30/03/2022
Info Pengangkutan Feri ke Pulau Tioman.
untuk makluman semua untuk ke Pulau Tioman atau ke kampung Salang Pulau Tioman anda perlu menaiki Ferry selama 2jam perjalanan berdasarkan pada kampung yg anda ingin pergi untuk KG Salang estimate Time arrive adalah 2 jam 30 minit kebiasaannya.Anda boleh naik sama da di jeti Bandar Mersing ataupun jeti Teluk gading (tggemok).
Feri Servis ke Pulau Tioman hanyalah 3 syarikat sahaja untuk waktu ini .
-Bluewater Feri (Mersing)
- Wawasan 1, bistari1&2, gemilang, bluewater 10, bluewater 11,
-Gemilang Feri (teluk gading/tg gemok)
wawasan 2, gemilang 1.
Harga adalah sekitar RM50 One way dan dua hala adalah RM100 Pergi dan balik dewasa dan 90 kanak². feri ini adalah paling sesuai untuk anda gunakan utk ke kg salang kerana perjalanan nya setiap hari akan hantar penumpang untuk ke seluruh kampung tanpa sebarang perlu tempahan khas.Anda boleh tempah melalui web ( www.bluewater.my)
Cataferry - ( Mersing / Tg Gemok)
- untuk Feri ini harga tidak ada harga tetap, untuk tempahan boleh cek melalui web cataferi tioman ( www.cataferry.com) dan untuk makluman servis feri ini hanya sampai di kampung Abc shj untuk kg salang perlu ada tempahan khas secara group besar atau special req. tiada servis tetap setiap hari untuk ke kg Salang.
Juara Mutiara Feri - Mersing
- Ini adalah skyt feri Persendirian dari Juara Mutiara Resort Kg Juara. Untuk mendapat kan tempahan atau harga secara group atau private Trips chatered boleh direct ke web juara mutiara resort.
Di harap info ini berguna untuk simpanan anda semua. terima kasih.
Official Bluewater ferry service to Tioman Island. Check ferry schedules, purchase ticket, online check-in