Majestic Tourism & Conservation

Majestic Tourism & Conservation Sertai kami lindungi Borneo!

Majestic Tourism & Conservation (MTC)🌿🐾.

𝘐𝘯𝘴𝘱𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘯𝘴𝘦𝘳𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘩𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦

Based on Sandakan, kami memfokuskan pelancongan lestari & pemuliharaan alam Sabah dan pendidikan.

Kenapa Gajah Borneo Penting Untuk Hutan Kita? 🐘🌿Jemput baca untuk tambah pengetahuan tentang gajah kita🤗✨
12/08/2026

Kenapa Gajah Borneo Penting Untuk Hutan Kita? 🐘🌿

Jemput baca untuk tambah pengetahuan tentang gajah kita🤗✨

*Selamat Hari Gajah Sedunia 2026! 🐘🌿*     Gajah Borneo bukan sekadar ikon kebanggaan hutan kita, tapi juga “jurutera eko...
12/08/2026

*Selamat Hari Gajah Sedunia 2026! 🐘🌿*

Gajah Borneo bukan sekadar ikon kebanggaan hutan kita, tapi juga “jurutera ekosistem” yang memastikan kelangsungan biodiversiti Borneo sentiasa seimbang. Setiap jejak langkah mereka membantu membentuk laluan hutan, menyebar benih pokok, dan mengekalkan keharmonian alam.

Namun, kehilangan habitat dan ancaman konflik manusia-gajah terus mendesak populasi haiwan ini. Pemuliharaan bukan lagi satu pilihan, tapi tanggungjawab bersama untuk memastikan garis hayat hutan kita kekal terpelihara.
Jom bersama Majestic Tourism & Conservation lindungi gajah Borneo dan warisan alam kita! 💚

🍎 GURU: PENERAJU KELESTARIAN & ARKITEK MASA DEPAN 🌿Di sebalik setiap kejayaan pemuliharaan alam, wujudnya seorang pendid...
16/05/2026

🍎 GURU: PENERAJU KELESTARIAN & ARKITEK MASA DEPAN 🌿

Di sebalik setiap kejayaan pemuliharaan alam, wujudnya seorang pendidik yang menanam benih kesedaran. Sebagaimana “Mentor Rimba” di Borneo menurunkan ilmu kelangsungan hidup kepada anak-anaknya, para guru kita juga adalah pelita yang membimbing generasi muda untuk menghargai setiap inci khazanah bumi.

Di Majestic Tourism & Conservation, kami percaya pendidikan adalah kunci utama kepada konservasi. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah mereka adalah nadi yang membentuk sahsiah dan tanggungjawab sivik demi kelestarian alam semulajadi kita.

Hari ini, kami memberikan penghormatan tertinggi buat semua pendidik yang tidak jemu membina legasi hijau. Terima kasih kerana menjadi suara bagi alam dan pembimbing bagi masa depan.

✨ Selamat Hari Guru kepada semua pendidik hebat! ✨

🌱 Sertai Misi Kami:
Mari kita bersama-sama menyokong pendidikan konservasi demi memastikan warisan Borneo terus kekal untuk generasi akan datang.

📢 Tag guru inspirasi anda di ruangan komen di bawah!

WildlifeEducation BorneoConservation SaveOurNature PendidikAlam TerimaKasihGuru

Aktiviti seorang bekas renjer hutan mengumpul pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi sejak puluhan tahun lalu terbongk...
15/05/2026

Aktiviti seorang bekas renjer hutan mengumpul pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi sejak puluhan tahun lalu terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa di sebuah rumah di Kampung Wokok Batangan, Batu 3 Jalan Timbok, Tuaran, hari ini.

Dalam serbuan jam 7.15 pagi itu, lelaki tempatan berusia 60 tahun ditahan bersama pelbagai bahagian haiwan dilindungi bernilai lebih RM550,000.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Sumber: INFO X

🌿 KASIH IBU: NADI KEHIDUPAN ALAM BORNEO 🌿Di tengah keheningan hutan hujan Borneo, tersimpan sebuah dedikasi yang tidak b...
10/05/2026

🌿 KASIH IBU: NADI KEHIDUPAN ALAM BORNEO 🌿

Di tengah keheningan hutan hujan Borneo, tersimpan sebuah dedikasi yang tidak bertepi. Daripada pelukan hangat Ibu Orangutan di puncak kanopi, hinggalah ke ketegasan Ibu Gajah Pygmy menjaga langkah kumpulannya, naluri keibuan adalah tunjang kepada kelestarian hidupan liar kita.

