Sarawak Cultural Village

Call Directions Contact the business

Sarawak Cultural Village Official Page
201801047041 (1309073-M)
(Wholly-owned Subsidiary of SEDC Sarawak)
(458)

This cultural village is considered a must-visit for every visitor to Sarawak because it showcases the various attributes of the seven major ethnic people of the state. It is also the venue for international events such as the World Harvest Festival, Rainforest World Music Festival and Rainforest World Craft Bazaar. This award-winning ‘living museum’ conducts shows of Sarawak's multicultural dance performances in a theatre with VIP seating and a VIP lounge.

LAWATAN DIRAJA YTM PUTERI DANA FIRAS DARI JORDAN KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK 👑✨Suatu penghormatan besar buat Kampung Buday...
17/10/2026

LAWATAN DIRAJA YTM PUTERI DANA FIRAS DARI JORDAN KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK 👑✨

Suatu penghormatan besar buat Kampung Budaya Sarawak apabila berpeluang menyambut keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Puteri Dana Firas dari Jordan pada 17 Oktober 2026.

Ketibaan Baginda pada jam 2.00 petang dimulakan dengan jamuan makan tengah hari di Restoran Budaya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kampung Budaya Sarawak, Puan Jane Lian Labang. Sejurus selepas itu, Baginda memulakan lawatan menyelusuri perkampungan budaya, berjalan melintasi jambatan buluh ke Baruk Bidayuh, mencuba tarian tradisional di Rumah Panjang Iban, serta menguji ketangkasan menyumpit di Pondok Penan.

Lawatan diteruskan dengan melintasi Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Tinggi Melanau, Rumah Melayu, dan Rumah Cina. Baginda turut mengambil kesempatan merakam kenangan berlatarbelakangkan keindahan Gunung Santubong yang memukau sebelum menyaksikan persembahan kebudayaan yang penuh bertenaga di Panggung Budaya.

Sebelum berangkat pulang, Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani buku pelawat dan menerima cenderamata berupa buku meja kopi bertajuk "Sarawak Cultural Village—Timeless Legacy, Enduring Heritage" yang disampaikan sendiri oleh Puan Jane Lian Labang.

Terima kasih atas keberangkatan Yang Teramat Mulia ke bumi Sarawak yang kaya dengan seni dan warisan!



___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

A ROYAL VISIT: HER ROYAL HIGHNESS PRINCESS DANA FIRAS OF JORDAN AT SARAWAK CULTURAL VILLAGE 👑✨

It was our utmost honor to welcome Her Royal Highness Princess Dana Firas of Jordan to Sarawak Cultural Village on 17 October 2026.

Arriving at 2:00 PM, Her Royal Highness was warmly received and hosted to lunch at Restaurant Budaya by the CEO of Sarawak Cultural Village, Madam Jane Lian Labang. The cultural journey commenced right after, crossing the scenic bamboo bridge to the Bidayuh Baruk, experiencing traditional dance moves at the Iban longhouse, and trying out the Penan blowpipe.

Taking in the rich diversity of the living museum, the tour passed by the Orang Ulu longhouse, Melanau Tall House, Malay Town House, and Chinese Farm House. Before heading to the Budaya Theater for the cultural performance, Her Royal Highness paused to capture memories against the majestic backdrop of Mount Santubong.

To conclude this memorable visit, Her Royal Highness graciously signed the visitor guestbook and was presented with a commemorative coffee table book, "Sarawak Cultural Village—Timeless Legacy, Enduring Heritage," as a token of appreciation from our CEO.

DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK KE-80Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut har...
10/10/2026

DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK KE-80

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut hari lahir ke-80 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang jatuh pada 10 Oktober 2026 bersamaan 28 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan dan kebahagiaan, serta terus memimpin negeri Sarawak dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Kampung Budaya Sarawak dan Damai Craftworld & Event Centre.

Dirgahayu Tuan Yang Terutama.

KUNJUNGAN DELEGASI KERAJAAN NEGERI PERAK KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK  🌿✨Kampung Budaya Sarawak berbesar hati menerima kunj...
29/09/2026

KUNJUNGAN DELEGASI KERAJAAN NEGERI PERAK KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK 🌿✨

Kampung Budaya Sarawak berbesar hati menerima kunjungan Delegasi Kerajaan Negeri Perak bersama MITRED dan SEDC pada 28 September 2026.

Kunjungan dimulakan dengan jamuan makan tengah hari di Restoran Budaya, sebelum delegasi meneruskan lawatan menerokai keunikan budaya dan warisan masyarakat Sarawak.

Antara pengalaman sepanjang lawatan termasuk mencuba Jambatan Buluh, disambut dengan tarian alu-aluan Bidayuh di Rumah Baruk Bidayuh, serta tarian alu-aluan Iban di Rumah Panjang Iban. Delegasi turut berkesempatan merakamkan foto kenangan dan mencuba aktiviti tradisional sumpit di Rumah Penan.

