13/02/2023
โ๐จ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐ด๐๐
๐๐๐๐?โ. ๐ฏ๐๐ ๐๐๐ 6 ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐ด๐๐
๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
Madinah merupakan tarikan kedua selepas Makkah bagi umat islam. Dan seperti yang kita belajar dari sekolah lagi Madinah merupakan yang tenang dan nyaman dimana di situlah terletaknya makam Rasulullah saw. Dan menjadi kewajiban bagi setiap umat islam yang datang ke Madinah untuk ziarah ke makam nabi Muhammad saw.
Masjid Nabawi di Madinah, merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah kita diketahui, masjid ini menjadi terbesar kedua di dunia setelah Masjidil Haram di Makkah. Rumah ibadah tersebut juga merupakan tujuan bagi umat yang ingin ziarah makan rasulullah dan solat didalamnya.
Samada dalam keadaan sedar atau tidak, banyak tarikan yang ada di Madinah. Bagi mereka yang tidak berkesempatan lagi, tidak perlu risau dan bersedih. Disini saya kongsikan dengan hanya berjalan kaki, anda dapat melihat 6 tarikan yang ada di Madinah. Semoga dapat mengubat rindu dan manfaat kepada semua yang membaca.
๐ญ. ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ช๐.
Tidak lain dan tidak bukan tarikan utama di Madinah ialah Masjid Nabawi. masjid ini merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia.
Keistimewaan di masjid ini selain daripada mendapat ganjaran pahala 1000kali jika solat di masjid nabawi, ia sekelilingi dengan payung gergasi yang akan tertutup dan terbuka secara automatik mengikut suhu di sana.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.
Untuk pengetahun anda, โpetuaโ untuk mengenali kawasan Raudhah dengan mudah adalah ia bersebelahan makam Rasulullah saw dan hamparan karpetnya berwarna hijau berbanding kawasan lain dalam Masjid Nabawi yang karpetnya berwarna merah. Di situ, para Jemaah digalakkan untuk perbanyakkan doa kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang dimakbulkan doa.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ
Perkuburan baqiโ atau dikenali sebagai jannatul baqiโ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Perkuburan baqiโ ini merupakan perkuburan yang paling mulia. Rasulullah saw sering menziarahi perkuburan ini. Ada hadis mengatakan, ahli-ahli kubur Baqi adalah yang pertama akan dibangkitkan di Akhirat kelak.
Sekiranya para Jemaah mahu datang melawat, waktu lawatannya adalah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, para Jemaah dibenarkan masuk sewaktu ada jenazah yang hendak dikebumikan. Dan lawatan ini khas buat kaum Adam (lelaki) sahaja.
Di perkuburan baqiโ ini dianggarkan lebih 10,000 sahabat Baginda SAW disemadikan di sini sekali gus mereka yang datang ke bumi Madinah al-Munawarrah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menziarahinya.
๐. ๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐ ๐ก๐ฎ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ก
Masjid Al-Ghumamah merupakan salah satu masjid bersejarah di Madinah, di masjid ini rasullulah saw pernah mendirikan solat istisqoโ (solat meminta hujan) dan selepas itu awan menjadi mendung di kawasan masjid tersebut. Masjid ini masih kekal berdiri sehingga sekarang, bagi mengenang peristiwa penting sebelum rasulullah saw wafat.
Jarak antara masjid nabawi dan masjid ghumamah adalah dalam 300meter. Jadi tiada masalah bagi Jemaah umrah mahupun haji yang ingin melawat ke masjid ghumamah dengan hanya berjalan kaki.
๐. ๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐๐ฎ ๐๐๐ค๐๐ซ ๐๐ฌ โ๐ฌ๐ข๐๐๐ข๐ช
Masjid Abu Bakar As Siddiq merupakan salah satu masjid yang tertua di Madinah. Menurut riwayat Di masjid ini, saidina Abu Bakar As Siddiq berdiri menunaikan solat hari raya dengan kaum muslimin terdahulu dan diimamkan oleh Rasulullah saw. Dan ada juga mengatakan, masjid ini dahulunya adalah rumah saidina Abu Bakar As-Siddiq. Wallahuโalam
Jarak antara masjid ghumamah dan masjid Abu Bakar As-Siddiq adalah dalam 40meter. Sekiranya anda, melawat masjid ghumamah, anda juga boleh membuat lawatan ke masjid abu bakar as siddiq kerana jarak antara 2 masjid ini yang dekat dan boleh berjalan kaki sahaja.
๐. ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ๐ข ๐๐ข๐ง ๐๐๐ข ๐ญ๐๐ฅ๐ข๐
Menurut riwayat di masjid in
i, Saidina Ali Bin Abi Talib berdiri menunaikan solat hari raya dengan kaum muslimin terdahulu dan diimamkan oleh Rasulullah saw. Selain dari itu, ada juga mengatakan masjid ini dahulunya adalah kediaman saidina Ali bin Abi talib. Wallahuโalam
Masjid ini tidak dibenarkan untuk solat didalamnya kerana jarak antara Masjid Nabawi dan Masjid Ali Bin Abi Talib sangat dekat dengan pintu masuk Masjid Nabawi. Oleh itu, Jemaah hanya boleh membuat lawatan sahaja di Masjid Ali Bin Abi Talib.
Jangan lupa LIKE & SHARE untuk manfaat bersama! ๐ค