Kembara Haji 1444H

Kembara Haji 1444H Perjalanan Duyufurrahman: Pengalaman untuk Panduan kepada bakal-bakal haji tahun 2023.

03/05/2026

Selamat menunaikan fardhu haji kpd Duyufurrahman. Semoga kalian beroleh haji mabrur.

11/01/2026

Alhamdulillah berkesempatan menziarahi kembali Baginda Rasul SAW. Semoga kalian Yang membaca posting ini disampaikan juga hajat menziarahi Baginda suatu masa nanti. Ameen.

Check out Hyrole Soaswtโ€™s video.

16/07/2024

Assalamualaikum Wrh Wbrkth. Selamat datang bakal Duyufurrahman sekalian. Semoga beroleh manfaat. Asri Wahab, Zuraima Zakaria, Adlynne Sofia, Ummu Fasihah

08/06/2024

Wukuf 7 hari lagi

โ€œTiada hari-hari yang lebih agung dan dis**ai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil,takbir, dan tahmid kepada-Nya.โ€ (Riwayat Ahmad)

08/06/2024

Sahabat KH1444H. Setiap kita diuji dengan pelbagai ujian berbeza. Ada seorang sahabat saya sebentar lagi bakal berlepas ke Makkah. Ujian kepada beliau agak berat. Terpaksa meninggalkan anakanda beliau yang baharu sahaja diagnosis lukemia tahap 4.

Perancangan awal beliau bersama isteri akan menunaikan haji bersama tahun ini. Namun hajat isteri beliau terpaksa dibatalkan demi menjaga anaknya yang perlu menjalani rawatan kimoterapi di hospital dalam tempoh yang panjang.

Ketika berjumpa beliau beberapa minggu lepas, nampak beliau sangat sugul dan kebimbangan di wajah beliau. Saya jelaskan kepada beliau satu per satu proses dan langkah2 untuk melengkapkan perjalanan sebagai Duyufurrahman di sana nanti. Beliau akui tidak dapat komited untuk menghadiri kursus haji dengan sempurna kerana kesibukan berhadapan ujian ini.

Sebelum ini saya nasihatkan agar beliau istikharah dan berbincang bersama pasangan di samping dengan Pengurusan TH untuk merancang perjalanan beliau di sana serta merancang bagaimana menguruskan keluarga di sini. Hari ini saya hadir di Movenpick untuk bertemu beliau namun tiada rezeki kerana beliau telah selamat berada di bilik taklimat dan bersiap untuk bergerak ke KLIA.

Hajat beliau agar didoakan keselamatan beliau khususnya anakanda yang sedang berhadapan ujian ini seawal usia 13 tahun. Saya kongsikan mesej beliau untuk sahabat KH1444H mengaminkan...

"Pohon doakan ana dipermudahkan segala urusan Haji dan beroleh Haji yang mabrur... doakan juga anak2 dan isteri ana sentiasa dalam perlindungan Allah jua..."

Terima kasih semua.. semoga segala kebaikan turut dikembalikan kepada kalian.

Bismillah..Antara peralatan basic yang sangat penting terutamanya ketika melaksanakan Umrah/Haji. 1. Botol spray 150mlBo...
18/05/2024

Bismillah..

Antara peralatan basic yang sangat penting terutamanya ketika melaksanakan Umrah/Haji.

1. Botol spray 150ml
Botol spray kecil ini sangat berguna kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Oleh kerana kedudukan tandas yang agak berjauhan dari dewan solat Masjid, maka dengan menggunakan botol spray ini tiada masalah untuk memperbaharui wudhu pada bila-bila masa tanpa perlu berjalan jauh. Tambahan p**a ketika semakin hampir tarikh Wukuf, berjuta jemaah berada di sekitar Al Haram dan menyukarkan pergerakan serta mendapat kembali tempat solat yang ditinggalkan. Bawa botol kosong dari hotel dan isikan air Zam-zam ketika sampai di Masjid. Selain itu, memandangkan cuaca yang semakin panas khusunya ketika di Arafah dan Mina (waktu berjalan ke Jamrat untuk melontar), semburan air zam-zam pada kepala dan muka sangat menyegarkan.

2. Minicure
Di dalam kotak kecil minicure di foto terdapat dua alat penting iaitu pemotong kuku dan gunting. Bagi yang Umrah berkali-kali khususnya pastikan anda membawa bersama alat ini untuk bertahlul sebaik sahaja menamatkan pusing ke-7 Sa'i di bukit Marwa. Cari kawasan yang sesuai untuk bertahlul bagi memudahkan urusan jemaah lain bersa'i. Tujuan menyegerakan tahlul adalah bagi mengelakkan kita terlupa akan perkara-perkara larangan ihram sepanjang perjalanan ke dan di hotel sehingga dikenakan bayaran dam.

3. Tasbih Elektronik
Sedaya upaya perbanyakkan zikir dan selawat sepanjang berada di sana. Setkan KPI masing-masing sama ada 100x, 300x, 500x, 1000x sehari secara konsisten. Cari kelebihan Selawat (lazimnya disebutkan oleh bilal sebelum khutbah Jumaat).