Lawatan diteruskan dengan melewati Rumah Panjang Orang Ulu, Pondok Parang Ilang, Rumah Tinggi Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina, sebelum singgah ke Kedai Cenderamata SCV untuk mendapatkan buah tangan sebagai kenang-kenangan.

Semoga kunjungan ini memberikan pengalaman yang bermakna serta membuka ruang untuk mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian budaya dan warisan Sarawak. 💚

Terima kasih atas kunjungan dan jumpa lagi di Kampung Budaya Sarawak!

AL-FATIHAHDengan penuh rasa dukacita, Sarawak Cultural Village merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Allahyarha...
28/09/2026

AL-FATIHAH

Dengan penuh rasa dukacita, Sarawak Cultural Village merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau akan sentiasa dikenang sebagai seorang wanita yang lembut pekertinya, tenang peribadinya serta banyak menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan menitipkan doa buat Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan insan tersayang.
Al-Fatihah.

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI PERPADUAN NEGARA KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAKKampung Budaya Sarawak berbesar hati menerima kunj...
17/09/2026

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI PERPADUAN NEGARA KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Kampung Budaya Sarawak berbesar hati menerima kunjungan rasmi Yang Berhormat Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara bersama delegasi pada 17 September 2026.

Kunjungan dimulakan dengan sambutan tarian Orang Ulu di pintu masuk sebelum rombongan dibawa melawat beberapa rumah etnik, antaranya Rumah Baruk Lama, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan serta Rumah Panjang Orang Ulu.

Rombongan turut melalui Sago Hut, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Tidak ketinggalan, Yang Berhormat bersama delegasi turut mengambil kesempatan untuk merakam kenangan dengan bergambar berlatarbelakangkan keindahan Gunung Santubong sebelum meneruskan lawatan ke Panggung Budaya.

Lawatan diteruskan dengan menyaksikan persembahan kebudayaan yang menampilkan Tarian Selamat Datang, tarian kebudayaan suku kaum serta Joget Bersama Penonton. Yang Berhormat turut meluangkan masa bergambar bersama para pekerja Kampung Budaya Sarawak dan menandatangani Buku Pelawat sebagai kenang-kenangan.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Restoran Budaya dengan sajian istimewa “Highlander & Dapur Etnik Sarawak”.

Terima kasih atas kunjungan ke Kampung Budaya Sarawak. Semoga lawatan ini terus memperkukuh semangat perpaduan serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Sarawak.

LAWATAN YB MENTERI KOMUNIKASI MALAYSIA KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAKKampung Budaya Sarawak berbesar hati menerima kunjungan ...
16/09/2026

LAWATAN YB MENTERI KOMUNIKASI MALAYSIA KE KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Kampung Budaya Sarawak berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, bersama delegasi pada 16 September 2026.

Ketibaan Yang Berhormat dan delegasi disambut dengan Tarian Orang Ulu di pintu masuk sebelum meneruskan lawatan sekitar Kampung Budaya Sarawak yang merangkumi kunjungan ke Rumah Baruk Lama, Rumah Panjang Iban dan Pondok Penan, sambil mengenali dengan lebih dekat keunikan budaya serta warisan masyarakat Sarawak.

Lawatan diteruskan dengan perarakan bersama para penari dan pemuzik KBS menuju ke Panggung Budaya, diikuti persembahan kebudayaan yang menampilkan Tarian Selamat Datang, tarian kebudayaan pelbagai suku kaum serta sesi joget bersama penonton.

Tidak dilupakan, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada hari ini, para tetamu dan pengunjung turut berdiri bersama-sama dengan penuh semangat patriotik untuk menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku, sebagai tanda kecintaan dan penghargaan terhadap negara serta bumi Sarawak.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Restoren Budaya, menampilkan menu “Highlander & Dapur Etnik Sarawak”, serta sesi menandatangani Buku Kenangan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan seluruh delegasi atas kunjungan ke Kampung Budaya Sarawak. Semoga kunjungan ini terus memperkukuh usaha memelihara, mempromosi dan meraikan kekayaan warisan budaya Sarawak.

Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Kampung Budaya Sarawak mengucapkan Se...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Kampung Budaya Sarawak mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya terus menjadi kekuatan dalam membina negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

📢 IMPORTANT ANNOUNCEMENTPlease be informed that Sarawak Cultural Village (SCV) will operate for half a day only, from 9:...
09/09/2026

📢 IMPORTANT ANNOUNCEMENT

Please be informed that Sarawak Cultural Village (SCV) will operate for half a day only, from 9:00 AM to 1:00 PM, on 11 & 12 September 2026 due to the hosting of the Borderland Music Festival.

✨ The Cultural Show will proceed as usual at 11:30 AM.

⚠️ Please note: After 1:00 PM, ticket prices will follow the Borderland Music Festival ticket rates.

We kindly advise our valued guests to plan your visit accordingly. Thank you for your kind understanding and continued support. 💚

09/09/2026
08/09/2026

Address

Pantai Damai
Santubong
93752

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082846108

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak Cultural Village posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sarawak Cultural Village:

Shortcuts

Share

Category