21/11/2023
Assalammualaikum warga RTK...
Harap semuanya sihat....
Pd yg tengah menghitung hari utk terbang ke korea,mesti tgh tk sabar2 kn....(waaaaa bestnya....hehehe)
Pd yg belum ada rezeki utk mencapai impian utk menjejakkn kaki di bumi korea,sy doakan dimasa akan dtg impian anda akan tercapai...Amin...
Hujung bulan ni dah start cuti sekolah...so ramaila yg akan terbang ke korea untuk menikmati musim sejuk dikorea...
So..apa tip2 yg penting ketika kita melancong ke korea pd musim winter dan apa yg kita perlu tahu...
catatan dibwah ini adalah mengikut pengalaman sy sebagai tour guide di korea sejak 2011 dan setiap tahun sy merasa musim sejuk dikorea.(bukan nak riak ye...hehehe)
1) Bilakah musim sejuk dikorea bermula?
Biasanya cuaca sejuk bermula dr pertengahan bulan november sehinggalah awal bulan march.
2) Adakah waktu siang lebih pendek?
Ya,terbit matahari akan bermula pd jam 7pg dan terbenam pg jam 4.30 ptg.
3) Bagaimana keadaan suhu pd musim sejuk?
Purata suhu pd bulan Disember adalah 0'c hingga -17'c,bulan jan suhu boleh mencecah sehingga -25'c
(Sy penah rasa suhu -21'c,nk bercakap pn tk boleh...hahaha)
4) Adakah salji akan turun disetiap hari?(soalan famous)
Salji ni seperti hujan jugak,cuma bentuk dia je lain,so bila seperti hujan kdg2 turun kdg2 tk,mgkin hari turun kt tempat lain mgkin besok dia turun kt tempat lain...bukan hari2 turun...hehehe
5) Sesuai ke guna public transport ketika musim winter?
Sesuai,nama pn nk merasa cuaca sejuk....guna public transport lg best...sambil2 jln nk ke subway station atau bus stop,salji pn turun...perghhhhh...syahdu beb...hahaha
Perkara yg paling penting ketika melancong ke korea time musim winter adalah pemakaian coat/jaket yg sesuai...
ramai yg ambik mudah tentang perkara ini.
1) Pilih fabrik yg betul utk coat/jaket iaitu dr jenis cashmere atau wool.bahagian luar yg jenis kalis air.
2) Saiz yg tepat,kebanyakkan sy lihat ramai yg pakai coat/jaket dgn saiz yg besar dr badan.sbb bila saiz besar tidak dpt memberi kepanasan pd badan anda,lg satu b*k ruang angin boleh masuk dicelah2 pengelangan tgn dan jgak di bahagian pinggang...so cari coat/jaket yg fix dgn badan anda...supaya badan anda akan terasa panas.
3) Carila coat/jaket yg berpoket,jgn sangka anda pakai sarung tgn,tgn anda tk rasa sejuk....fuhhhh sejuk beb...itu la gunanya poket nnti...hahaha
So setakat ini dahulu penulisan sy tentang Cuaca winter dikorea...ada masa lg sy akan tulis lg....hehehe
Klu ada yg berminat utk mendapatkan harga pakej ground ke korea atau ingin tour guide dikorea bermula pd cuti sekolah hujung bulan ini sehingga hujung bulan 12...anda boleh whatsapp sy di no dibawah...
Klu ada pertanyaan tentang korea anda juga boleh whatsapp sy...tq...
TQ admin RTK
https://www.facebook.com/pakejbajetmuslimkekorea/
https://wapp.my/60105119300/
https://wapp.my/60105119300/
https://wapp.my/60105119300/
GAMBAR SEKADAR HIASAN...😂😂😂