03/10/2026
DUA PROJEK JALAN RAYA PERKUKUH RANGKAIAN DAN KAPASITI TRAFIK DI SARIKEI
SARIKEI | 2 OKTOBER 2026
MEDIA JKR SARAWAK
Satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh jaringan jalan raya di Sarikei direalisasikan menerusi pelaksanaan Projek Nyelong By-Pass / Kwong Ming-Minah Link Road serta Projek Naik Taraf Jalan Nyelong By-Pass kepada Dual Carriageway.
Majlis pecah tanah bagi kedua-dua projek berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Kedua-dua projek ini dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan JKR Sarikei bertindak sebagai pihak penyelia, dan dirancang bagi menangani peningkatan jumlah trafik, memperbaiki aliran perjalanan serta meningkatkan tahap keselamatan dan kesalinghubungan di Sarikei.
Bagi Projek Nyelong By-Pass / Kwong Ming-Minah Link Road, projek bernilai RM12.62 juta itu dilaksanakan oleh Fully Contractor Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak selama 18 bulan, bermula pada 23 Julai 2026 dan dijadualkan siap pada 22 Januari 2028. Projek tersebut melibatkan pembinaan jalan penghubung baharu sepanjang kira-kira 2 kilometer dengan rizab jalan selebar 25 meter, menghubungkan Nyelong By-Pass sedia ada ke Jalan Kwong Ming-Minah. Laluan baharu ini dibina mengikut standard JKR R3 sebagai jalan satu laluan dua lorong, lengkap dengan turapan berturap dan bahu jalan yang boleh digunakan di kedua-dua belah.
Skop projek turut merangkumi kerja-kerja awam dan perparitan, perabot jalan, perlindungan atau pemindahan utiliti terjejas, pengurusan dan perlindungan alam sekitar serta penyediaan pelan pengurusan trafik. Pembinaan jalan penghubung ini bertujuan meningkatkan kapasiti rangkaian jalan sedia ada bagi menampung pertambahan trafik, memperbaiki kesalinghubungan serta menyediakan laluan yang lebih selamat, cekap dan boleh dipercayai. Ia juga dijangka membantu mengurangkan kesesakan dan gangguan aliran trafik, khususnya pada waktu puncak.
Dalam masa yang sama, Projek Naik Taraf Jalan Nyelong By-Pass kepada Dual Carriageway melibatkan nilai kontrak sebanyak RM86.166 juta dan dilaksanakan oleh Perbena Emas Sdn. Bhd. Projek ini mempunyai tempoh kontrak selama 30 bulan dengan tarikh siap asal pada 17 Jun 2028. Projek ini melibatkan penaiktarafan dan pelebaran Jalan Nyelong By-Pass sedia ada sepanjang 3.6 kilometer, daripada jalan dua lorong satu laluan berstandard JKR R3 kepada empat lorong dua hala berstandard JKR U5. Antara skop utama ialah menaik taraf persimpangan lampu isyarat Jalan Nyelong By-Pass, kerja rawatan tanah, pembinaan dan penambahbaikan sistem pembetung serta perparitan, pemasangan lampu jalan, perlindungan dan pemindahan utiliti terjejas, langkah pengurusan alam sekitar serta pengurusan trafik.
Keperluan menaik taraf laluan ini didorong oleh peningkatan pembangunan kediaman, komersial dan perindustrian di Sarikei sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang telah menambah tekanan terhadap rangkaian jalan raya sedia ada. Jalan Nyelong By-Pass kini turut berfungsi sebagai laluan alternatif penting bagi pengguna yang keluar masuk bandar Sarikei serta sebagai laluan lencongan bagi trafik dari dan ke Bintangor.
Dato’ Sri Huang turut berharap agar pelaksanaan projek dapat berjalan mengikut jadual serta mematuhi spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan, di samping memberi perhatian terhadap aspek keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja sepanjang tempoh pembinaan.
Apabila siap kelak, kedua-dua projek ini dijangka membantu mengurangkan kesesakan, meningkatkan kelancaran trafik, mempertingkat keselamatan pengguna jalan raya serta mengukuhkan hubungan antara kawasan di Sarikei.
Lebih daripada sekadar pembinaan dan naik taraf jalan, pelaksanaan kedua-dua projek ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan infrastruktur jalan raya yang mampu menampung pertumbuhan semasa dan menyokong pembangunan Sarikei untuk jangka panjang.
*****
TWO ROAD PROJECTS TO STRENGTHEN NETWORK AND TRAFFIC CAPACITY IN SARIKEI
SARIKEI | 2 OCTOBER 2026
JKR SARAWAK MEDIA
Another significant step towards strengthening the road network in Sarikei has been realized through the implementation of the Nyelong By-Pass / Kwong Ming-Minah Link Road Project and the project to upgrade the Nyelong By-Pass into a dual carriageway.
The groundbreaking ceremony for both projects was officiated by the Deputy Minister of Plantation and Commodities, who is also the Member of Parliament for Sarikei and the Assemblyman (ADUN) for N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Both projects are being implemented by the Sarawak Government, with JKR Sarikei acting as the supervising agency. They are designed to address rising traffic volumes, improve traffic flow, and enhance safety levels and connectivity within Sarikei.
Regarding the Nyelong By-Pass / Kwong Ming-Minah Link Road Project, the RM12.62 million venture is being executed by Fully Contractor Sdn. Bhd. under an 18-month contract; work commenced on 23 July 2026 and is scheduled for completion on 22 January 2028. The project entails the construction of a new link road spanning approximately 2 kilometers with a 25-meter road reserve, connecting the existing Nyelong By-Pass to Jalan Kwong Ming-Minah. This new route is being built to JKR R3 standards as a single-carriageway, two-lane road, featuring paved surfacing and usable shoulders on both sides. The project scope also encompasses civil and drainage works, street equipment, the protection or relocation of affected utilities, environmental management and protection, and the preparation of a traffic management plan. The construction of this connecting road aims to increase the capacity of the existing road network to accommodate rising traffic volumes, improve connectivity, and provide a safer, more efficient, and reliable route. It is also expected to help alleviate congestion and traffic flow disruptions, particularly during peak hours.
Concurrently, the project to upgrade the Nyelong By-Pass to a dual carriageway involves a contract value of RM86.166 million and is being executed by Perbena Emas Sdn. Bhd. The project has a 30-month contract duration, with an original completion date of 17 June 2028. It entails upgrading and widening the existing 3.6-kilometer Nyelong By-Pass from a two-lane, single-carriageway road (JKR R3 standard) to a four-lane, dual-carriageway road (JKR U5 standard). Key scope elements include upgrading the Nyelong By-Pass traffic light intersections, soil treatment works, construction and improvement of sewerage and drainage systems, street lighting installation, protection and relocation of affected utilities, as well as environmental and traffic management measures.
The need to upgrade this route is driven by the growth in residential, commercial, and industrial developments in Sarikei over recent years, which has placed increased strain on the existing road network. The Nyelong By-Pass currently serves as a vital alternative route for motorists entering and exiting Sarikei town, as well as a diversion route for traffic traveling to and from Bintangor. Dato’ Sri Huang also expressed the hope that the projects would be executed according to schedule and in compliance with established specifications and standards, while prioritizing the safety of road users and workers throughout the construction period.
Upon completion, these two projects are expected to help alleviate congestion, improve traffic flow, enhance road user safety, and strengthen connectivity between areas in Sarikei.
Beyond mere road construction and upgrading, the implementation of these projects reflects the Sarawak Government’s ongoing commitment to providing road infrastructure capable of accommodating current growth and supporting Sarikei’s long-term development.