24/06/2019
Assalammualaikum semua, gambar-gambar terkini Homestay Bangi Perdana.
Kami juga ada meletakkan screenshot Google Map dan Waze untuk menunjukkan yang Homestay Bangi Perdana mudah untuk di cari menggunakan Apps ini.
- 1 mlm RM 300 dan 2 malam dan ke atas ada pengurangan.
- 4 bilik dan 3 bilik air.
- Aircond di bilik master dan second bedroom.
- 1 katil queen, 3 katil single, 2 extra tilam single dan 2 toto.
- Bantal 10.
- Ada Wifi dan Hypptv
- Mesin basuh, microwave, peti ais besar, 2 TV, rice cooker dan cerek elektrik.
- Dapur yang lengkap utk memasak.
- Auto Gate
- Sofa dan meja makan
- Iron dan papan menggosok.
***********************************************************************
Homestay Bangi Perdana terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Ia mula di iklankan di Mudah.my dan Facebook pada 21 Oktober 2013 dan Alhamdullilah Oktober tahun ini genap 6 tahun Homestay beroperasi. Semoga Homestay ini terus mendapat ramai tetamu untuk hari-hari mendatang.
Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air, bilik di lengkapi dengan katil 'Queen' bagi bilik tidur utama dan katil 'single' untuk bilik tidur lain-lain, terdapat 2 tilam 'Single' dan dua toto sebagai tambahan jika diperlukan. Bilik juga dilengkapi dengan penghawa dingin, seterika, almari dan sejadah. Homestay ini juga menyediakan kemudahan untuk memasak yang lengkap dan ruang dapur yang luas dan selesa serta mempunyai TV dan ruang santai di bawah dan di tingkat atas. Ia juga dilengkapi dengan 'Autogate' dan kawalan keselamatan yang disediakan oleh komuniti disini. Mesin basuh dan penyidai kain juga disediakan bagi kemudahan pelanggan.
Kedudukan Homestay berhampiran dengan surau Bangi Perdana. Jarak dari homestay ke surau hanyala 2-3 mn dengan berjalan kaki. Kedudukan Homestay Bangi Perdana berhampiran dengan deretan kedai makan, dobi dan runcit (2-3 mn berjalan kaki), UKM, NIOSH, susur keluar PLUS, MFI, Kolej MARA, Sekolah Jalan 3 dan 4.
Setetusnya, kedudukan Bangi Perdana berhampiran dengan Bangi Wonderland, Putrajaya, Serdang, Kajang, Nilai 3 dan Kuala Lumpur. Oleh itu, kedudukan Homestay Bangi Perdana sesuai untuk mereka yang mempunyai urusan di kawasan-kawasan tersebut atau ingin bercuti. Homestay ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai bengkel-bengkel berkumpulan di institusi kerajaan yang berhampiran dengan lokasi yang disebut diatas.
Homestay Bangi Perdana mengambil berat aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan. Semoga ramai tetamu-tetamu akan menginap di sini dan juga berasa selesa dan ingin datang lagi ke Homestay Bangi Perdana.
KEBERSIHAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI
Wassalam