Aleesya Homestay

Aleesya Homestay Aleesya Homestay menyediakan penginapan sewa harian dan bulanan dengan harga yang berpatutan dan sel

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAHSempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marila...
06/07/2024

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M.

🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

SALAM MAAL HIJRAH 1446H dari ALEESYA HOMESTAY

Terima kasih team nasyid SMK Bum2 Semporna jadikan Aleesya homestay tmpt penginapan utk acara PEMANIS 2024... Semoga suk...
09/06/2024

Terima kasih team nasyid SMK Bum2 Semporna jadikan Aleesya homestay tmpt penginapan utk acara PEMANIS 2024... Semoga sukses dlm pertandingan nnt.



Alhamdulillah dapat sdh plak dr MOTAC.... So utk guest2 Aleesya Homestay jom rasai pengalaman cuti2 Homestay Malaysia be...
26/05/2024

Alhamdulillah dapat sdh plak dr MOTAC.... So utk guest2 Aleesya Homestay jom rasai pengalaman cuti2 Homestay Malaysia bersama dgn kami.





Salam Tahun 2024 untuk semua bekas dan bakal guest Aleesya Homestay, semoga d tahun baru ni kehidupan kita semakin sukse...
01/01/2024

Salam Tahun 2024 untuk semua bekas dan bakal guest Aleesya Homestay, semoga d tahun baru ni kehidupan kita semakin sukses dan bahagiah. Ingat Semporna ingat Aleesya Homestay 😄



Jom cuti2 Semporna Homestay

Alhamdulillah, mmg rezeki klu dpt guest yg baik.... Tp ada jg yg sebaliknya,
10/07/2023

Alhamdulillah, mmg rezeki klu dpt guest yg baik.... Tp ada jg yg sebaliknya,

02/01/2023

Assalammualaikum,
Terlalu kerap isu pasal homestay akhir-akhir ni, baik pemilik homestay mahupun bakal tetamu, masing- bertelagah..
Pertamanya, kena faham konsep homestay tu apa, klau ikot terma, "Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Jadi sekiranya tetamu hanya menyewa tanpa melakukan aktiviti yang di-hoskan oleh pemilik, ianya lebih kepada Guesthouse (Rumah Tamu) yang disewa harian. Jadi saya jelaskan disini, bilamana anda memilih untuk menyewa guesthouse, anda perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemilik rumah, selaku pemilik, mereka berhak untuk meletak apa saja undang2 yang bersesuaian dan selagi ianya tidak menceroboh hak privasi dan masih logik tetamu perlu hormat.
Seperti hotel juga ada undang2 begitu juga guesthouse. Tetamu memilih untuk menginap di guesthouse sebab jumlah keluarga yang ramai perlu jimat duit tak salah, cuma harus faham selaku pemilik guesthouse yang dah terima pelbagai ragam guest, menghadap kerosakan rumah, menghadap guest yang tidak jujur tidak amanah merosak, mengambil, mengotorkan rumah pastinya kami menghadapi kerugian besar.
Sebelum bersetuju untuk menyewa, sebagai tetamu anda berhak untuk bertanya apa yang boleh dan tak boleh dilakukan, sebagai pemilik guesthouse p**a, anda perlu telus dengan tetamu apa peraturan yg anda tetapkan sebelum menerima wang dari tetamu. Sekiranya tiada persetujuan berkaitan apa2 urusan, tetamu boleh mencari rumah lain, pemilik juga boleh menolak dengan baik.
Jadi apa saja isu berkaitan yang mungkin akan menjadi perbalahan dapat diselesaikan dari awal tanpa perlu menggunakan kuasa viral yg bukan saja merugikan malah mungkin menjatuhkan kedua2 pihak hasil dikecam netizen.
Sekian,
Salah seorang pemilik guesthouse dan juga tetamu guesthouse.

Address

Lot 2, Lorong 1, Taman Hatib Semporna
Semporna
91308

Telephone

+60107793023

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aleesya Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share