๐นMAKLUMAT, TATACARA DAN PERATURAN PENGINAPAN DI
HOMESTAY JANNATUL FIRDAUS SEPANG ๐๐ผโโ๏ธ๐๐ผโโ๏ธ๐๐ผโโ๏ธ
PENGENALAN
HJF Private Pool ๐๐ผโโ๏ธadalah sebuah rumah kediaman untuk percutian keluarga yang mengutamakan keselesaan, kebersihan dan keharmonian buat anda beristirehat dan meluangkan masa bersama tersayang dengan fasiliti yang kami sediakan dan pasti tidak mengecewakan.. Berhampiran dengan KLIA dan S
epang F1
Juga sesuai buat anda
๐ธBeristirehat Bersama Keluarga
๐Family Gathering / Family Day
๐ Birthday / Anniversary party
๐Persinggahan / Transit
TATACARA KEMASUKAN
SEMASA TEMPAHAN
1. Booking Tarikh Dengan Bayaran Deposit Rm150
4. Bayaran Penuh Perlu Dijelaskan 7 hari Sebelum tarikh Check-In (jika gagal membuat bayaran, automatik dikira batal dan deposit dikira hangus melainkan atas budi bicara)
SEMASA DAFTAR MASUK CHECK โIN
โข Masa Daftar Masuk (Check In): 3.00pm
1. Serahkan Salinan Ic
2. Orientasi Dan Periksa Peralatan Rumah Bersama Pihak Pengurusan
3. Terima Kunci
โข Pelanggan Yang Berhasrat Untuk Daftar Masuk Atau Daftar Keluar Selain Dari Masa Yang Ditetapkan Adalah Bergantung Kepada Budi Bicara Pihak Kami Dan Aturan Keluar Masuk Pelanggan Lain.
โข Tetamu Yang Membuat Tempahan Hendaklah Hadir Semasa Check-In Dan Wajib Menunjukan Kad Pengenalan. Pihak Homestay Tidak Akan Memberi Kunci Kepada Wakil.
โข Jika Pelanggan Gagal Menghubungi Pihak Pengurusan Dan Pihak Pengurusan Gagal Juga Menghubungi Pelanggan 7 hari Sebelum Tarikh Check in, Tempahan Dianggap BATAL Dan Akan Diberi Tempahan Kepada Pelanggan Lain. SEMASA DAFTAR KELUAR CHECK โOUT
โข Masa Daftar Keluar (Check Out): 12.00pm
1. Pastikan Kebersihan memuaskan
2. Serahkan Kunci
3. Bayaran Deposit akan ditransfer Sekiranya TIADA Kerosakan Dan Kebersihan Rumah Baik
4. Sekiranya Pelanggan Lewat Check-Out Dari Waktu Yang Ditetapkan Caj Rm50 Perjam
( mengikut pertimbangan pengurusan)
.................................................................................
TEMPAHAN, PEMBATALAN DAN PINDAAN TARIKH
โข Sebarang Tempahan Awal Boleh Dibuat Dengan Menghubungi Pihak Kami
โข Pembayaran Deposit Sebanyak Rm150 Bagi Setiap Satu Mlm Diperlukan Untuk Menempah Tarikh Menginap Sebagai Pengesahan Tempahan
โข Deposit Tidak Akan Dipulangkan Sekiranya Tarikh Dibatalkan Pelanggan, Kebersihan Tidak Memuaskan dan Ada Kerosakkan Kecil Ketika Menginap
โข Sebarang Perubahan Tarikh Oleh Pelanggan Hendaklah Dimaklumkan Kepada Kami Selewat-Lewatnya 2 Minggu Sebelum Tarikh Kemasukan Dan Hanya Sekali Sahaja Boleh Ditukar. Jika last minit cancel , 50% bayaran full payment akan dipotong...
..................................................................................
PERATURAN KETIKA DI HJF
KESELAMATAN
๐Pastikan Semua Suis Alatan Elektrik Ditutup Sekiranya Anda Tiada Di Dalam HJF Atau Tidak Digunakan.
๐Sebarang Masalah Teknikal Hendaklah Dilaporkan Segera Kepada Kami.
๐Barangan Terlarang Seperti Senjata Api, Bahan Letupan, Dadah Dan Lain - Lain Yang Dilarang Oleh Pihak Berkuasa Tidak Dibenarkan Di Bawa Masuk Ke Dalam Guest House.
๐Dilarang Merokok Didalam Rumah dan akan dicaj rm100 dr deposit sekiranya didapati merokok
๐ Jika Terjadinya Kebakaran Kecil Pelanggan Dibenarkan Menggunakan Pemadam Api Yang Disediakan Dan Terus Menghubungi Pihak Kami
KEBERSIHAN
๐ฃDilarang Mengubah Atau Mengalihkan Perabot Yang Terdapat Di Dalam HJF
๐ฃDilarang membawa masuk bintang peliharaan seperti kucing dan binatang lain..Kebersihan Hendaklah Di Jaga Sepanjang Masa.
