22/08/2021
ilmu cara mengenali dan memilih Reel/mesin anda
Banyak dipasaran kini, jenama yg membantu dalam arena dunia pemancing ni
Antaranya SHIMANO , ABU GARCIA, PENN , DAIWA dan banyak lagi
Kali ini bincangkan atas jenama yg kerap guna iaitu SHIMANO
★ Apakah Tips ADC bagi memilih jenis Reel/Mesin?
■■ Pada pendapat ADC, sebagai pemancing kita harus bijak dan mengetahui jenis2 reel yang bersesuaian dengan teknik pancingan kita. Disini ADC jelaskan jenis2 reel
■■ Spinning = mesin biasa yg kita gunakan tarikan depan.sesuai untuk casting, jigging, trolling dan juga bottom.
■■ Bait Caster = mesin yang digunakan bagi acara casting
■■ Drum = mesin yang berbentuk bulat yang menyokong tali banyak, sesuai untuk casting dan juga bottom.
■■ Multiplayer = mesin yang biasanya menggunakan elektrik pada rotor spool yang digunakan untuk acara bottom dan juga trolling laut dalam.
★Apakah beza nya reel dengan tanda 1000, 2000, 4000, 6000...22000?
■ Bezanya terdapat pada gelendong @ spool mesin itu..iaitu jumlah masukkan talinya..semakin besar nilainya, semakin banyak masukkan tali kedalam spool ini.
★ Apakah nilai tulisan yang tertulis dibadan spool ini? Cth 0.5~200m, 0.35~100m
■ Jika anda nampak tulisan macam ni atau yang bertulis LINE CAP, ianya bermaksud kadar ukuran masukkan tali kedalam spool ini..jika anda menggunakan ketebalan tali 0.5mm, jadi hanya 200 meter boleh digulung dalam spool ini..begitulah seterusnya.
★ Bagaimana kita nak mengetahui kekuatan reel kita/max drag?
■ Biasanya ada tertulis dikotak reel ini..sebagai cth max drag 27kg..dengan ini reel ini hanya dapat bertahan pada kekuatan 27kg sahaja..jika lebih, kemungkinan spool/bearing tidak mampu menyokong pada gear dan akan pecah..bergantung juga pada ketebalan tali yg digunakan..semakin tebal tali, semakin banyak beban yg ditanggung oleh reel ini.
★ Apakah maksud pada tulisan belakang cth 4000XG, 4000PG, 4000HG?
■ XG = Extra Power Gear
HG = High Power Gear
PG = Power Gear
Stradic 4000FJ...FJ tu (F) front drag ,revision J. (USDM) ukuran bagi US brand
Stella 5000XG...XG tu untuk high gear ratio (JDM) ukuran bagi Japan Brand
★ Apakah keistimewaan nya XG, HG DAN PG ni?
■ HG atau highgear
■ selalunya gear ratio 5.7 keatas (ratio tinggi). Penggunaan reel ratio tinggi amat sesuai untuk aktiviti light jigging (sekala jig 80gm kebawah), bulu dan popping kerana penggunaan lure yg ringan serta kurang rintangan air.
■ Fungsinya: memerlukan karauan yg laju. Walaupun highgear tidak sesuai utk lure sekala 100gm keatas namun ianya masih boleh dipratikkan tetapi memerlukan tenaga yg banyak bagi jigger yg aktif kerana reel highgear umpama kereta Ferrari, berkelajuan tinggi tetapi berat jika digunakan utk menarik beban.. seperti panjat bukit guna gear 5.. sudah tentu amat memenatkan.
■ PG atau powergear
■ selalunya gear ratio sekitar 4.6 (ratio rendah). Penggunaan reel ratio rendah amat sesuai utk aktiviti heavy jigging (sekala jig 120gm keatas) dan light bottom (penggunaan batu ladung) kerana fungsinya utk menarik beban dan tidak memenatkan.. umpama kereta 4x4, tidak berkejauan tinggi tetapi ringan utk menarik beban (dengan kekuatan yg baik). Namun begitu reel yg ratio rendah juga sesuai digunakan utk aktiviti light jigging ataupun popping, bergantung pada kesesuaian setiap lokasi padang sasar serta ikan target (saiz mega).
★ Yang mana lebih sedap pakai?
■ Soalan subjektif kerana bergantung pada keselesaan individu, kesesuaian teknik, lokasi dan ikan target.
Contoh , reel gear ratio tinggi amat sesuai di perairan utara kerana kebanyakkan padang pancing disini memerlukan karauan yg laju utk menjerat mangsa
★ Apakah maksud Ball Bearing, Gear Ratio , Line Capacity yang biasa tertera pada spesifikasi sesuatu reel ?
