09/05/2026
Nikmati pengembaraan memukau 9H7M merentasi bumi Yunnan yang kaya dengan panorama alam, budaya unik dan suasana pergunungan yang menenangkan. Bermula di Kunming yang dikenali sebagai City of Eternal Spring, perjalanan diteruskan ke kota romantik Dali yang terkenal dengan seni bina klasik dan suasana santai di Dali Ancient Town.
Pengalaman semakin mengagumkan apabila menuju ke Shangri-La, destinasi tanah tinggi yang sering digambarkan sebagai syurga tersembunyi di China. Saksikan keindahan alam semula jadi di Tiger Leaping Gorge, nikmati ketenangan di Nah Pah Hai Lake serta hayati suasana tradisional Tibet di Dukezong Old Town.
Perjalanan diteruskan ke Lijiang yang terkenal dengan bandar lama warisan UNESCO, keindahan Blue Moon Valley dan panorama Snow Mountain Glacier Park yang begitu enchanting dan breathtaking. Lengkap dengan pengalaman budaya tempatan, pasar tradisional, masjid komuniti Muslim serta perjalanan bullet train yang moden, pakej ini menggabungkan elemen alam, budaya dan pengalaman premium dalam satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan.
15 OGOS 2026
29 OGOS 2026
12 SEPTEMBER 2026
29 SEPTEMBER 2026
17 OKTOBER 2026
31 OKTOBER 2026
7 NOVEMBER 2026
14 NOVEMBER 2026
28 NOVEMBER 2026
8 DISEMBER 2026
15 DISEMBER 2026
26 DISEMBER 2026
Dm untuk maklumat lanjut