10/08/2026
Dijemput Semua Warga Segamat Dan Seluruh Malaysia Hadir Memeriahkan Acara Pameran-Pameran Yang Ditampilkan Kali Ini Oleh Majlis Perbandaran Segamat
HEBAHAN UMUM KOMUNITI SEGAMAT
PAMERAN SEJARAH SEGAMAT | SEMPENA VISIT JOHOR 2026
Jom kenali sejarah Segamat dengan lebih dekat!
Bersempena Visit Johor 2026, satu pameran khas sejarah Segamat diadakan bagi membawa pengunjung menyelusuri kisah, warisan dan perkembangan daerah Segamat dari dahulu hingga kini.
Tarikh: 14 – 16 Ogos 2026
Lokasi: Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Segamat
➡️Artifak & gambar-gambar lama
➡️Pelbagai informasi sejarah yang menarik
➡️Aktiviti interaktif dan pengalaman yang lebih menyeronokkan
Pameran ini bukan sekadar melihat bahan sejarah, tetapi peluang untuk kita mengenali asal-usul Segamat, menghargai warisan terdahulu serta berkongsi cerita sejarah bersama generasi masa kini.
Sesuai untuk seisi keluarga, anak-anak, golongan muda dan semua yang ingin mengenali Sejarah Segamat.
Jangan lepaskan peluang untuk singgah dan hayati sejarah daerah kita!
Sejarah Segamat ialah cerita kita bersama.