
16/01/2025
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana group umrah rare (17 Januari 2025) telah selamat berlepas ke Jeddah menaiki pesawat Saudia Airlines.
InshaAllah, jemaah akan berada di Jeddah selama beberapa hari terlebih dahulu untuk menziarahi tempat-tempat sirah di sekitar bandar ini antaranya Makam Saidatina Siti Hawa a.s, Masjid Terapung menghadap laut merah dan sebagainya.
Trip umrah kali ini memang sangat luar biasa dan berbeza dengan trip-trip umrah sebelumnya. Istimewanya kali ini, jemaah akan menunaikan umrah dan menziarahi ke lokasi sirah Nabi SAW yang rare (jarang diziarahi jemaah Umrah yang lain).
Antaranya, tapak perang badar, Perkuburan Maβla (makam ulamaβ tanah melayu dan makam Saidatina Khadijah), Gua Maharis Uhud, Masjid Siku/Kuk di Taif, Kebun Addas Taif, Tapak rumah sahabat Nabi SAW, Bukit Ajyad, telaga-telaga sirah dan banyak lagi. Bukan sekadar pusing dengan bas, tetapi turun dan menyelami sendiri sirah jejak peninggalan Nabi SAW.
Untuk pengetahuan semua, jarang travel agency buat pakej istimewa dan rare sebegini. Jadual Umrah Rare kali ini p**a sangat padat sebab banyak lokasi sirah yang akan diziarahi dan jemaah perlu kuat dari segi mental serta fizikal. Alhamdulillah, yang pergi kali ini ramai yang fit dan kaki jalan. InshaAllah, semuanya berjalan dengan lancar.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan jemaah Umrah Rare, moga semuanya juga diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan untuk beribadah dan moga dikurniakan umrah yang maqbulah serta maqbulah. Amin Ya Rabbal βAlamin.
Dengan penuh tulus Ikhlas,
Seluruh Saf Pengurusan 1 Nation Travel & Tours