■■ Bearing – Jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah mesin/kekili. Contohnya ‘3 ball bearing’ bermaksud terdapat 3 alas bebola yang digunakan dalam kekili.
■ Alas bebola bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek.
■ Terdapat kekili yang dipasang dengan 10 alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin MAHAL dan RINGAN kekili tersebut .
■ Namun terdapat masalah di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi.
■ Alas bebola ini boleh diganti jika haus atau rosak.
★★TIPS ADC : Biasakan service reel dengan meletak grease pada bahagian gear dan bearing selepas digunakan pada air masin.
■■ Gear ratio
– Ini adalah nisbah pergerakan putaran kekili berbanding putaran gelendung tangsi.
■ Contohnya 4.9:1 membawa maksud satu pusingan karauan gelendung tangsi akan berpusing sebanyak 4.9 kali.
■ Semakin besar nisbah semakin laju kemampuan kekili berkenaan mengulung kembali tangsi ke dalam gelendungnya.
■ Semakin kecil reel, semakin tinggi nilai gear rationya.
■■ Line Capacity
– Perkataan ini merujuk kepada panjang tangsi yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili. Semakin halus diameter tangsi semakin banyak muatan tangsi boleh disimpan di dalam gelendung.
Terdapat dua jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili iaitu lb/yd atau dia/m.
Untuk lb/yd
LB = us imperial scale unit ukuran
YD = Yards ukuran ela
★★ ADC : 1 LB = 0.5KG
ia membawa makna kekuatan tangsi dalam paun dan panjang yang boleh diisi dalam ela.
Manakala dia/m p**a
Dia = Diameter
M = Meter
merujuk kepada ukurlilit tangsi yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tangsi 0.5 inci boleh diisi sepanjang 200 meter di dalam gelendung kekili
★★ ADC menerangkan lanjutan mengenai pemilihan gear ratio dan line capacity
■■ mengarau/cranking.
selain gear ratio, penting juga kita tahu 'line per retrieve(inch/cm)'. maksudnya sekali pusing/karau berapa panjang mainline kita dpt spool in.
sebagai contoh 2 reel yg letak tu:
Shimano Caenan-ratio 5.6:1= line per retrieve 27 [email protected]
Daiwa Zillion 100SHA-ratio 7.1:1= line per retrieve 30 [email protected]
jadi secara jelas kita dpt lihat daiwa Zillion mengarau lebih cepat+banyak mainline dengan 1 karauan sahaja berbanding Caenan.
okey itu dari segi kuasa karauan dan 'line per retrieve'.
dari segi penggunaan, kene sesuaikan dengan gewang.
kalau kita guna reel high speed@lebih dari speed 6 tidak sesuai untuk cast gewang selaman dalam.
sebab apa?
■■ contoh kalau reel Daiwa zillion di atas (7.1:1) kita guna dengan gewang Deep Tail Dancer mmg terasa berat masa cranking atau karau. tp kalau gewang Deep Tail Dancer kita guna dengan Shimano Caenan, terasa kayuhan/karauan lebih ringan daripada zillion tersebut. dan paling sesuai untuk gewang selaman dalam ni kl guna reel ratio 5.8:1 dan ke bawah (conquest/zillion crazy cranker/ryoga-sekadar contoh je ni). guna speed slow untuk gewang selaman dalam ni kita dapat rasa karauan lebih ringan dan persembahan gewang lebih cantik.
kalau nk lebih senang faham, kene test sendiri.
cuba cari high speed dan low speed reel.
pastu cuba main gewang top water dan deep cranking. pasti terasa bezanya.
kalau acara laut sbg contoh, jigging nk speed slow manakala popping nak speed laju.
★★ Apakah keistimewaan reel jenis multiplayer? Sila rujuk gambar Shimano 9000ZB
■■ Keistimewaan multiplayer ni,
■ Dapat menggulung tali dengan jumlah yg banyak, ini kerana gelendong/spool nya terbina lebih besar yang sesuai menampung jumlah beban yang tinggi..MAX DRAG
■ Kebanyakkan multiplayer dibina dengan motor elektrik yang menggunakan bateri 12volt DC , ianya bertujuan untuk membantu karauan bagi buangan tali yang panjang di laut dalam. Bayangkan anda terpaksa karau dengan mesin spinning menarik beban batu ladung bersaiz 2kg+berat ikan melebihi 50kg..tercabut urat tangan anda dan lemah seperti sotong..hehhehee
■■ ADC mengesyorkan pemancing laut dalam menggunakan reel jenis multiplayer ini, walaupun harganya agak mahal, namun ianya mampu membantu anda menaikkan hasil yang bagak2 jauh lebih bernilai dari harga reel ini