20/03/2025
Amalan 10 malam terakhir
1. Lebihkan sedekah dan infaq
Ketika sedekah, niat pahalanya untuk kedua orang tua kita, anak-anak dan seluruh keturunan kita.
Niatkan juga dengan berkat sedekah ini, Allah jadikan mereka orang yang baik, berbakti kepada orang tua dan sembuh dari segala penyakit.
2. Usahakan untuk beri makan pada orang berbuka
3. Usahakan untuk solat fardhu, maghrib, isya dan subuh secara berjemaah bagi lelaki.
4.Lebihkan baca Al Quran
5.Jaga hubungan sesama manusia, teruskan berdoa sentiasa.
4. Baca surah al-Ikhlas 100 kali atau paling kurang 3 kali
5. Jangan tinggal solat sunat witir
6. Mohon ampun untuk kedua orang tua
اسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْم لِأَبِيْ وَاُمِّيْ.
7. Baca doa ini 100 kali
اللهم اِنّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَا فَاعْفُ عَنِّا
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau s**a memaafkan, maafkanlah kami.
8. Baca 2 Ayat terakhir dari surah al-Baqarah
Kelebihan: dapat pahala Qiamul Lail
9. Mohon keredhaan Allah dan syurga dan berlindung dari kemarahan Allah dan neraka 100 kali
اللهم انَّا نَسَأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّة وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَتِكَ وَالنَّارْ
Ya Allah, kami mohon Redha dan syurgaMu dan kami berlindung dari kemarahanMu dan nerakaMu.
10. Mohon perlindungan daripada kesempitan dunia dan hari kiamat 100 kali
اللهم اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا وَضِيْقِ يَوْمَ الْقِيَامَةْ
Ya Allah, aku berlindung daripada kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat
11. Doakan khusus untuk anak-anak agar mereka selamat daripada zina,liwat, murtad dan kafir.
12. Doa supaya selamat daripada fitnah
Ya Allah, selamat kan kami daripada fitnah wanita, fitnah lelaki, fitnah dunia, fitnah agama dan fitnah dajjal.
13. Mohon doa kebaikan dunia dan Akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
14. Mohon agar dibebaskan dari api neraka dan dimasukkan dalam syurga
أَللّٰهُمَّ أَعْتِقْنِيْ مِنَ النَّارِ وَأَدْخِلْنِيْ جَنَّتَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 100X
Ya Allah Bebaskan aku dari api neraka, masukkan aku kedalam syurga-Mu, Wahai Tuhan yang Menguasai Alam, dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Selamat beramal kerana Allah.