25/03/2022
Masjid Qiblatain
Masjid Qiblatain adalah satu-satunya masjid yang paling unik di seluruh dunia yang terletak di kota Madinah. Keunikan yang terdapat pada masjid ini ialah mempunyai kiblat yang berlainan arah.
Dulu, tempat ibadah yang terletak di Al Qiblatain, Madinah, ini bernama Masjid Bani Salamah. Kenapa masjid ini dinamakan dengan Bani Salamah? Hal ini kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah.
Pada bulan Rejab tahun ke dua Hijrah, Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu untuk memindahkan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Pada waktu itu, Nabi Muhammad S.A.W. sedang solat menghadap Baitul Maqdis di Jerusalem. Kemudian, Allah S.W.T menurunkan wahyu yang tercatat pada surah Al-Baqarah:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Baqarah:144)
Ketika wahyu itu turun, Rasulullah S.A.W sedang melaksanakan solat dua rakaat. Setelah perintah itu turun, Rasulullah mengubah posisi kiblatnya dengan menghadap ke arah kiblat baru. Iaitu ke arah Masjidil Haram.