Sumayyah Travel and Tours Sdn Bhd

Sumayyah Travel and Tours Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sumayyah Travel and Tours Sdn Bhd, Travel Agency, NO 56-1 Jalan SAUJANA KLIA 1/A, Sepang.

PAKEJ UMRAH EKSKLUSIF,PAKEJ UMRAH EKSKUTIF,PAKEJ UMRAH VIP,PAKEJ UMRAH ZIARAH TURKI,ZIARAH MUSLIM ISTANBUL MESIR AQSA,WAQAF HARAMAIN,AQIQAH DAN KORBAN HARAMAIN,BADAL DAN UPAH HAJI UMRAH,GROUND HOTEL MEKAH MADINAH DAN TRANSPORT, HOMESTAY we provide holiday packages around Malaysia and regional,umrah and hajj car rental servises, event planner, eco tourism, scuba diving, culture tourism and many more

11/08/2026

๐Ÿ•‹ NAK KE UMRAH, TAPI MASIH TAKUT TAK CUKUP ILMU?

Jangan tunggu sampai berada di Tanah Suci baru nak belajar.โ€ผ๏ธ

Umrah bukan sekadar perjalananโ€ฆ ia adalah ibadah yang perlu dipersiapkan dengan ilmu, hati dan kefahaman.

Sebab itu kami bawakan ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ untuk tuan/puan, sahabat-sahabat, komuniti, surau, masjid, pejabat atau mana-mana organisasi yang ingin menganjurkannya.

โœ…Tak perlu fikir tentang penceramah.
โœ…Tak perlu risau tentang pengisian.
โœ…Sediakan tempat & tetapkan tarikh โ€” Insya-Allah kami hadir.

Mari kita sama-sama persiapkan diri sebelum menjadi Tetamu Allah. ๐Ÿ•‹

Kerana perjalanan ke Tanah Suci yang indah, sebaiknya dimulakan dengan ilmu yang benar dan hati yang bersedia.

๐Ÿ“ฒ Nak anjurkan Kursus Umrah di tempat anda? Hubungi kami:

๐Ÿ‘‰ www.wasap.my/60198023485/KURSUS_UMRAH
๐Ÿ‘‰ www.wasap.my/60198023484/KURSUS_UMRAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita, warga Sumayyah Travel & Tours merakamkan ucapan t...
03/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, warga Sumayyah Travel & Tours merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham KP Mohd Radzi Bin Rahimi @ Edy Radzi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, yang telah kembali ke rahmatullah dalam tragedi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Janda Baikโ€“Bentong.

Allahyarham merupakan bekas jemaah Umrah Sumayyah pada tahun 2024. Pernah bersama kami sebagai tetamu Allah di Tanah Suci, meninggalkan kenangan yang akan sentiasa kami kenang.

Allahyarham terkorban bersama isteri, salah seorang anak kembar mereka serta seorang abang ipar. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan yang amat berat ini.

Kami warga Sumayyah Travel & Tours sama-sama mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, menerima segala amal kebajikan, melimpahkan rahmat serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga mangsa yang masih menerima rawatan p**a dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Pergimu sebagai Duyufurrahman, p**angmu semoga menjadi Ibadurrahman โ€” hamba-hamba Allah yang sentiasa berada dalam rahma...
28/07/2026

Pergimu sebagai Duyufurrahman, p**angmu semoga menjadi Ibadurrahman โ€” hamba-hamba Allah yang sentiasa berada dalam rahmat dan ketaatan kepada-Nya.

Alhamdulillah, para jemaah telah selamat kembali ke tanah air setelah menyempurnakan ibadah umrah. Semoga Allah SWT menerima setiap tawaf, saie, doa dan pengorbanan, lalu mengurniakan umrah yang mabrurah.

Bawalah p**ang bukan sekadar air zamzam dan buah tangan, tetapi juga hati yang lebih lembut, lidah yang lebih terpelihara, solat yang lebih khusyuk dan jiwa yang sentiasa merindui Baitullah. Itulah oleh-oleh paling berharga dari Tanah Suci.

Semoga Allah SWT mengekalkan istiqamah dalam setiap amal kebaikan dan mengizinkan kita semua kembali menjadi tetamu-Nya pada waktu yang terbaik. Amin ya Rabbal โ€™Alamin. โค๏ธ


๐๐„๐—๐“ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Berminat menunaikan umrah bersama kami?PM kami segera! ๐Ÿ“ฉBagi kami, umrah bukan sekadar membawa jem...
27/07/2026

๐๐„๐—๐“ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Berminat menunaikan umrah bersama kami?
PM kami segera! ๐Ÿ“ฉ

Bagi kami, umrah bukan sekadar membawa jemaah ke Tanah Suci, tetapi menyantuni setiap langkah mereka menuju keredaan Ilahi.

Kami tidak mengejar kuantiti, tetapi lebih mengutamakan kualiti perkhidmatan, bimbingan ibadah, keselesaan serta perhatian buat setiap jemaah agar perjalanan umrah dapat dilalui dengan lebih tenang, mudah dan bermakna.

In shaa allah, setiap perjalanan bersama Sumayyah Travel & Tours adalah sebuah amanah yang kami pikul dengan penuh tanggungjawab.