Di Majestic Tourism & Conservation, kami percaya bahawa setiap ibu adalah “Pemelihara Pertama”. Sebagaimana seorang ibu melindungi anaknya dengan sepenuh jiwa, begitulah tanggungjawab kita bersama dalam melindungi khazanah alam yang kian rapuh ini.

Mengapa Kita Perlu Peduli?
• Kasih Tanpa Sempadan: Ibu haiwan di Borneo mengajar kita tentang pengorbanan dan perlindungan.
• Warisan Masa Hadapan: Melindungi habitat mereka bermakna memastikan generasi akan datang masih dapat melihat keindahan ini.
• Tindakan Adalah Legasi: Setiap usaha konservasi kecil yang kita mulakan hari ini adalah hadiah buat “Ibu Pertiwi”.

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita luar biasa yang menjadi pelindung, pendidik, dan inspirasi. Mari kita menjadi suara buat mereka yang tidak mampu berkata-kata.

🌱 Jom Bertindak Bersama Kami!
Sokong usaha konservasi kami untuk memastikan ibu-ibu di rimba terus selamat membesarkan zuriat mereka.

📢 Kongsi hantaran ini sebagai tanda sokongan anda terhadap pemuliharaan alam!

27/04/2026

Sign the petition guys 🐘❤️‍🩹✨

Dara, Amoi & Kelat (DAK) perlukan bantuan kita sekarang. Mereka adalah sebahagian daripada warisan alam Malaysia, tapi apa yang berlaku pada mereka di luar negara sangat menyedihkan.

Bayangkan haiwan sebesar dan sebijak gajah terpaksa makan rumput kering yang hanya dibasahkan dengan air, tanpa nutrisi yang cukup. Lebih menyayat hati, ada laporan mengatakan belalai mereka turut dipotong. Ini bukan sekadar isu kebajikan haiwan, ini adalah isu kemanusiaan.

Kita tak boleh diam. Mereka tak ada suara, jadi kitalah suara mereka. Setiap tandatangan anda adalah satu langkah untuk membawa mereka pulang ke tanah air, ke tempat yang lebih selamat dan bermaruah.

Mari sama-sama berdiri untuk mereka. Jangan biarkan DAK terus menderita.

Sign petition di sini:
https://www.thepetitionsite.com/258/980/677/urgent-concern-about-the-transfer-of-malaysian-elephants-dara-amoi-and-kelat-to-tennoji-zoo-in-osaka/

WildlifeConservation ProtectOurWildlife VoiceForTheVoiceless SaveOurElephants

Jom sertai Pertandingan Underwater Photography sempena ulang tahun pewartaan Taman Tun Mustapha Kali Ke-10 SEDEKAD KONSE...
25/04/2026

Jom sertai Pertandingan Underwater Photography sempena ulang tahun pewartaan Taman Tun Mustapha Kali Ke-10 SEDEKAD KONSERVASI📸🪸

Pihak Majestic Tourism & Conservation mempelawa orang ramai untuk turut serta peminat konservasi, penyelam dan juga jurugambar untuk turut serta dalam pertandingan ini. Sama2 kita meriahkan lagi ulang tahun pewartaan Taman Tun Mustapha Kali Ke-10.

11/04/2026

Enam Mahasiswa Universiti Heret Kerajaan Malaysia Ke Mahkamah! 🌳⚖️💪

Majestic Tourism & Conservation (MTC) dengan bangganya menampilkan enam anak muda hebat yang berani bertindak demi masa depan hutan kita:

• Amira Aliya (18) – Youth Environmental Advocate, Johor
• Sitti Fatimah (25) – UMS Alumni, pekerja NGO hak kanak-kanak, Sabah
• Winona Elisha Jamak (23) – Climate Policy Researcher, Sarawak
• Lee Yu D**g (20) – Law Student & Student Advocate, Johor
• Adom Teh (20) – Law Student & Student Advocate, Johor
• Abe Lim (30) – Climate Governance Advocate, Perak

Mereka telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia atas isu penebangan hutan yang tidak terkawal. Satu langkah berani yang membuktikan suara generasi muda tidak boleh dipandang ringan lagi.

Sebagai organisasi yang komited dengan pelancongan lestari dan pemuliharaan alam di Borneo, MTC berdiri teguh bersama anak-anak muda ini. Hutan kita bukan sahaja rumah kepada pangolin, orang utan dan ribuan spesies lain, ia juga tulang belakang ekosistem dan masa depan pelancongan hijau Sabah & Malaysia.

Kita sokong penuh perjuangan mereka. Kerana melindungi hutan bermakna melindungi warisan kita untuk generasi akan datang.

Terima kasih kepada keenam-enam pahlawan muda ini!

Foto: manahutankami.com

Address

RDC Sepilok
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majestic Tourism & Conservation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category