menghadapi masalah, saya doakan Allah mudahkan urusan untuk selesaikan. Aamin

TAWAF SUNAT vs UMRAH SUNATMungkin sebahagian daripada kita beranggapan bahawa apabila berada di Mekah, harus memperbanya...
22/09/2022

TAWAF SUNAT vs UMRAH SUNAT

Mungkin sebahagian daripada kita beranggapan bahawa apabila berada di Mekah, harus memperbanyakkan amalan UMRAH SUNAT. Malah ada yang merasakan Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji.

** Sama-sama kita ambil pelajaran.**
KENAPA KITA KENA BANYAKKAN TAWAF SUNAT DI BAITULLAH BERBANDING UMRAH SUNAT.
Sebagai Tetamu Allah sewajarnya kita mendalami ilmu agama dengan tekun supaya kita arif mengenai hukum hakam dalam agama seterusnya memperbaiki segala kekurangan diri supaya menjadi insan yang lebih baik.

***Ibadah mana yang perlu diutamakan atau diberi KEUTAMAAN berbanding dengan ibadah yang lain. **
Jangan sampai amalan kita menjadi sia-sia lantaran jahil mengenai sesuatu hukum. Di sinilah perlu guru dan adab di dalam berguru. Sabar untuk mendalami ilmu agar kita dipandaikan.

Apabila berada di Mekah, ada di kalangan jemaah yang memperbanyakkan amalan UMRAH SUNAT.
Malah ada yang menganggap Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji. Sedangkan** tidak ada nas al-Quran, **hadis mahupun ijmak ulamak yang menyatakan sedemikian.

**Sebenarnya **amalan yang paling afdhal semasa di Tanah Haram ialah💓💓memperbanyakkan Tawaf Sunat dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat.

***MENGAPA 💓💓TAWAF SUNAT LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN AMALAN LAIN DI TANAH HARAM?**

Tawaf
itu adalah Sunatullah bukan sekadar sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah.

✨Bintang-bintang di langit, ⭐planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah.

Jika **semua makhluk Allah bertawaf** sebagai menunjukkan kepatuhan mereka beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat dan patuh kepada Allah yang Esa.

**Ibnu Abbas r.a **
mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini.
🌿60 rahmat untuk orang yang bertawaf,
🌿40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan
🌿20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.

**Anas bin Malik **
p**a mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda “2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.
Dua jenis tawaf itu adalah
1️⃣✅TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan
2️⃣✅TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.”
Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

**Ulama’ Besar Tanah Haram**, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh al-Mumti’, 7/407). Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali) dengan sekali perjalanan umrah.
Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) menghitung** umrah Nabi saw hanya 4 kali dalam sejarah** hidup baginda.
Setiap kali kunjungan ke Mekah, baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.
1. Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H
2. Umrah Qadhiyah tahun ke 7H
3. Umrah Ji’ranah tahun ke 8
4. Umrah terakhir pada Haji Wada’
Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah 💓💓perbanyakkan tawaf.

Dari surah **al-Baqarah: 2:125:** “Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”. Dalil Hadith: Barangsiapa yg **bertawaf rumah ini (Kaabah) **tujuh kali, laksana (pahala) membebaskan seorang hamba” (sahih An-Nasa’iy 2919).

**Ibnu Umar **
p**a menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah swt akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf?
Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa...Wallahualam

Berkongsi Ilmu Kerana Allah…




jahitan di kiswah kaabah
11/09/2022

jahitan di kiswah kaabah

11/09/2022

Pengiring nya ramai untuk menjaga Imam Syeikh Sudais.

Address

No 2402A Jalan 1A/3 Bandar Baru Sungai Buloh
Rawang
47000

Telephone

+60192266207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rotana travel and tours sdn bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rotana travel and tours sdn bhd:

Share

Category