27/06/2019
SEAWALKING
Terasa seperti berada di dunia lain!
Mengenakan helmet menyelam seberat 37kg, terasa diri sehebat Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Menuruni anak tangga pelantar dan masuk ke dalam air laut, rasa teruja seolah-olah sedang bergerak menuju ke alam lain. Ketika kaki mencecah dasar laut sedalam 20 kaki, pasir putihnya seakan mengurut lembut celah-celah setiap jari. Jiwa terasa tenang dan damai saat berada di dalam air laut yang membiru kehijauan. Spesies ikan yang cantik dan comel menari menyambut riang kehadiran pengunjung nyata bisa melenyapkan segala kekusutan minda. Pengalaman berjalan selama 30 minit di sea track ini pasti hebat dan mengujakan!
Betul-betul bisa membuatkan anda 'lupa daratan'!!!
Tidak perlu ke Bali, tidak perlu pergi jauh-jauh. Pengalaman menjadi angkaselam ini boleh dinikmati di Pulau Sibangkat, Semporna.
Tempahan boleh dibuat di talian +60 14‑282 8958 (Whatsapp) atau emailkan kepada [email protected]
Nota :
Minimum 2 orang sahaja untuk setiap tempahan.