๐ฃSuis Pam Air Terjun Kolam tidak perlu tutup, ini utk penapisan sentiasa berjalan bg membersih semula air kolam
๐ฃElakkan Daripada Membuang Sesuatu (Terutama Tuala Wanita) Ke Dalam Mangkuk Tandas Untuk Mengelakkannya Daripada Tersumbat. Sila Buangkan Ke Dalam Bekas Yang Disediakan.
๐ฃBayaran Perkhidmatan Sebanyak Rm 50 Dikenakan Jika Khidmat Membersih Rumah Dan Tukar Cadar Diperlukan Semasa Dalam Tempoh Penginapan. Untuk Tempoh Sewaan Jangka Panjang Perbincangan Amat Dialu-Alukan.
๐ฃSila basuh Dan Kembalikan Ke tempat Asal Semua peralatan Memasak, Pinggan-Mangkuk Yang Telah Digunakan.
๐ฃSebelum Check-Out Pastikan Kebersihan memuaskan , Jika Tidak Memuaskan Deposit Tidak Akan Dikembalikan
KETENTERAMAN
๐ฏPastikan Kenderaan Anda Diletakkan Dalam Keadaan Berhemah Tanpa Menganggu Lalu Lintas.
๐ฏHJF Ini Terletak Di Kawasan Kejiranan, Elakkan Daripada Membuat Bising Sekitar Jam 11 Malam Sehingga 6.30 Pagi Dan Pastikan Anda Menjaga Adab โ Adab Berjiran Sepanjang Masa Anda Menginap Di sini
KESELESAAN
๐Bilangan Penghuni Yang Sesuai Untuk Menginap disini Maksima Adalah 15 Orang Sahaja Termasuk Kanak2, Kerana Kami Menyediakan 4 Buah Bilik Tidur Sahaja. Ini Bertujuan Untuk Menjamin Keselesaan Dan Kami Tidak Mahu Timbul Sebarang Masalah Keselesaan Dan Masalah Air.
๐Caj Tambahan Akan Dikenakan Jika Melebihi Maksima
PENJAGAAN
๐ปSebarang Kerosakan Dan Kehilangan Barangan HJF Ini Hendaklah Diganti Oleh Pelanggan Serta Merta.
๐ปSemua Peralatan Dan Perabot Merupakan Hak Milik HJF. Sila Gunakan Dengan Berhemah Untuk Kesenangan Bersama.
๐Segala Barangan Peribadi Anda Adalah Atas Tangungjawab Anda Sendiri. Pihak Pengurusan Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Apa Jua Kehilangan Atau Kerosakan Barang Berharga Sepanjang Anda Menginap Di Sini.
๐Hanya Tetamu Muslim Yang Terdiri Daripada Kaum Keluarga Yang Mempunyai Hubungan Mahram Sahaja Dibenarkan Menginap. PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG
๐ต๏ธKanak-Kanak Di Bawah Umur 6 Tahun Hendaklah Ditemani Setiap Masa.
๐ต๏ธPengguna Adalah Dilarang Membawa Masuk Sebarang Jenis Minuman Dan Makanan Ke Dalam Kolam Renang.
๐ต๏ธPengguna Wajib membawa Pakaian Mandi @ Berkain Nylon @ Berkain Jersi, ini mengelakkan air kolam menjadi keroh jika mandi menggunakan pakaian biasa berkain Cotton dan jeans kerana bilasan sabun dan habuk bulu yg terdapat pada kain trsebut punca air menjadi keroh dan kotor.
๐ต๏ธPengguna Dilarang Membawa Masuk Sabun, Syampu Atau Benda Lain Yang Tidak Berkaitan Di Kawasan Kolam.
๐ต๏ธPengguna Hendaklah Sentiasa Menjaga Kebersihan Kawasan Sekitar Kolam.
๐ต๏ธDilarang Membuang Apa-Apa Benda Termasuk Cairan Ke Dalam Kolam.
๐ต๏ธPengguna Dilarang Membawa Masuk Sebarang Jenis Binatang Ke Kawasan Kolam.
๐ต๏ธPihak Pengurusan Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Sebarang Kerugian, Kecederaan, Kemalangan Atau Kematian Pengguna Sebelum, Semasa Dan Selepas Menggunakan Kolam Renang Ini.
๐ต๏ธDilarang Mengusik Landskap Dan Tanaman sekitar
๐ต๏ธ Bersihkan diri dulu sebelum masuk ke dalam kolam, dan bukakan pampers jika ada kanak2 yg memakai pampers. Caj rm100 akan dikenakan sekiranya didapati ada campuran bahan asing didalam kolam kerana kami paling menitik beratkan kebersihan dan kesihatan air kolam bg anda dan pelanggan yg lain pula. SETELAH ANDA MEMBUAT BAYARAN TEMPAHAN, INI BERMAKNA ANDA TELAH MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. TANDATANGAN PENGESAHAN DIPERLUKAN SEMASA ANDA MENDAFTAR. HJF AKAN SENANTIASA MENITIKBERATKAN KESELESAAN & KESELAMATAN DARI MASA KE SEMASA. KESELESAAN, KESELAMATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...๐