Redz Barbarossa

Redz Barbarossa Geopolitics Nation Building

“Macam budak-budak p**a cara main politik — buat tuduhan besar, tapi hujah entah ke mana, bukti pun tak nampak. Storyboa...
19/08/2026

“Macam budak-budak p**a cara main politik — buat tuduhan besar, tapi hujah entah ke mana, bukti pun tak nampak. Storyboard ada, cerita ada… laporan polis ada dibuat atau sekadar modal media sosial?”

Tiga soalan mudah untuk
BNComms Rembau:

1. Kalau betul ada unsur penipuan atau salah laku, dah buat laporan polis?

Atau keberanian itu setakat berani buat storyboard, kemudian biar orang lain percaya bulat-bulat? Kalau ada bukti, serahkan kepada pihak berkuasa. Jangan sekadar pandai menuduh.

2. Tak takut dosa menuduh tanpa bukti?

Kalau benar-benar percaya kepada Allah SWT, bukankah kita diajar supaya tabayyun sebelum menyebarkan tuduhan? Hari ini mungkin boleh menulis ses**a hati. Esok kalau dipersoalkan di hadapan Allah, nak jawab apa?

3. Kenapa Menteri Agama bentangkan RCI Tabung Haji, tiba-tiba ada yang panas macam kena bakar api?

Bukankah RCI bertujuan mencari kebenaran dan memperjelaskan persoalan? Kalau yakin tiada apa yang perlu ditakutkan, kenapa begitu gelisah?

Akhirnya mudah saja: kalau ada bukti, tunjukkan. Kalau ada kesalahan, laporkan. Kalau tiada bukti, jangan jadikan fitnah sebagai kandungan politik.

Politik boleh berbeza. Tetapi jangan sampai agama dijadikan perisai untuk menghalalkan tuduhan.

19/08/2026

Ummah tak makan fitnah, benci
atau dengki bikin hati mati..
Ummah makan nasi dan lauk dari hasil yang halal..

18/08/2026

Fitnah yang diulang ulang oleh dalang politik pembangkang

16/08/2026

Sabah Kembali Diyakini Pelancong kerana ESSZONE iaitu kunci kepada keselamatan di Perairan Timur Sabah semakin terkawal fan diyakini oleh pelancong dalam dan luar negara.

Ia bukan berlaku dengan sendiri, ia adalah perancangan dan kawalan secara bersepadu dan komited oleh pas**an keselamatan seperti ESSCOM, APMM dan Polis MARIN serta penguatkuasa lainnya agensi dibawah KDN menjaga kedaulatan negara. Terbaik!

15/08/2026

Setuju!

Selamat Berkongres kepada semua Perwakilan dan Pemerhati.Semoga Kongres ini memperkukuh Perpaduan, memacu agenda REFORMA...
15/08/2026

Selamat Berkongres kepada semua Perwakilan dan Pemerhati.

Semoga Kongres ini memperkukuh Perpaduan, memacu agenda REFORMASI dan membawa kita bersama membina MALAYSIA MADANI.

14/08/2026

Terbaik.. Alhamdulillah negara punya Menteri Agama yang komited menegakkan syiar Islam.. Madani kan Malaysia ❤️🇲🇾