4. Tasbih Tawaf
Tasbih dengan 7 butir manik kayu ini sangat berguna ketika Tawaf. Tujuannya sebagai panduan untuk mengira setiap pusingan lengkap tawaf. Pelbagai tips digunakan para jemaah seperti membaca zikir berbeza pada setiap pusingan, dan menggunakan kiraan jari. Namun, kehadiran terlalu ramai jemaah menyebabkan ada kalanya kita hilang fokus pada kiraan jari dan zikir yang dibaca. Cara lain sy gunakan adalah setkan masa tawaf menggunakan telefon bagi setiap pusingan sehingga lengkap 7 pusingan.

6. Beg Kasut
Mungkin sudah berkali-kali asatizah telah berpesan berkenaan hal kasut/selipar ketika di Masjid. Bawalah selipar yang ringan dan mudah dibawa untuk dimasukkan ke dalam beg tersebut. Tiada halangan untuk memakai kasut ketika tawaf sunat (amalan paling dituntut di Al Haram). Namun pastikan kasut tersebut suci daripada najis tanpa rasa was-was.

Peralatan di atas adalah sumbangan kepada para Duyufurrahman pada tahun ini. Alhamdulillah 30 set kelengkapan tersebut telah diedarkan kepada para jemaah tahun ini. Ada berbaki lebih 30 set lagi untuk diagihkan dalam minggu ini.

Dikemaskini:
Hadir ke Kompleks TH di Movenpick Sepang pagi ini untuk bertemu jemaah bagi menyampaikan baki sumbangan. Rupanya pagi ni tiada penerbangan. Mujur terjumpa hero2 TH ni untuk dikirimkan kepada jemaah yang akan bertolak malam ini. Alhamdulillah selesai hajat tahun ini. Terima kasih juga kepada sahabat Haji 1444H KT005 Maktab 81 yang sama terlibat dalam projek ini. Semoga semuanya beroleh Haji Mabrur. Ameen..

13/05/2024

Kepada bakal Duyufurrahman, sematkan dalam hati dan pasakkan niat untuk menamatkan ibadah Haji dengan sempurna. Sentiasa berdoa kepada Nya agar diberikan kemudahan dan bantuan dalam segenap langkah menuju ke kemuncak Haji. Jika boleh, jangan putus amalan sunat harian seperti Tahajjud, Dhuha, Sedekah, Al Quran, Selawat dan lain-lain.

Ujian setiap orang berbeza.. bukan sahaja di tanah air, sesampai di tanah haram lain p**a ujiannya. Ada yang sihat tiba-tiba boleh jatuh sakit. Ada satu jemaah mengadu kepada saya, ibu saudaranya yang siuman, sampai sahaja di tanah haram ibarat hilang ingatan. Beliau diuji untuk menjaga makciknya wlupun pada awalnya tiada berita tentang keadaan kesihatan makciknya. Saya hanya mampu menyatakan supaya beliau bersabar dan berdoa agar dipermudahkan beliau. Si kaya p**a diuji dengan ketidak selesaan ketika di khemah Mina.. Sehingga ada yang mengambil sikap pentingkan diri sendiri. Ada yang sakit bermacam alasan setiap kali untuk ke Al Haram, tapi boleh p**a tawaf di Safa tower.

Sentiasa beringat, Dia menguji kita untuk menilai sejauh mana penyerahan diri kita kepada Nya. Jadi kembalikan lah segalanya kepada Nya. Kita berikhtiar dan berazam untuk lakukan sehabis baik bagi memperoleh haji mabrur. InshaAllah semoga Allah SWT menqabulkannya.

___________โœจ๐Ÿ•Œโœจ_________*ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’**ุณู„ุงู…ุฉ ู…ฺฝู…ุจูˆุช ู‡ุงุฑูŠ ุฑุงูŠ*ุนูŠุฏ ุงู„ูุทุฑูŠ ุงู„ู…ุจุงุฑฺฉ. ู…ุนุงู ุธุงู‡ูŠุฑ ุจุงุทูŠู†...
10/04/2024

___________โœจ๐Ÿ•Œโœจ_________

*ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’*

*ุณู„ุงู…ุฉ ู…ฺฝู…ุจูˆุช ู‡ุงุฑูŠ ุฑุงูŠ*
ุนูŠุฏ ุงู„ูุทุฑูŠ ุงู„ู…ุจุงุฑฺฉ. ู…ุนุงู ุธุงู‡ูŠุฑ ุจุงุทูŠู†.

ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Khatam Al Quran di Al Haram pada penghujung Ramadan 1445H
08/04/2024

Khatam Al Quran di Al Haram pada penghujung Ramadan 1445H

05/04/2024

26 Ramadan 1445H

Hampir setahun berlalu.. rindunya saat di Arafah.. paling tidak dapat dilupakan ketika hampir luput waktu wukuf.. melihat mentari tenggelam di balik bukit..

Perasaan s**a bercampur duka.. rasa duka kerana mungkin inilah saat terakhir di Arafah, manakala rasa syukur serta kerana hampir berjaya menyempurnakan kelima-lima Rukun Islam. Hanya Allah SWT shj yg mengetahui bagaimana rasanya.

Semoga hajat para sahabat dimaqbulkan juga. Insha'Allah tiada yang mustahil bagi Nya. Teruskan berdoa dan merayu kepada Nya. Pasti ada rezeki untuk ke sana. Ameen.

https://www.facebook.com/share/v/hc4zHvpHoK7jJ483/?mibextid=oFDknk

Address

Kota Warisan
Sepang
43900

Telephone

+60192404181

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Haji 1444H posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Haji 1444H:

Shortcuts

Share