Semoga Allah SWT memilih kita semua menjadi tetamu-Nya dan mempermudahkan langkah menuju Baitullah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Alhamdulillah, semua jemaah selamat tiba di Terminal Haji, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA), Jeddah d...
27/07/2026

Alhamdulillah, semua jemaah selamat tiba di Terminal Haji, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA), Jeddah dan sedang menunggu proses pelepasan sebelum berlepas. Mohon doa agar segala urusan dipermudahkan, penerbangan berjalan lancar, dan semua jemaah tiba di destinasi dengan selamat. In shaa allah ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Sebelum melangkah p**ang ke tanah air, para jemaah menziarahi bumi Taif bumi yang menjadi saksi kesabaran, kasih sayang ...
27/07/2026

Sebelum melangkah p**ang ke tanah air, para jemaah menziarahi bumi Taif bumi yang menjadi saksi kesabaran, kasih sayang dan ketabahan Rasulullah ๏ทบ dalam menyampaikan risalah Islam.

Di bumi Taif, kita belajar bahawa tidak semua jalan dipenuhi kemudahan, namun setiap ujian yang dihadapi kerana Allah pasti mempunyai hikmah.

Semoga setiap ibrah yang dibawa p**ang mengajar kita untuk terus bersabar, memaafkan dan berharap hanya kepada Allah SWT. ๐Ÿค


Bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada bumi yang menjadi kiblat seluruh umat Islam. Setiap langkah dalam Tawaf W...
26/07/2026

Bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada bumi yang menjadi kiblat seluruh umat Islam. Setiap langkah dalam Tawaf Wadaโ€™ seakan menitipkan doa agar Allah SWT mengizinkan pertemuan ini bukanlah yang terakhir.

Alhamdulillah, para jemaah telah menyempurnakan Tawaf Wadaโ€™ sebelum meninggalkan Kota Suci Mekah dan meneruskan perjalanan menuju bumi Taif.

Semoga kerinduan kepada Baitullah terus hidup dalam hati, kerana hakikatnya yang p**ang hanyalah jasad, tetapi hati akan sentiasa tertinggal di hadapan Kaabah.


๐Ÿ•‹ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ก & ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐šPerjalanan ini masih diteruskan, membawa hati menghayati lebih banyak ibrah di bumi ya...
23/07/2026

๐Ÿ•‹ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ก & ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š

Perjalanan ini masih diteruskan, membawa hati menghayati lebih banyak ibrah di bumi yang penuh kemuliaan.

Para jemaah berpeluang menziarahi Muzium Abu Bakar Al-Moudi dan Wadi Al-Fajr, sebelum menuju ke Miqat Hudaibiyah untuk berniat ihram bagi menyempurnakan umrah ketiga.

Setiap kali lafaz โ€œLabbaikallahumma Labbaikโ€ bergema, setiap kali itu jugalah hati dipanggil untuk kembali tunduk kepada Allah SWT. Barangkali inilah hikmah sebuah perjalananโ€ฆ bukan sekadar mengulang umrah, tetapi memperbaharui taubat, menguatkan harapan dan menyucikan jiwa.

Semoga setiap langkah di Tanah Suci menjadi asbab hati semakin dekat kepada Allah SWT dan p**ang membawa cahaya iman yang berkekalan. ๐Ÿค


๐Ÿ•‹ Ziarah Luar Mekah & Persediaan Umrah KeduaHari ini, para jemaah berpeluang menziarahi Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rah...
22/07/2026

๐Ÿ•‹ Ziarah Luar Mekah & Persediaan Umrah Kedua

Hari ini, para jemaah berpeluang menziarahi Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah, serta melalui bumi Arafah dan Mina. Turut dikongsikan penghayatan tentang Khutbah Terakhir Rasulullah ๏ทบ yang menjadi pedoman buat seluruh umat.

Perjalanan diteruskan ke Miqat Jiโ€™ranah untuk persediaan melaksanakan umrah kedua.

Semoga setiap langkah di Tanah Suci menambahkan ilmu, menyuburkan iman dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. ๐Ÿค


๐Ÿ•‹ Menjadi Tetamu Allah adalah sebuah jemputan yang indahโ€ฆBersama Sumayyah Travel & Tours, kami menyantuni perjalanan iba...
21/07/2026

๐Ÿ•‹ Menjadi Tetamu Allah adalah sebuah jemputan yang indahโ€ฆ

Bersama Sumayyah Travel & Tours, kami menyantuni perjalanan ibadah anda dengan penuh amanah dan kasih sayang.

Dari persediaan di tanah air, bimbingan manasik, sehinggalah perjalanan di Tanah Suci kami hadir menemani setiap langkah menuju Baitullah.

Jika hati sudah rindu, mungkin ini masa untuk menyahut panggilan-Nya.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan tempah pakej anda sekarang sebelum terlambatโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60198023482/UmrahSTT
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60198023484/UmrahSTT
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60198023485/UmrahSTT


Address

NO 56-1 Jalan SAUJANA KLIA 1/A
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60198023484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sumayyah Travel and Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sumayyah Travel and Tours Sdn Bhd:

Shortcuts

Share

Category