Wasatiyah 👌❤️
10/08/2026

Wasatiyah 👌❤️

JANGAN MENGUKUR KEMULIAAN DENGAN LAMBANG PARTI

Saya tidak diajar oleh Islam untuk memuliakan seseorang kerana dia daripada parti tertentu.
Saya tidak diajar bahawa orang PAS lebih mulia kerana PAS, orang UMNO lebih mulia kerana UMNO, orang PH lebih mulia kerana PH, atau sesiapa sahaja menjadi lebih mulia hanya kerana memakai lambang parti tertentu.
Saya diajar bahawa ukuran kemuliaan di sisi Allah ialah TAKWA.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”
(Surah al-Hujurat: 13)
Dan Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”
(Riwayat Muslim)
Maka jangan kita tukarkan ukuran Allah dengan ukuran parti.
Jangan kerana seseorang itu “orang kita”, kesalahannya kita pertahankan.
Jangan kerana seseorang itu “orang lawan”, kebaikannya kita nafikan.
Itu bukan keadilan yang Islam ajar.
Allah SWT berfirman:
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ
“Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana ia lebih dekat kepada takwa.”
(Surah al-Ma’idah: 8)
Perhatikan ayat ini.
Takwa bukan hanya pada ceramah. Takwa mesti kelihatan ketika kita berdepan dengan orang yang kita tidak s**a.
Kalau kita hanya adil kepada orang sendiri tetapi zalim kepada orang yang berbeza parti, kita perlu bertanya semula kepada diri:
Di manakah takwa kita?
Politik adalah ijtihad manusia.
Parti bukan agama.
Pemimpin bukan maksum.
Keputusan parti bukan wahyu.
Hari ini parti boleh bekerjasama dengan pihak yang dahulu menjadi lawan. Esok boleh berpisah. Hari ini seseorang menjadi sahabat politik, esok mungkin menjadi lawan politik.
Itulah sifat politik.
Sebab itu jangan sampai ijtihad politik kita angkat menjadi seolah-olah hukum agama yang wajib diikuti semua orang.
Rasulullah ﷺ juga mengingatkan:
“Seorang Muslim ialah saudara bagi Muslim yang lain; dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maka berbeza parti tidak membatalkan persaudaraan Islam.
Kita boleh berbeza politik.
Kita boleh mengkritik pemimpin.
Kita boleh menolak dasar parti.
Kita boleh mengatakan keputusan mereka salah.
Tetapi jangan sampai lidah kita menghina, memfitnah, menuduh dan memutuskan ukhuwah.
Saya lebih rela berbeza pendapat dengan seorang Muslim yang menjaga adab, daripada bersama orang yang satu parti tetapi sanggup mempertahankan kesalahan hanya kerana “dia orang kita.”
Islam lebih besar daripada PAS.
Islam lebih besar daripada UMNO.
Islam lebih besar daripada PH.
Islam lebih besar daripada BN.
Islam lebih besar daripada mana-mana parti politik.
Kita masuk Islam bukan kerana parti.
Kita solat bukan kerana parti.
Kita berpuasa bukan kerana parti.
Kita menghadap Allah nanti juga bukan bersama lambang parti.
Yang kita bawa hanyalah iman, takwa dan amal soleh.
Jadi, jangan jadikan parti sebagai agama.
Sokonglah parti kalau kita yakin ia membawa kebaikan. Kritiklah parti apabila ia melakukan kesalahan. Tinggalkanlah perkara yang salah walaupun ia datang daripada parti sendiri.
Kerana akhirnya...
PARTI AKAN DITINGGALKAN.
JAWATAN AKAN DITINGGALKAN.
KUASA AKAN DITINGGALKAN.
DUNIA AKAN DITINGGALKAN.
Tetapi kita akan kembali kepada Allah.
Dan ketika itu, lambang parti tidak akan menyelamatkan kita.
Yang menjadi bekal hanyalah iman, takwa dan amal soleh.
Itulah ukuran yang Allah tetapkan. Bukan ukuran yang kita cipta sendiri.

Nahhhh
09/08/2026

Nahhhh

Bekas pembantu bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad mengkritik pendekatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang melabel DAP sebagai musuh Islam, sambil memberi amaran bahawa retorik sedemikian boleh membawa politik negara ke landasan yang tidak sihat.

Menurutnya, kritikan terhadap DAP sebagai sebuah parti politik adalah perkara biasa, namun menjadikan DAP dan penyokongnya sebagai “musuh Islam” merupakan peningkatan ketegangan yang berbahaya.

Marzuki berpandangan perkembangan itu tidak boleh dipisahkan daripada usaha menghidupkan semula hubungan politik antara UMNO dan PAS.

Menurutnya, apabila dua bekas seteru politik Melayu-Islam itu kembali mencari titik temu, wujud keperluan untuk membina “musuh bersama” bagi mengukuhkan pakatan serta mendapatkan sokongan orang Melayu.

DAP dilihat menjadi sasaran paling mudah, namun persoalannya ialah sejauh mana strategi politik berasaskan penciptaan musuh mampu diteruskan tanpa mengheret masyarakat kepada perpecahan.

Lebih membimbangkan, katanya, apabila perbezaan politik mula diterjemahkan sebagai pertembungan agama.

Marzuki mengingatkan bahawa pendekatan melabel DAP dan penyokongnya sebagai musuh Islam boleh mewujudkan persepsi seolah-olah kelompok bukan Islam turut berada dalam kelompok yang sama, sekali gus meningkatkan jurang antara masyarakat.

Dalam sejarah politik negara, katanya, persaingan ideologi UMNO-PAS pada era 1970-an dan 1980-an pernah menghasilkan wacana politik yang sangat keras sebelum berubah kepada isu tadbir urus, rasuah, kebajikan rakyat dan prestasi ekonomi pada era berikutnya.

Kini, apabila UMNO dan PAS sekali lagi dilihat cuba mendekati antara satu sama lain atas nama perpaduan Melayu-Islam, persoalan besar ialah apakah politik negara akan kembali kepada formula lama mencari musuh untuk menyatukan penyokong.

Jika perbezaan politik terus dibingkaikan sebagai pertarungan antara “Islam” dan “musuh Islam”, risiko paling besar bukan sekadar kepada DAP atau mana-mana parti, tetapi kepada keharmonian masyarakat Malaysia sendiri.

Perpaduan tidak seharusnya dibina dengan mencipta musuh bersama kerana politik yang menang dengan ketakutan mungkin memperoleh undi, tetapi boleh meninggalkan masyarakat yang lebih berpecah.

Address

Elmina East
Rompin
40160

Telephone

+60192529695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Redz Barbarossa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Redz Barbarossa:

Shortcuts

Share